PERBUALAN

42 2 9
                                    


Teringin nak tulis cerpen

Tulislah, kita semua ada cerita dan pandai berbahasa

Segan, malu nanti kalau dibaca orang

Segan apa? Semua orang bermula dari bawah. Ingat bahagia karangan di zaman sekolah dulu?

Tu la... bila baca cerpen orang sedap saja

Takkan semua sedap? Cuba baca cerpen dalam Dewan Sastera ada yang di perenggan pertama sahaja sudah hilang mood.

Betoi ka? Lama sungguh tak baca DS

Sesekali kita kenalah jengok, tengok mereka yang terpilih

Ada dua tiga cerpen I baca I tak faham tau... dia punya pusing pusing sakan.

Baca kat mana?

Ada portal portal free di internet

Ya lah... apa nama laman tersebut?

Tak ingat...

Mana boleh tak ingat? Penulis ingatan kena kuat, informasi kena tepat barulah cerita menarik. Tak gitu?

Hahahahhaha... sungguh la...

Menulis ni macam masuk dalam kasut orang lain sambil memberi persepektif. Cerita, resah, desah dan kalau mampu bagi solusi

Amboi... besaq sungguh kata kata hang

Tak besaq mana aih... hang tak baca lagi cerpen cerpen yang aku gelaq mengada ngada. Depa punya pusing round round sakan.

Ya ka? Ada ka...?

Ada awat takda. Depa rasa kalau tulis biasa biasa sudah tidak nikmat lagi. Pembaca depa suka yang berbelit belit, padahal isu itu itu juga.

Depa pandai pandai kot?

Mungkin juga... biasalah orang pandai pandai ni, depa dok di ataih terlupa orang bawah. Tak salah ke depa la... depa kena penuhkan kemahuan nafsu depa juga. Kena imbang imbang juga sapa pembaca kita, kalau cetak tak tau laku ka dak? Duit orang kan?

Betuilah juga. La ni hang habaq mai kat aku apa resepi menulih yang betoi?

Amboi hang... dok buat macam aku ni Sasterawan Negara. Segan sangat aih... tapi dah hang tanya aku habaqlah serba sedikit, jadi ini semua pendapat aku la na...?

- Mampu baca emosi pembaca sedia ada

- Bagi apa depa mau, depa nak jamu emosi

- Susun cerita hang elok elok... bukan semua macam karangan kita masa darjah nam... ada cerita bermula dengan konflik dan dihuraikan. Ada yang berlangsung secara tradisi. Mukhadimah, isi, kisah dan pentutup

- Kosa kata sedap sedap kena rajin membaca baru dapat

- Tunggu dulu kalau mahu bereksperimen, pastikan sudah ada khayalak, lepaih tu hang eksperimenlah puas puas

- Sentuh unsur unsur konflik yang dekat dengan depa. Kisah hutang, kisah budi, kisah cinta, kisah tak sedap diri... pokoknya macam macamlah kita manusia ni kan?

- Taip elok elok, jaga tata bahasa termasuk ejaan

- POV kenalah jaga. Hang masuk dalam kasut POV hang beremosilah sebaiknya.

Amboi aku cakap macam aku ni pakar no?

Dak la... baguih juga aku dapat tips.

Pendapat hang la... la ni sapa baguih baguih dok ada?

Ramai. Aku sebut mana mana yang aku ingat la na... (Johan Radzi, Anas Mohd, Fazrin, Abdullah Husaini, Mohd Fareed, Hasrul Ridwan, Shaz Johar dan dua tiga lagi la...maaflah kalau aku tak ingat).

Yang lain awatnya?

Awat apa dia? Ada aku baca tapi tak ingat nama... baguih la sebagai permulaan. Ada dua tiga dia nak melencong juga menulis macam stail DBP takut orang ingat dia bodo... tapi tak kata kat depalah, depa budak budak sastera, depa suka ayat ayat besaq dan cerita cerita cara depa la... tak salah aih tulih lagu tu... maklumlah cinta depa kental pada Pak Non, Samad Said, Anwar Ridhwan... aku bukan tak baca buku DBP baca, infact la ni aku dok baca Jogosimo tulisan Mahizan Hussien dan memoir Anwar Ridhwan. Baca, kena baca...

Penulis yang pelik pelik hang rasa sapa dia?

Tak elok. Toksahlah... depa ada dalam dunia penulisan. Aku sapa nak kata depa pelik? Depa adalah peminat depa... hang ingat buku cinta kak kak tu orang cetak pakai ayaq liuq? Rezeki orang kita jangan haru, tak baik nanti Tuhan kerut rezeki seduit tak guna!

Aku bab tata bahasa yang aku lemah ni...

Allahu... akupun 2 kali sepuluh nak habaq mai. Dari waktu ke waktu kita baikilah... menulis ni proses dia macam buat rumah, pelan pelan kita belajaq apa dia... apa isi isi silap dulu dan apa yang tak cukup. Aku kalau baca balik tulisan lama... aku jadi terpikiaq tau... apalah aku masa tu?

Jeda

Benda benda kecik rupanya ada impak. Macam la ni aku dok pesan kat budak budak baru, POV satu kalau pakai AKU kena jaga, toksah dok sedap sangat sampai ada 4 aku dalam satu perenggan. Baru baru ni aku belajaq lagi... kata NYA. Aku anak Indonesia, sesekali dia dok keluaq la dalam penulisan, depa kata IANYA tak wujud.... Aku dulu dulu punya sedap dok buboh nya belakang ia. Satu lagi bila bagi kenyataan ITU sedia mai secara automatik.. yang tupun aku kawal kawal la ni...esok esok ni entah apa lagi aturan baru.

Hmm... susah juga no?

Takpa susah susah ada ajaran. Dah la DBP dok bawak mai kosa kata baharu... depa punya seronok nak habaq mai dok Tunaswisma, desawarsa, Tular, Swafoto, tandapagar dan macam macam lagi. Kita tengok dan patuhlah mana yang patut. Aku masuk bab GEMOK o aku takmau buang... aku ketegaq juga. Aku adalah alasan aku sendiri...

Tu la nak kena duduk, nak pikiaq jalan cerita.. satu gheja pulak

Menulih, kenalah buat lagu tu. Mata kena tajam, fikiran kena pantas melayang, pendirian kita bubuh pada watak watak rekaan. Ada dua tiga kali tulih tak jadi pun ada... Macam tu lah lebih kurang.

Sajak Puisi hang tak minat?

Awat tak minat. Aku seronok baca sajak sajak budak muda. Sama macam cerpen juga, la ni ada pembahagian. Yang tua tua tulih lagu depalah.. yang pompuan lagu pompuan. Ada yang tema tema lapuk dikitar semulapun ada... aku takat baca sajalah. Kadang kadang jumpa sajak menarik aku tolong terjemah. Rugi karya seni menawan tidak didwi bahasakan.

Nasihat hang yang last apa dia?

Tulih la kalau mampu menulis. Seronok bila manusia berekspresi. Bahu jadi ringan. Kalau nasib baik hang dapat pembaca yang suka. Kalau depa tak suka kita nak buat lagu mana? Sesama penulih jaga jaga, depa ni sensitif... masuk bab bab kritik kenalah jaga.

Dok sengap sengap aku rasa agak selamat lagi... lancang lancang sat lagi depa kata: mana dia karya hang yang hebat? Mampuih aku nak jawab tak gitu?

 lancang lancang sat lagi depa kata: mana dia karya hang yang hebat? Mampuih aku nak jawab tak gitu?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 09, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

INDEPENDENTWhere stories live. Discover now