PENULISAN NAIF?

62 1 0
                                    


SENI NAIF/NAÏVE ART

Naif kata asal NAÏVE merujuk pada manusia yang kurang pengalaman, kurang bijaksana dan tidak punya pendirian.

Manusia yang semulajadi dan tidak terpengaruh; yakni polos.

"Manisnya senyuman si Ahmad, berwajah naif bila dia tersenyum"

Naif maknanya bertepatan: Suci, tidak sofistikated, kurang seni,tidak bijak, tidak berpengalaman, tidak rumit, mudah, asli, tidak terpengaruh serta tidak dibuat buat.

Menurut Henri Rousseau, Kerja seni naif merujuk pada seni mudah, tidak meniru dan tidak sofistikated. Merujuk pada hasil karya para artisan yang tidak melalui latihan formal di sekolah seni atau sebarang akademi

Naïve art, dieja sebagai naif art. Karya para artisan dalam masyarakat yang sofistikated, mereka kekurangan atau menolak kepakaran konvensional dalam mempersembahkan karya atau menolak pernyataan akan objek paparan. Misalnya melukis buah tembikai dengan warna kulit kuning atau merah. Artisan naif jangan dikelirukan dengan 'pelukis hujung minggu' yang melukis untuk suka suka sahaja.

Genre ini ada di mana mana sahaja. Ada yang disegajakan. Ada yang tergantung di galeri galeri terkemuka di serata dunia, tidak semestinya dihasilkan hanya oleh kanak kanak tetapi direka oleh para artisan yang boleh dianggap terkenal serta berbakat. Rujukannya tetap sebagai seni naif. Meskipun pelbagai penghargaan diberikan untuk genre yang berkembang ini, tidak ramai yang tahu untuk menilainya sebagai karya seni...

Terma naif untuk lukisan, adakalanya seni rupa yang dihasilkan oleh masyarakat yang sofistikated/moden/bertamadun tetapi kurang dari segi kepakaran konvesional apabila dikaitkan dengan kepakaran piawai.

Warna warna yang terang, tidak realistik, tidak seimbang secara saintifik dan bervisi seperti kanak kanak dan bersifat literal yakni di permukaan sahaja. Terma ' seni primitif' atau pre renaissance kadang kadang digunakan (lukisan di dinding gua pra sejarah?) atau seni untuk manusia tanpa tamadun.

Adakalanya dilaungkan sebagai 'folk art' seni maysarkat atau seni popular, ada ketikanya rujukan untuk pelukis hujung minggu. Termanya bersimpang siur di kalangan masyarakat sebenarnya. Mungkin kerana terlibat sebagai amatur tetapi melukis tanpa stail naif. Seni naif muncul pada kurun 19, sebelum ini lukisan lukisan yang terlihat naif digelar sebagai seni masyarakat setempat yang dinilai sebagai amatur.

Pelopor dan penyokong seni naif dipercayai adalah berbangsa Amerika Edward Hicks sehinggalah pada kurun 20 bila Henri Rousseau mucul, memberi erti kata sebenar tentang seni naif apabila karyanya diberikan penghargaan dan dia kekal digelar pakar, namun masih ramai lagi yang diberikan penghargaan dalam seni moden. Semua mereka tersenarai selepas perang dunia pertama.

PENULISAN NAIF pula bagaimana?

Harus diingatkan awal awal lagi, naif di sini tidak bermaksud tata bahasa yang berterabur atau ejaan ejaan yang silap. Penulisan naif ada sasaran tumpu. Seperti buku kanak kanak antara usia 6 tahun sehingga 10 tahun. Masih lagi dalam lingkung naif untuk karya karya berilustrasi untuk remaja 11 – 15 tahun.

Penulisan Naif sudah tentu dihasilkan oleh orang dewasa yang tidak naif dalam hidup.

Ada pendekatan tertentu digunakan untuk hal seni penulisan naif.

1. Berbunyi mudah tidak berbelit

2. Melibatkan deria teruja kanak kanak

3. Kisah kisah yang berpengajaran

4. Bahasa yang polos dan piawai

5. Mengambil kira sensitiviti kanak kanak selaras zaman.

Bayangkan kisah Sang Kancil dan binatang binatang lain seperti buaya, harimau dan monyet secara tradisional. Dialog dialog yang mudah untuk gambaran sifat dan ilmu manusia asas yang mahu diturunkan di situ untuk anak anak di usia 6 – 10 tahun.

INDEPENDENTWhere stories live. Discover now