BILA PENULIS BERGADUH...

43 4 2
                                    

PENULISAN? Siapapun mampu menulis. Menulis di buku tiga lima juga menulis bukan?

Kerja yang subjektif ini membawa sejenis keghairahan sebenarnya pada mereka yang memilih untuk menulis secara serius. Serius di sini membawa maksud menjana wang menjual naskah, berani berkongsi ayat ayat pilihan untuk pembaca dan berani berdiri di hadapan untuk membela isi naskah. You are a published author by now.

Bergaduh antara penulis dan penulis (ada ketikanya pembaca) adalah sesuatu yang absurd dalam dunia penulisan. Allahuakbar! Elakkanlah semua ini kalau boleh. Ianya kejadian janggal, terutamanya pada karya karya kreatif. (unless it's an academic book with wrong information or misleading details).Suatu ketika dahulu pergaduhan mungkin mampu dibaca di akhbar akhbar arus perdana, kini ianya semakin mudah dengan kepantasan internet dan dinding media sosial. Kerja kerja mereviu, menggulas secara intensif juga sudah menjadi semakin sukar, bila manusia menjadi terlebih sensitif. Kamu faham bukan?

KENAPA TIDAK BOLEH BERGADUH?

1. kerana ianya akan memalukan dua dua pihak. Tidak ada pemenang

2. memberi impak jualan (menurun selalunya) - kalau sekalipun pergaduhan adalah untuk tujuan promosi.

3. Naskah di hujung hari hanya akan dinilaikan oleh pembaca. Pembaca yang baik akan memberi reviu atau ulasan yang baik. Statistik jualan adalah keputusan sebenar.

4. Penulis harus diberikan peluang pembuktian. Buku mereka adalah objek untuk hal tersebut.

Kamu pasti ingat bagaimana buku buku kapsyen Fattah Amin dan dua tiga lagi selebriti yang berkilau di tahun tahun lepas? Pelbagai reaksi sudah diberikan oleh rakan rakan internet, para penulis yang baik ketika itu hanya memilih untuk diam tidak menulis sebarang kapsyen sebagai menyahut perlian yang dipaparkan oleh warga internet di mukabuku, tweeter dan blog. Apalah untungnya kalau kita ikut serta mengutuk? Mungkin nanti dituduh si anggur masam!

Selain dari perbalahan awal tentang indie dan sastera tradisi yang tidak pernah sudah, hal hal bedah buku membolehkan para penulis untuk ikut serta memberi penerangan kenapa dan mengapa mereka menulis begitu. Sekali lagi penulis yang baik pekerti hanya akan memerhati segala kejadian sahaja, mungkin ada iktibar yang boleh kita lihat. Suasana di negara ini masih lagi terkawal, berbanding dunia penulisan di negara jiran yang heboh dari waktu ke waktu apabila melibatkan pembicaraan karya karya penulisan penulis penulis di sana. Ketika itu keluarlah pelbagai gelaran yang kurang enak didengar. 

Bersandarkan pada frasa TIDAK ADA PEMENANG rasanya tidak guna satu senpun perbalahan yang sebegini. Sebagai penulis sebarang keghairahan untuk mereviu juga harus berada dalam bentuk ruang yang hati hati. Penulis lama atau baharu tidak terlepas. Goodreads pada peringkat awal agak ganas, pelayar goodreads yang rata rata penulis yang membaca amat berhati hati apabila berkomentar. Kerana sudah ada beberapa kejadian yang tidak enak di sana. Seperti biasa reviu yang kurang bagus akan ditanya tujuan, maksud tersirat atau tersurat apabila memberi reviu yang buruk dengan bahasa yang agak jengkel. "Eh? Kenapa kau kasi satu bintang sahaja?" Langkah terbaik rasanya, sebagai membelai sifat manusiawi kita pujilah mana mana yang seharusnya di puji. Segala rasa tidak puas hati biarlah dibicarakan secara oral dengan teman teman lain demi melepaskan geram. Lagipun sebagai penulis bukankah kamu seharusnya bertumpu pada baik pulih karya sendiri, agar naskah mendatang itu jadi lebih mantap? 

