PERSEDIAAN UNTUK KERJA LIVE ON STAGE

36 2 0
                                    

Kamu penghibur bukan?

Mahukan pendapatan yang bagus? Dikenali ramai sebagai penghibur hebat? Penonton merasa puas dan berbaloi.

Rata rata sejak penulis di usia muda mengatakan mereka mahu jadi seperti Anita Sarawak. Itulah satu satunya penyanyi Melayu yang mampu bertahan 1 jam atas pentas tanpa penat di zaman itu. Dia bukan keluar mendendangkan satu lagu tarik suara tinggi tinggi dan balik. Dia berada di pentas dengan urutan beberapa lagu hebat menghiburkan dan boleh pula berhubung dengan penonton yang ada. Dia seksi, dia petah berbicara dan tidak malu untuk memalukan diri sendiri. Itulah Anita Sarawak di hujung tahun 70an dan tahun 80an. Lincah, hebat dan menawan walaupun kemerduan suaranya dipertikaikan.

Muncul pula Sudirman yang penuh gimik aski dengan susunan bijak diikuti oleh Siti Liza yang semakin hari semakin baik pesona pentasnya... Siti pandai memikat penonton Melayu yang bersopan, suaranya mantap walaupun dia demam, jarang terlupa lirik.

Bukankah itu impian kamu? Bagaimana mahu mencapai semua itu?

1. Berlatih dan terus berlatih. Menggunakan minus one tanpa pembesar suara. Hafal bait bait lagu yang terpilih. Pasang lagu itu... berlegar di bilik, pastikan telinga kamu cepat tangkap nada dan tahu bila saja kamu boleh masuk kalau tertinggal sekali pun.

2. Bersukan untuk stamina. Jogging? Briskwalk? Gym. Tenaga akan bertambah, pernafasan akan jadi lebih selesa, berat badan terkawal, tidak takut pada peluh di pentas dan akan jadi terbiasa. Alunkan lagu sewaktu berlari setempat... sebagai latihan supaya tidak pancit di atas pentas.

3. Badan sudah cantik bila bersenam dan berdiet bagus. Pilih pakaian yang sesuai dengan kehendak negara/setempat/budaya. Jangan mimpikan baju baju yang sukar walau secantik manapun baju itu. Terkial kial di pentas membetulkan tali sangkut yang hampir mendedahkan payu dara bukanlah untuk vokalis yang mantap. Tumpuan kamu ketika itu hanyalah untuk lantunan suara, penonton dan keselamatan pentas.

4. Sound check. (sudah disentuh untuk semua kerja pentas sebelum ini) kalau ada band (kumpulan pemuzik) sound check lagi. Sistem bunyi yang gagal akan membuatkan persembahan kamu cacat. Sound check walaupun kamu akan menggunakan muzik minus one. (dari CD atau pena pemacu) - fikir juga siapa akan memberi arahan lagu mana, track berapa dan lain lain.

5. Harus banyak membaca supaya tidak tampil bodoh atas pentas.

6. Peka pada apa sahaja sensitiviti semasa. Itu termasuk dalam bual bicara nanti supaya tidak akan ada pihak yang tersinggung (hati hati kalau berjenaka tentang politik atau bangsa - jangan pakai redah sahaja). Kalau ingin tampil bijak, harus berhati hati. Lucu boleh tapi harus selamat. Memuji penonton kamu, mengajak mereka bertepuk tangan dan lain lain. Penonton jangan sekali kali dihina.

7. Bercakap jelas, ambil waktu jangan kalut. Manja manja bijak bukan manja manja bimbo. Kamu juga boleh mereka pesona pentas sendiri dalam jangka waktu mendatang setelah selesa.

8. Lupakanlah tradisi tradisi pentas lapuk, berdiri kaku bertanya khabar, meninta penonton menyanyi dengan lagu syok sendiri kamu yang tidak popular itu (mereka tidak hafalpun). - lainlah kalau persembahan diRaja yang berprotokol.  Bahasa apa yang mahu kamu guna?? Pastikan bahasa itu jelas. Jangan memalukan diri.

9. Kalau kamu memilih berimej penyanyi fast number berlatihlah dengan penari atau koreographer. Jangan malas. Ikutlah gerak langkah sekali sekala...

10. Ada bezanya menghiburkan di Majlis rasmi tertutup, funfair dan shopping kompleks. Pastikan kamu peka di majlis apa kamu sedang menghibur. Bermain selamat itu penting, jangan ikut kata hati kamu sahaja.

11. Belajar curi nafas untuk setiap lagu. Jangan diambil lagu lagu hits yang kamu tidak mampu. Kalau bersama dengan band, rancang urutan lagu kamu betul betul. (key, nada, keserasian). Selagi suara kamu tidak sumbang... bernyanyilah penuh ikhlas (dari hati) dengan penuh perasaan.

