26

9.6K 297 23
                                    

"Hidup ni tak seindah yang disangka, tak semudah yang diduga, peritnya kadang tidak terjangka."

NAJWA menarik suaminya masuk ke dalam bilik tidur Ariq lantas mengunci pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NAJWA menarik suaminya masuk ke dalam bilik tidur Ariq lantas mengunci pintu. Sejurus itu dia melepaskan tangan Ariq dan tergelak kecil. Tiada siapa boleh rampas suami aku!

"Kau ni dah kenapa tiba-tiba gelak macam tu? Demam eh ?!"  soal Ariq seraya tanganya dilekapkan di dahi Najwa. Najwa menepis perlahan.

"Mana ada !"  balas Najwa. Dia menjeling Ariq sekilas.

"Okaylah, jom tidur"  ajak Ariq seraya pinggang Najwa dirangkul dan dibawa ke katil.

"Eh tak apa. Najwa boleh tidur dekat bilik Najwa sendiri. Goodnight!"  balasnya lantas menjarakkan dirinya dan Ariq.

"Dah tu yang kau panggil aku tidur tadi tu kenapa ?"  soal Ariq kedengaran hampa.

"Hehehe. Saja je!"  ujar Najwa. Tanpa memikirkan perasaan Ariq yang kecewa, terus dia melangkah ingin keluar dari bilik Ariq.

Namun dengan tidak semena-mena, Ariq mengunci pergerakan Najwa menyebabkan dia tersandar di pintu.

Ariq semakin merapatkan mukanya ke wajah Najwa. Najwa yang pada mulanya memandang tajam Ariq kerana mengunci pergerakkannya kini hanya mampu melarikan pandangan ke sisi kanan. Dapat dia rasa deruan nafas Ariq yang menampar pipinya.

"Abang buat apa ni?!"  soal Najwa geram. Dia menahan nafas. Degupan jantingnya semakin laju. Bawa bertenang wahai hati!

"Cuba untuk beri nafkah batin"  balas Ariq bersahaja. Najwa terus menoleh memandang mata Ariq. Ariq sedang menghadiahkannya pandangan yang sangat redup. Mereka berdua saling berpandangan.

"Abang cintakan Najwa?"  soal Najwa sengaja mencuba. Dia gugup menanti jawapan suaminya. Dia takut jawapan yang bakal didengarinya akan membuatkan dia patah hati. Namun dia ingin tahu perasaan suaminya terhadap dirinya. Perlahan dia mendongak memerhati wajah Ariq.

"Kau nak aku jawab ya atau tak?"  ujar Ariq berdolak-dalih sengaja bermain tarik tali. Dia tahu isterinya itu teringin sekali mendengar luahan kata cinta daripadanya. Dan kerana itu jugalah dia membuat keputusan untuk membawa Alina pulang. Sengaja ingin menguji tahap cemburu isterinya.

Belum sampai sehari Alina berada di rumahnya, Najwa sudah melakukan perkara diluar kawalan seperti apa yang dia lakukan sekarang.

"Ei bencilah. Abang suka main-main. Orang serius dia main-main. Tepilah !"  balas Najwa geram. Sejurus itu bibirnya disambar sekilas oleh bibir Ariq. Najwa tergamam. Dia menelan airliur.

"Bising sangat mulut tu kan dah dapat!"  ujar Ariq seraya sengih nakal. Dipandang wajah Najwa yang terdiam.

Perlahan tangan Najwa naik menekup mulutnya sendiri.

Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now