Dunia penulisan bukanlah satu pertandingan. 

Penulis yang bijak akan tahu kapasitas mereka apabila menghasilkan karya. Jadi pesanan ini akan jatuh pada para penulis baharu yang sedang ghairah melayari dunia penulisan. Semoga nasihat ini difahami dan dimengerti bahawa ada cara terbaik untuk menegur karya teman teman penulis lain. (yang mungkin penuh dengan kesilapan ejaan, terma dan susunan yang tidak menarik). Bergaduh hanya kerana genre atau jalan penceritaan yang tidak sehala dengan citarasa kita adalah sesuatu yang tidak bijak. Sama juga dengan keghairahan mengutuk pada lambakan novel novel cinta picisan dan sendu yang diangkat menjadi drama drama 7 petang. TIdak perlulah dikutuk, rezeki manusia sudah ditetapkan, kita hanya berusaha.

Difikirkan kembali apakah ada pulangan kalau bermulut nakal dan lancang atas karya orang lain? Selalunya tidak ada, lainlah kalau kita ini tukang reviu yang berbayar, ada kolum yang terhormat di sesawang internet atau makalah makalah reviu yang berprestij. (itupun selalunya reviu yang berhati hati dan menggunakan ayat ayat selamat atau berlapis lapik).

Artikel ini ditulis kerana penulis pernah memerhatikan kemarahan seorang penulis apabila karyanya dikritik. Siapalah yang suka dikritik teruk di sesawang terbuka? Pernah juga melihat pergaduhan (bukan perdebatan) tentang teknik menulis puisi antara penongkah kata yang boleh dikatakan generasi baharu. Ianya adalah sesuatu yang tidak enak. Kalau ada apa apa saranan boleh sahaja dilakukan secara peribadi bukan?

Pernahkah saya sebagai penulis dikritik? 

Pernah dan saya memilih untuk tidak melanjutkan pergaduhan. Kuasa damai ada ditangan kita. Paling tidak ucapkan kata TERIMA KASIH kerana sudah sudi meluangkan waktu membaca. Tidak pula sebagai penulis kita terus sahaja  menerima semua saranan saranan, kerana kamu harus ingat kerja menulis adalah ghairah peribadi yang ditulis dengan penuh tanggung jawab. Bukan tugas mereka penulis lain atau pembaca untuk menyukainya.

Secara peribadi menulis cerpen, novel dan puisi adalah proses kebebasan yang digalas dengan penuh tanggung jawab. Kita harus dakap kepercayaan bahawa setiap orang ada caranya masing masing, atau cara cara yang diidolakan dari penulis yang sudah berpengalaman. Apabila penulis baharu sedang ghairah dalam dunia yang baru diceburi, cubalah ambil faham, bagaimana ghairahnya kita menanti kelahiran kerja kerja awal kita dahulu. Kalau mahu ditengur janganlah dengan bahasa kasar dan menjatuhkan. Tidak perlu bergaduh, bermasam muka, berkesumat kerana bagi saya sifat saling mendukung sesama penulis adalah sesuatu yang membahagiakan.

Bukan kita semua tidak pernah bertemu karya karya yang kita rasakan tidak layak untuk dicetak. Damaikan hati dan jawab atau bersaran hanya apabila ditanya. Itu lebih afdal, lainlah kita ini Penulis yang sensasi dan mahu kekal bersensasi sebagai tukang gaduh. 

SELAMAT BERDAMAI dan TERUSKAN MENULIS KARYA YANG MAMPAN.

There is a kind of unwritten rule among writers that you don't criticize colleagues' work too harshly, because they understand just how hard it is to produce great pieces. And yet, over the years handfuls of famous writers have taken huge exceptions to this rule, often with harsh but hilarious results.

Some of them expressed their opinions in letters that have been included in their biographies, and who knows if they intended for the world to know of them

INDEPENDENTDonde viven las historias. Descúbrelo ahora