Penulis sudah melihat pelbagai teknik sebenarnya. Lina Hangat bijak menghiburkan penontonnya, dia lincah dan tidak malu. Mas Idayu walaupun sudah berusia tampil selesa dengan ulahnya di panggung. Zaleha Hamid yang pakar mencuri nafas (berpaling ke belakang, curi nafas, senyum). Ada juga para artis yang bijak memakan waktu pentas... diajaknya 5 penonton, diwawancara, dipuji dan mereka bermain game tarian atau berlakon. Kalau artis tersebut bijak, persembahan akan jadi menawan, tidak hambar langsung.

Penulis juga terkejut di alaf baru masih ada artis yang dijemput hanya untuk dua lagu... dan masih tidak mampu berkomunikasi dengan baik. Heran, memaafkan mereka kerana masih muda bukanlah alasan yang baik. Itu adalah kerjaya mereka. Mereka harus rajin melihat artis artis senior membuat persembahan, Khadijah Ibrahim adalah contoh terbaik. Pemuzik pilihan yang serasi, penyanyi latar yang hebat dan dia sendiri sangat terlihat menyintai pekerjaannya di panggung. She has all the vibes!

Ning Baizura juga semakin memikat, kata orang, tua tua betik, makin tua semakin cantik. Tapi itu bukan alasannya, Ning masih lagi bergantung pada mantap vokal dan bijak berhubung kait dengan penontonnya. Dia memilih lagu lagu yang biasa didendangkan secara asli dan tidak takut untuk turun menghiburkan penonton. Rahisa Ning adalah latihan, latihan dan latihan.

Sifat tidak tahu hujung pangkal, hadir dan memalukan diri itu sangatlah tidak profesional.

Gila galmer adalah satu lagi segmen yang harus kamu uruskan sehingga kamu benar benar jadi bintang besar yang berbakat. Harus ingat ini adalah pekerjaan, glamer itu akan hadir sendiri sekiranya BAKAT kamu selari dengan penampilan atau imej yang mahu kamu tonjolkan.

Kesimpulannya ramai yang menasihatkan kamu untuk menjadi PROFESSIONAL. Itu adalah kata kerja yang sangat mendalam maknanya. Suara lancar, pergerakan pentas tidak canggung, penonton terhibur, kamu tidak kelihatan murah walaupun mendendangkan lagu lagu yang dianggap kampungan. Pokoknya kamu penghibur sejati yang tidak kelihatan bosan, membosankan atau nampak bodoh di pentas.

Harus ingat, penonton terdiri dari pelbagai ragam, bukan semua akan menyukai kamu, tapi kamu boleh memenangi hati mereka. Menghina jangan sekali kali di atas pentas.

e.g Perbualan Pentas di Malaysia:

1. Assalamualaikum, bahagia sekali saya/ina dapat bersama anda malam ini, tepukan untuk anda semua....(lakukan dengan penuh semangat)

2. Malam ini malam anda, jadi pastikan anda berhibur...(ala...yang kat belakang tu diam saja...kenapa? baju ina tak cantik ker? atau ina tak seksi?) berlawak ala kadar.

3. Kamu suka P. Ramlee? hmmm...ada satu lagu yang boleh kita nyanyikan bersama sama... 

4. Ada tak yang mahu ikut menemani ina di pentas? Ina nak 4 orang... kalau boleh 2 lelaki 2 wanita... yang tengah tengah pun boleh...kita berhiburkan...(jangan sebut hal hal pondan atau pengkid).

5. lawa dia malam ni...namanya siapa? (puji walaupun pujian palsu).

Selainnya harus kamu baca mengikut keadaan. Lebih baik kalau kamu boleh menyanyi pelbagai bahasa yang ada di Malaysia. Tamil, Mandarin atau dialek dialek daerah adalah bonus untuk kamu. Peminat akan lebih terhibur. Berbahasa Inggeris untuk pertunjukan makan malam pekerja Kilang Bayan Lepas? Fikir fikirkanlah... lainlah kalau hadirin terdiri dari orang orang bank atau syarikat insurans. Rendahkan diri, tidak luak apa apapun.

Belajar dari waktu ke waktu ilmu pentas, yang pasti untuk berada di pentas kamu haruslah menarik perhatian, mantap vokal dan kelihatan YAKIN. Semua ini boleh dicapai kalau kamu patuh pada hal hal di atas dan bersedia untuk merendah diri dan terus belajar.

SELAMAT MENGHIBUR.

SELAMAT MENGHIBUR

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


INDEPENDENTWhere stories live. Discover now