SENSITIVITI PENULIS

21 0 0
                                    


Kreativiti menulis adalah sejenis aset yang tidak hadir pada semua orang. Pernahkah kamu memaksa diri untuk berkreatif? Hasilnya, saya kira kamu sendiri mahu muntah.

Ada hari harinya ia mengalir bagaikan sungai indah tidak berpenghalang. Apabila kata kata mampu disusun dengan baik penuh makna, di situlah munculnya sejenis kebahagiaan.

Penulis adalah makhluk sensitif. Dia berimbal balik menilai rasa yang bermain main di hujung fikiran, dianalisa, dinilai dua tiga kali meskipun setelah siap perenggan.

Minda yang sensitif pula dengan mudah menyerap pemikiran dan pendapat sedia ada dalam budaya, media, keluarga, lingkungan dan kawan kawan. Di samping melihat dan berhati hati dengan hal hal berbahaya terhadap proses kreativiti.

Dengan pemahaman, penulis boleh meningkatkan 'mindful awareness' atau 'Peka Jaga' pada habit pemikiran lantas ditukarkan jadi bahan/isi penulisan. Penghakiman kasar yang selalu menghentikan kita dari mendakap hidup yang bersinar, segar, tenaga kreatif. Nah, di sinilah kita akan mula mengawal selia Tekanan dalam hidup dan mula memberi perhatian pada 'Senstitiviti' sebagai bahagian penting dalam proses berkreatif.

Di sinilah peluang terbuka/bermula penerimaan diri seadanya. Ketika inilah sebenarnya proses kreativiti berkembang.

Menurut seorang penulis berprolifik Ann Taylor Bradford:

"Aku berharap sejarah panjang di mana aku berdoa agar aku tidak memiliki tahap sensitif tinggi, menafikan kesannya terhadap aku hingga terjadinya 'burned out' atau 'lelah penat' . Namun di tahun tahun kebelakangan ini aku mula mengerti dan lebih menghargai bahawa itu adalah bahagian fisiologi dan seluruh hidup. Sensitiviti menyumbang pada diriku sebagai manusia kreatif dan jadi penyebab kenapa aku memberi perhatian/tumpuan walaupun pada butiran butiran kecil rumit pada mereka/suasana yang aku peduli. Sensitiviti yang tinggi adalah sifat yang hebat menyumbang pada latihan kepekaan berfikir. Jadi, meskipun aku sering bergelut apabila merasa tidak cukup atau terhalang dalam aktiviti yang ingin dilakukan, aku merasa bersyukur pada apa yang sudah deria sensitiviti kurniakan pada aku"

Jadi kita mahu melihat hal sensitiviti dengan mudah di sini:

1. Dengan mudah menjadi empati dan mampu berkisah tentang perasaan orang lain (seolah olah itu adalah dirimu). Gambaran watak kanak kanak sehinggalah watak watak lain yang kamu fiksyenkan.

2. Demi kebahagiaan sang empati akan mampu meletakkan pemisah. Berhubung dengan mereka yang positif sahaja. Orang orang negatif akan hanya jadi watak dalam penulisan, berterusan akan membuatkan hidupmu tunggang langgang.

3. Ada orang yang tinggi tahap sensititinya. Sesetengah tidak sedar mereka juga adalah sang empati. Kamu harus mengenal pasti, lagi baik kalau dua sifat ini jadi milik kamu sebagai penulis.

4. Selalunya penulis adalah manusia sensitif. Jarang sekali ditemukan penulis yang tidak peka apa apa. Mungkin ada? Jarang sekali ditemukan.

5. Bukan semua mereka yang bersensitivi tinggi itu manusia yang baik baik. Dunia dipenuhi oleh manusia yang ketakutan, negatif dan terlalu defensif. Jadi pastikan kamu antara penulis sensitif yang seimbang.

6. Sekiranya kamu fikir kamu jenis sensitif carilah teknik teknik agar kamu mampu mengimbanginya secara waras. Ya, ia juga perasaan yang harus dikawal secara berterusan tanpa merasa sesak nafas sebagai penulis.

Jadi kamu mula mengerti bagaimana proses menulis bermula. Tidak kira samada kamu penulis indie atau sastera, masing masing kalau ditanya akan menggariskan syarat atau aturan yang sudah mereka patuhi.

1. Menggumpulkan butiran penting penceritaan. Plot, kisah, watak watak, twist, kesimpulan dalam nota nota atau catatan ringkas.

2. Mata liar memerhatikan alam sekeliling demi ketepatan bercerita. (lokasi, budaya, bentuk badan dan lain lain termasuk hal hal terkini atau kuno) sebagai jamuan pada kreativiti.

3. Bertemu bual dan adakalanya berdebat dalam skala kecil untuk mencari perasaan sebenar. Bertemu bual dengan orang orang yang dirasakan boleh membantu dalam penulisan.

4. Mencuri waktu mahu bersendirian tanpa gangguan untuk menulis: ada yang sewa hotel dan tidak keluar berhari hari, ada yang pergi jauh ke pusat peranginan terpencil. Pokoknya macam macam dalam proses menghidupkan kreativiti menulis.

5. Ada juga yang menulis hanya di hujung minggu atau bila berkesempatan sahaja. Sekiranya bekerja ada yang mengambil cuti untuk hal kreatif ini.

Saya kira sensitiviti yang sedang berlegar dalam kepala sang penulis harus disalurkan secara tepat, demi kelegaan fizikal dan mental. Hanya penulis sahaja yang tahu gambaran hal tersebut. Kalau bukan penulis saya pasti mereka mencari saluran tertentu untuk melepaskan segala butiran, kisah, maklumat yang dikumpulkan oleh diri yang sensitif ke saluran pilihan masing masing.

Untungnya kita menulis, dan segala resah atau persoalan akan kita lampirkan buat bacaan. (kalau tidak dibaca sekalipun, segala lapisan rumit itu sudah diluahkan).

BUDIMAN: dirangka oleh sensitiviti pada golongan tersebut, setelah membaca buku buku melayu tentang LGBTyang tidak tepat, menghukum secara subtle dan ada ketikanya dibadutkan secara manusiawi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUDIMAN: dirangka oleh sensitiviti pada golongan tersebut, setelah membaca buku buku melayu tentang LGBTyang tidak tepat, menghukum secara subtle dan ada ketikanya dibadutkan secara manusiawi. Terus terang, setelah diterbitkan ianya bagaikan bongkah besar sudah diangkat dari bahu penulis.

INDEPENDENTWhere stories live. Discover now