25

9.1K 303 22
                                    

"I'm try hard to win your heart, but you?

Never give me chance. Why?"

SENYUMAN Najwa mati apabila melihat Alina di samping Ariq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SENYUMAN Najwa mati apabila melihat Alina di samping Ariq. Mata Najwa jatuh pada tangan Ariq yang membawa beg Alina. Dia sudah dapat menduga apa yang akan berlaku.

Dia teruja menunggu kepulangan Ariq untuk memandu kereta hadiah dari suaminya. Najwa yang sudah bersiap memakai shawlnya hanya mampu terkesima melihat Alina dan Ariq.

"Hai Najwa!"  tegur Alina ramah. Najwa hanya senyum sumbing dan melambai tangannya.

"Baby, I tidur bilik mana ? Boleh tak I nak tidur dengan you?!"  soal Alina gedik. Dia memaut lengan Ariq erat taknak lepas.

Ariq memandang Najwa sekilas, "Alina, behave please!"  balas Ariq tegas. Alina memuncungkan bibirnya merajuk.

"Najwa nak keluar sekejap"  ujar Najwa. Dia tidak sanggup lagi menyaksikan adegan kemesraan suaminya dan Alina. Hatinya terasa pedih saat ini.

Sempat Ariq tangkap lengan kecil Najwa. "Kau nak pergi mana ? Dah nak senja ni!"  balas Ariq tidak mengizinkan. Tapi Najwa tetap mengikut kata hatinya yang meminta dia pergi dari situ mencari ketenangan.

"Sekejap je. Nanti Najwa balik"   ujar Najwa seraya senyum hambar. Dia menolak tangan Ariq yang memegang kemas lengannya.Dia tidak mahu suaminya risau.

Alina senyum kemenangan.

Laju kakinya menuju ke kereta pemberian suaminya. Seketika, kereta dipandu Najwa memasuki jalan raya meninggalkan perkarangan rumah mereka.

Ariq meraup kasar mukanya sebelum menepis perlahan tangan Alina yang memaut erat lengannya.

"Jom, I tunjukkan bilik you"  ujar Ariq. Alina hanya membuntuti Ariq dengan muncung sedepanya.

Sesampainya di depan pintu bilik itu, Ariq meletakkan begnya di tepi pintu. "You mandi, then rest. I siapkan dinner"  ujar Ariq biasa. Alina mengangguk suka apabila ada yang menjaganya.

Dia membawa masuk begnya ke dalam bilik itu dan meletakkannya di birai katil.

Dia melihat wajahnya di hadapan cermin, " This is just the beginning!"  ujarnya sinis.






NAJWA memandu tanpa arah tuju. Jiwanya kacau. Sungguh tega suaminya membenarkan perempuan lain tinggal bersama di rumah mereka. Rumah yang sepatutnya dihiasi dan dipenuhi dengan ahli keluarga mereka kini diisi dengan kehadiran Alina.

Airmata yang deras mengalir pantas diseka. Namun semakin lebat pula tangisannya.

Dia berhenti di bahu jalan. Dia tidak boleh memandu dalam keadaan emosi tidak stabil. Najwa bersandar cuba menenangkan dirinya.

Masihkah Ada Cinta ✔️Where stories live. Discover now