#MALAYSIAMEMBACA

11 0 0
                                    


#Malaysiamembaca

Kempen lewat medsos oleh Menteri Pendidikan Dr Mazlee mendapat sambutan dari para penulis dan pembaca. Masing masing diminta untuk menyenaraikan 10 buku pilihan mereka.

Apa yang jelas buku masih lagi mendapat sambutan sebenarnya. Membaca sebagai jambatan ilmu meskipun klise masih lagi berlangsung kebenarannya. Tidak kira samada fiksyen atau bukan fiksyen, membaca adalah sumber penting pada manusia yang mahu tahu tentang apa apa sahaja disekeliling.

Senarai nama nama penulis dan tajuk buku dilampirkan demi kempen ini. Ada juga yang bersifat nakal mengatakan bahawa Dr Maslee harus membaca memorandum PH atau ulasan politik. Kita mahu menganggap orang sebegini sebagai perosak majlis atau sejenis manusia yang sakit.

Melihat pada senarai yang banyak, kita pasti bahawa buku buku tempatan juga mendapat tempat di hati para pembaca tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa ramai pembaca tegar di Malaysia banyak bertumpu pada buku buku Inggeris dari luar negara.

Kalau mahu menyenaraikan 10 yang terpilih sebenarnya agak sukar. Ruang goodreads mungkin boleh jadi justifikasi. Saya sendiri kalau diminta senarainya akan jadi sedikit kalut dan mungkin akan tertinggal nama naskah yang sudah menyumbang pada pemahaman dan ilmu yang sudah dipelajari.

Kempen sebegini mahu dianggap sebagai hal yang baik. Dari senarai kamu mampu melihat buku mana yang banyak dimiliki pembaca. Buku yang bagaimana akan dicetak di masa akan datang. Pokoknya membaca itu tidak datang mudah, kita tidaklah mahu bersaing sesama kita. Buku yang baik di baca ditaman, sewaktu menanti kenderaan dan bila santai. Jangan takut untuk berpindah buku sekiranya ia tidak menarik, mungkin genrenya tidak selari. Buku yang baik dan sesuai akan tetap ada. Membaca tetap penting, tidak kira sebijak mana kamu.

Bravo diucapkan atas kempen kesedaran ini. Paling tidak tahap literasi kita berada di tahap yang membanggakan    


¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
INDEPENDENTDonde viven las historias. Descúbrelo ahora