GLAM LELAKI

45 1 3
                                    


Berikut adalah jawapan jawapan pada soalan GLAM LELAKI yang tidak diedit.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan identiti gender (from medical perspective)?

Dari sudut medikal, ianya merupakan jantina yang kita selesa untuk diwakili apabila kita bergerak untuk kegiatan seharian. Saya sejak kecil sering merasakan bahawa saya adalah perempuan. Jadi Identiti kaum hawa adalah lebih dekat dengan saya secara fizikal, emosi dan tingkah laku. Apakah identity yang kita pilih? Wanita? Lelaki atau Androgyn?

2. Ramai yang beranggapan isu identiti gender dan seksualiti adalah sama. Adakah ini betul? Jika tidak, apakah bezanya?

SALAH YANG TERAMAT SALAH. Kerana kita berada di lingkungan dunia yang sensitif dan pemalu dicampur pula dengan penafian (diri dan keluarga) akibat pembentukan sosial (human construct) yang sudah kita terbiasa, dapatan pada persoalan identity gender dan seksualiti akan mengekutkan. Kita fikir perempuan itu mahunya hanya lelaki, manakala lelaki itu sebaliknya. Jangan terkejut sekiranya ada lelaki yang cinta dan daya tarikan seksualnya hanya pada Mak Nyah. (mereka malu untuk menyatakan atas sebab sebab social construct). Begitulah juga sebaliknya ... orangramai harus tahu apakah Panseksual, Skolioseksual dan Aseksual. (mereka wujud).

3. Sebagai wanita transgender, bilakah Regina mula merasai jantina Regina berlainan dengan jantina biologi asal? Sejak kecil atau bila meningkat dewasa?

Sejak kecil saya sudah tahu, sambil sambil berdoa sewaktu akil baligh samada Tuhan akan merobah saya, atau sewaktu bangun pagi alat kelamin saya akan bertukar jadi vagina. Namun dunai tidak seindah dan semudah itu. Apabila dewasa saya ikut mencuba jadi lelaki, tetapi ia memberikan impak yang tidak bahagia. Jadi saya sudah berpakaian wanita sejak usia 15 secara curi curi dan merasa nyaman sekali. Pernah menyiksa diri akibat ekonomi, membantu keluarga menjadi guru selama beberapa tahun, sebaik sahaja selesai adik beradik di bawah tanggungan saya. Saya berani mengambil risiko hidup sebagai wanita 24/7. Kehidupan yang sukar tentunya... namun saya tahan juga demi mahu bersifat telus pada diri.

4. Apa yang Regina rasa yang meyakinkan Regina bahawa Regina berjantina perempuan? (Try to describe as best you can, so readers can know what you were going through)

.

Saya tidak pernah tertarik secara seksual pada wanita, saya kira saya gay, namun setelah dilalui segalanya saya bahagia sekali hidup sebagai wanita. Pada usia muda mungkin belaian dari lelaki sejati itu jadi tarikan, namun setelah SRS seks tidak menjadi prioritas lagi. Saya bahagia bergerak sebagai wanita dan merasa lebih produktif. Ya, saya seorang yang feminist apabila memasuki isu isu hak dan lain lain. Ini dapat kamu lihat dari karya karya lukisan dan penulisan saya. Sejak kecil saya berminat pada hal hal kecantikan, memasak, busana dan tatarias (namun ini bukanlah hal yang penting apabila berbicara tentang seksualiti dan indentiti gender). Saya bahagia dilayan sebagai wanita. Sewaktu awal transisi, saat yang paling bahagia adalah apabila manusia cisgender tidak tahu bahawa saya adalah Mak Nyah. (istilah pasarnya tidak pecah lobang). Saya tidak terus berkhayalan bahawa saya adalah wanita sejati. Seluruh kehidupan maknyah yang saya lalui sudah saya rakamkand alam buku Mak Nyah terbitan Terfaktab Publication Malaysia dan Perjalanan terbitan Fixi. Kedua dua buku tersebut saya dedikasikan pada ibubapa yang mempunyai anak anak lembut atau sebagai persediaan mereka sekiranya ada anak anak maknyah nanti.

Saya manusia yang berkompromi dengan dunia, pada orangramai saya sudi/sedia mengatakan ya saya seorang MakNyah, namun pada diri saya sendiri saya adalah wanita dan lebih bahagia dilayan sebagai wanita.

Sekiranya ada pihak yang mengatakan bahawa fenomena Mak Nyah adalah satu tingkah yang dibuat buat, saya mahu mereka tahu bahawa mereka silap. Apa yang mereka ketemui setakat ini mungkin hanyalah Drag Queen, Shemale atau Transvestites. (3 ini adalah tidak sama langsung dengan transwoman/transnita sebenar).

INDEPENDENTWhere stories live. Discover now