MEDIA DAN KAMU

9 0 0
                                    


MEDIA DAN KAMU

Selaras zaman media tidak lagi berada di tampuk tradisional. Gambarkan zaman 60an dan 70an para wartawan berkejaran mencari skop masing masing. Bekerjasama dengan jurugambar tradisi yang mempunyai bilik gelap sendiri atau di tapak penerbitan. Susunan mesin taip di ruang besar menyiapkan lapuran untuk diserahkan pada editor. Wartawan yang menaip kerja di rumah di zaman bolehlah dianggap sebagai hebat dan ekslusif dia juga mungkin wartawan sambilan.

Intipatinya masih sama. Melapur dan memberi gambaran pada pembaca tentang golak politik, hasrat pemerintah, cerita cerita sosial dan hiburan. Syarikat penerbitan akhbar menjana pendapatan melalui iklan dan bahan bahan cetak sisipan (majalah/akhbar tambahan/novel/brochure dan lain lain) yang diusahakan. Sebagai orang lama sudah disaksikan pelbagai penerbitan yang hilang begitu sahaja akibat tidak ada daya saing: New Thrill, The Echo, Bintang Timur, Sinar Zaman, Borneo Post dan macam macam lagi. Diancam pula kemudiannya dengan media audio visual seperti Televisyen dan Radio yang agak pesat, susulan dari peningkatan ekonomi dan cara hidup. Semua rumah mampu memiliki alat alat elektronik.

Internet mula menyusul pada pertengahan 80an apabila dunia sama sama menjejaki dunia pantas komunikasi. Internet (international networking) tidak lain tidak bukan membolehkan berita dan hubungan menjadi lebih pantas. Sistem JARING diperkenalkan oleh Malaysia. Kita mula mengenali sistem email, portal portal berita internet dan kepantasan lapuran berita yang diperbaharui dari waktu ke waktu sehinggalah mutakhir ini segalanya menjadi begitu pantas sekali. Tidak ada lagi istilah kena tunggu seminggu atau berhari hari dan dunia semakin menikmati kepantasan perhubungan dan penghantaran barangan atau maklumat. Ya, ini zaman teknologi maklumat yang amat pesat.

Manusia menjadi media diri meskipun masih wujud media media tradisi yang serba canggih. Peralihan dari mesin cetak, akhbar saiz besar, masalah harga kertas, edaran berita dalam negeri, merupakan hal yang amat menakjubkan. Segalanya ada dihujung jari kamu. Menikmati situs situs berita secara mendaftar atau melayarinya secara percuma dengan bantuan iklan iklan yang masih berfungsi sama (janaan pendapatan untuk urusan urusan kumpul berita). Tiba tiba kita menjadi begitu dekat sekali dengan Media dan menjadi Media ada ketikanya. Ini adalah sesuatu yang ajaib bagi pengamat teknologi asas dan moden. Segala berita dan penerangan boleh hadir dari kita sendiri, tidak kira di ceruk mana kita berada asalkan ada liputan telekomunikasi. Nah, bermulalah sesi bagaimana kita sebagai Media mampu, bertanggung jawab dan mula mengamalkan hal yang digelar 'self sensorship'

Sebarang tindak tanduk akan mendapat impak segera yang melibatkan perasaan, tindakan malah melibatkan untung dan rugi sekiranya ianya adalah hal hal niaga. Begitu juga galasan emosi sekiranya ia melihatkan hal hal peribadi yang sudah silap di muatnaik. Perdebatan perdebatan di medsos tentang Politik, Agama dan hal hal peribadi semakin jadi lebih terang dan jelas. Hal hal fitnah, penipuan juga semakin panas ikut serta, memaksa pihak berkuasa menubuhkan Unit Keselamatan Siber.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Husin Jazri, berkata agensi di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu akan menjadi pusat rujukan pakar keselamatan siber kepada mana-mana agensi kerajaan lain dan syarikat swasta, termasuk orang perseorangan bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan dengan keselamatan dan pencegahan jenayah di alam siber.

CyberSecurity Malaysia beroperasi sebagai syarikat kerajaan bukan berlandaskan keuntungan dan berada di kawalselia MOSTI.

Agensi ini juga bukan badan penguatkuasa, sebaliknya agensi teknikal yang boleh membantu pengguna internet menangani ancaman siber serta memberi khidmat nasihat dan bertindak sebagai biro aduan awam bagi pengguna internet.

CyberSecurity Malaysia adalah agensi teknikal dan menjadi biro pengaduan kepada pengguna dalam menyelesaikan masalah keselamatan internet di Malaysia, katanya.

CyberSecurity Malaysia ialah pusat koordinasi setempat untuk keselamatan pengguna siber kebangsaan dan ditubuhkan dengan objektif untuk melindungi, membimbing, promosi di samping merangka strategi dalam menangani isu keselamatan siber di Malaysia

Hal hal keselamatan apa? Tidak perlulah diulangi lagi topik manusia dan internet yang kamu sendiri sudah sedia maklum. Sama seperti menjadi unit media peribadi, pengguna harus menjadi lebih bertanggung jawab.

Internet sudah berada di hujung jari kita, hanya dengan telefon bimbit pintar kita masing masing adalah wartawan sebenarnya, muatnaik video, berita dan macam macam, secara tidak langsung sudah membenarkan kita melihat banyak hal hal yang tidak masuk akal tanpa sebarang editan:

1. Promosi diri yang tidak kena tempat

2. Perilaku peniaga yang berulah pelik demi pemasaran

3. Sakit sakit sosial sesama manusia.

4. Saman menyaman yang sudah terjadi

5. Cybertrooperz politik yang jengkel (mereka dibayar)

6. FITNAH

Orang ramai boleh menghubungi CyberSecurity Malaysia di alamat Level 7, Sapura@Mines, 7 Jalan Tasik, The Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor atau hubungi talian 03-89926888, faks 03-03-89453250, emelkan ke info@cybersecurity.org.my atau lawati laman web

Media moden ini seharusnya digunakan untuk hal hal kebaikan yang pantas, bukan menjadi medan untuk kita menurut nafsu tidak berbatas semata mata.

Para penulis baharu boleh menggunakan media moden sebagai saluran untuk mereka mencari dan berhubung dengan para penerbit sedia ada, membincangkan hal hal sastera, mencari maklumat pelbagai untuk isi penulisan, mempromosikan karya atau hal hal lain tentunya. Selagi media elektronik digunakan secara berhemah, kita semua mahu percaya bahawa ianya membawa manafaat yang HEBAT.

INDEPENDENTWhere stories live. Discover now