PROLOG DAN EPILOG

19 0 0
                                    


PROLOG 

Prolog asal dari kata Greek Prologos, bermaksud 'sebelum kata' pembukaan pada sebuat cerita secara ringkas membina dan menyatakan latar cerita. Secara umum, fungsi prolog adalah untuk bercerita tentang kisah awal atau hubung kait pada kisah utama.

Tidak dianggap sebagai bab. Boleh ada dan boleh juga tiada. Ada genre genre fiksyen yang bergantung pada prolog sebagai umpan untuk pembaca.

e.g: Cawan antik yang bertukar tangan untuk membawa petaka pada manusia. Mungkin akan diberikan petikan kecil tentang cawan, babak sumpahannya yang mungkin sudah berlaku beribu tahun dahulu. Ditulis dalam settingan yang kuno, (lokasi, nama, tahun, kata kata atau apa sahaja mengikut kreatif sang penulis) kemudian barulah menuju ke bab bab lain (yang mungkin dalam settingan masa kini, segalanya moden termasuk gaya penulisan)

"kau tahu petaka cantik?"

"maaf tok... hamba tidak tahu"

"merugikan tenaga berusaha keras, manusia engkar janji harus diajar," tambah nenek yang wajahnya menggerutu

Cawan seramik berkilau dikeluarkan. Sesiapa sahaja melihat terpesona, paling tidak mahu menyentuhnya. Seramik yang diperbuat dari tulang temulang 10 orang hamba abdi tersiksa bagaikan memanggil manggil. Sesiapa sahaja yang memilikinya akan diduga 10 petaka hidup.

"ambil... hadiahkan untuk bekas kekasihmu di hari bahagianya.."

Cawan yang tidak akan sumbing atau pecah bertukar tangan. Seramik gabungan tulang temulang dan jiwa terseksa mana mungkin berderai, kalau serpih sekalipun akan pulih semula...

EPILOG

Epilog asal kata dari Greek epilogos atau 'konklusi' dari petikan Epi – tambahan dan Logos yakni kata. Tulisan di hujung karya sastera, selalunya untuk membulatkan kerja. Ia mewakili perspektif setelah bercerita.

Juga demi kepuasan pembaca dan membulatkan kisah. Namun boleh menjadi apa sahaja. Selalunya untuk hal hal sambungan novel tersebut di masa akan datang. Tidak semestinya untuk niat menyambung, epilog boleh menjadi hal sedap watak atau objek utama kisah untuk terus berlegar atau dimatikan sahaja. Ianya bolehlah dianggap sebagai UMPAN sama seperti prolog juga. Digarap mengikut kreatif sang penulis.

e.g: melintasi deretan kedai antik di Melaka, langkah Mira bagaikan ditarik tarik. Dia suka pada barangan lama. Cawan seramik yang yang berukir cantik itu seperti meminta dia untuk berpatah balik.

"Berapa boss?"

"Ah! Untuk nona cantik seperti kamu 20 ringgit sahaja"

"Ala... mana ada duit, murahlah sikit. 10 boleh?"

"ambiklah... nona customer pertama saya," apek tua mencapai cawan dan melangkah mencari bungkusan.

Melangkah ke alam pekerjaan, menyewa apartmen baharu segala bungkusan di bawah katil dikeluarkan. Bungkusan cawan cantik tersebut dibuka. Keindahannya tetap memikat sukma. Ditekap cawan ke dada mengimbau segala kenangan di Melaka. Ya, akan dibawa bersama nanti untuk hidup baharu.

Sama seperti penulisan kreatif lain. Ianya boleh dirangka waktu awal proses menulis atau setelah segala kerja kerja inti siap dengan menarik. Tidak ada panduan apa apa, selain dari memastikan prolog dan epilog jadi pemikat. Prolog dan Epilog adalah UMPAN, kamu faham benar apakah tujuan umpan dalam menulis. UMPAN harus menarik dan memanggil manggil.

Sebaiknya Prolog dan Epilog TIDAK memberi keseluruhan cerita. Bahaya sekiranya ia menjadi KESIMPULAN KISAH penuh yang ada dalam bab bab di dalamnya. 

Soalan: Maaf, tumpang tanya, kalau ada prolog wajibkah ada epilog? atau kalau tiada prolog bolehkah buat epilog? Tidak semestinya. Prolog dan epilog adalah pilihan. Berprolog jika mampu, epilog juga begitu. Tanpa prolog kamu boleh ada epilog, berprolog boleh ditamatkan begitu sahaja. Tidak ada urutan yang harus diikuti.

 Tidak ada urutan yang harus diikuti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
INDEPENDENTWhere stories live. Discover now