KENAPA WATTPAD?

16 1 1
                                    


Kamu mahu menulis? Menulis adalah curahan rasa hati, memberi info dan perkongsian dengan mereka yang gemar membaca. Pujian atau kekaguman jatuh pada tempat lain bukan tiga yang teratas sebenarnya.

Berbakat atau tidak adalah hal subjektif. Mana ada kayu ukur yang tepat untuk itu semua? Kamu sendiri tahu bahawa kalau dibenarkan penilaian orang jatuh ke bahu, ianya hanya akan memberatkan suasana kreatif. Jadi kamu terus menulis.

Wattpad adalah tempat yang paling mudah untuk kamu melampirkan karya karya kamu. Tidak semestinya novel. (meskipun ramai yang menggunakan medium ini untuk perlahan lahan bercerita). Fikirkan Esei, Pantun, Sajak, Prosa atau Cerita bergambar untuk dipaparkan dalam bahasa ibunda kamu.

Kenapa saya masih ada di wattpad walaupun sudah ada 7 atau lebih buku? Kerana ini adalah medium moden yang berkesan. Sejak awal lagi sudah saya gunakan sebagai wadah untuk melakukan promosi buku buku yang sudah diterbitkan, menulis esei esei yang tidak saya temui di penerbitan lain. Berinteraksi dengan pembaca. JANGAN fikir saya penulis wattpad yang hebat, tidak... bukan sama sekali. Namun ruang ini memberi kepuasan untuk kita melatih diri supaya menulis secara spontan dan terus diterbitkan. PUBLISH!

Wattpad yang sudah dihuni oleh pelbagai jenis penulis hanya menanti untuk dilayari sekirannya kamu pembaca yang tegar. Pilihlah penulis penulis muda tua atau separuh abad untuk dibaca. Jangan tidak tahu beberapa novel tempatan sudah diangkat dari ruang wattpad, kerana penulis mampu untuk memikat jumlah pembaca yang ramai. Jadi tidak mustahil kerja kerja penulisan kamu juga akan diintai oleh penerbit.

Sisipan kerja kamu yang siap bolehlah diwar warkan di facebook, tweeter dan IG untuk memastikan pembaca tahu akan kewujudan kamu. Sesiapa sahaja boleh melayari wattpad, surirumah juga boleh mula merangka resepi atau artikel artikel rumahtangga di sini. Menakjubkan sekali kalau dibandingkan kemudahan ini pada mereka yang mahu berkarya. 

Di sinilah para penulis boleh melatih diri untuk melakukan self edit, disiplin dan berfikiran terbuka pada sebarang teguran atau pertanyaan yang boleh dilakukan secara mesej di laman atau mesej secara private. Kerja kerja lama yang tersadai daripada dibiarkan di dalam fail fail komputer bolehlah dimuatnaik semula, dibaik pulih dan dipaparkan di sini.

Kebebasan di wattpad tidak terbatas. Tidak ada penerbit atau editor untuk menegur content penulisan kamu. Namun, self sensorship bagi penulis penulis tetap ada, terutamanya kalau kamu menulis tentang hal hal politik, seksualiti atau agama. Pandai pandailah kamu bersikap matang. Kerja kerja Plagiat, jangan sekali kali kamu paparkan, lainlah kalau ianya satu naskah terjemahan yang bertanggung jawab (sertakan info tentang karya asal).

Tidak perlu dibicarakan secara panjang lebat, bagi penulis penulis muda selamat mencuba!


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di wattpad ada saya sisipkan dua tiga 'deleted pages' dan kerja kerja mendatang untuk pengikut atau pembaca random

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di wattpad ada saya sisipkan dua tiga 'deleted pages' dan kerja kerja mendatang untuk pengikut atau pembaca random. Ruang untuk sequel atau revised edition juga ada. Ada cerpen cerpen yang pernah saya tulis dahulu diedit untuk diserahkan pada penerbit yang mahukan satu dua cerpen untuk antologi....apa sahaja asalkan semangat penulisan tidak mati. Ada ketikanya saya hanya memberi TEASER.

INDEPENDENTWhere stories live. Discover now