TIPS PENULISAN HARI RABU

37 1 2
                                    

·

ABDUL RAHMAN SHAH BERKONGSI IDEA.

Menulis watak yang berlainan dari diri penulis.

Salah satu masalah besar kita sebagai penulis adalah menulis watak yang berlainan jantina, bangsa, budaya, negara, agama, ideologi, kelas sosial malah umur dengan diri sendiri.

Perkara ini sebuah masalah besar juga kerana dalam dunia 'tanpa sempadan' kini kerana kejahilan tentang mereka Yang Lain (The Other) sungguhlah bukan sebuah alasan.

Selama ini kita biasa menulis mereka yang berbeza dengan kita melalui stereotaip, atau lebih teruk berdasarkan prejudis dan agak-agak kita terhadap mereka.

Terutama apabila watak utama adalah dia Yang Lain dari penulis dalam penulisan perspektif akuan. Habis semua monolog dalaman dan keluh kesah watak lebih menyerupai penulis daripada apa yang sepatutnya lebih tepat dengan watak.

Cubalah tanya mana-mana editor yang dikenali, mereka sendiri akan tepuk dahi membaca watak dikatakan berbangsa Cina dari Taiping tetapi segala tentangnya adalah seorang berbangsa Melayu dari Kuala Lumpur (ya, seorang editor atau pembaca yang tegar boleh membezakan), watak perempuan berumur 10 tahun tetapi suara dan pengetahuannya seperti lelaki berumur 40 tahun, dan sebagainya.

Mencipta watak bukan sekadar memberi mereka nama, tetapi membina seluruh personaliti dan latar belakang tentangnya. Mencipta watak secara adil adalah penting.

Maka apakah caranya?

Mudah sahaja, pergi berbual dengan mereka Yang Lain daripada diri kita sendiri. Cuba memahami sudut pandang mereka, berempati dengan mereka dan paling penting gunakan informasi ini untuk membina watak yang lebih representatif kepada mereka berbanding sekadar stereotaip.

Jika hendak tulis watak transgender? Pergi berbual dengan mereka. Hendak tulis watak OKU? Pergi berbual dengan mereka. Hendak tulis watak orang miskin kota? Pergi berbual dengan mereka.

Tulis watak berdasarkan cara mereka memandang diri sendiri, bukan cara kita memandang mereka. Bukan melalui pandangan judgemental kita terhadap mereka, terutama apabila watak itu dari golongan marjinal yang ditindas.

Oh, sebelum ada yang tanya, kalau watak alien atau hantu pula macam mana? Benda sama juga. Segala alien dan hantu sebenarnya sebuah representasi kepada manusia. Mungkin lebih bebas dari segi memilih lenggok bahasa dan norma sosial, tetapi pastikan watak itu konsisten.

Nota Tambahan:

Tanpa keluar bilik pun boleh belajar tentang budaya Jepun, membaca buku/menonton anime dengan aspek kebudayaan, melawat Jepun guna Google Streetview, tengok video orang melawat Jepun, malah berbual dengan orang Jepun melalui medsos bagai. Gunakanlah kelebihan zaman ICT ini sebaik-baiknya.

Semoga tips minggu ini bermanfaat.

(klik untuk ke tips minggu-minggu sebelumnya) Sila tampil ke facebook #tipsmenulisrabu

Di bawah adalah rentetan dari perkongsian tersebut:

Hantu pun kena tahu hantu jenis apa. Setiap budaya, hantunya tak sama.
· · Nota Tambahan 2: Watak dalam cerita fantasi/sai-fi juga sama. Bina watak secara konsisten.


Contoh menulis ras yang baru terus, ras ini tinggal di persisir pantai - maka budayanya, makanannya, pakaiannya, ekonominya, lenggok bahasanya perlu konsisten dengan bangsa-bangsa persisir pantai yang lain, yang ramai sahaja. Seluruh kajian anthropology wajib dilakukan (atau seadanya)


Biasa terjadi, watak perempuan suara lelaki atau watak lelaki suara perempuan. Haha
· · Begitu juga bila menulis watak org kaya. Ada berbagai jenis level kaya - jenis kerja - yg terdiri dari berbagai bangsa, budaya, agama...
· · Susah oo nak tulih watak lain jantina. Maksud saya watak perempuan. · · Perlu berbual lebih dengan mak/kakak/adik perempuan ni, ataupun kawan-kawan perempuan rapat/gf semua, boleh ni lihat serba serbi tentang wanita, haid, rungutan, geletis, malu, cara dan tona bicara para wanita yang beda beda... pokoknya masuk dalam kasut mereka. Tua dan muda ghairahnya sangat tidak sama...hmmm....itu belum dialog bohsia lagi kan?

Curi2 baca diari depa takpun join hobi depa..
Ya, tona, intonasi, lenggok bahasa, hidup seharian, benda-benda yang perempuan berfikir sebelum buat, kena diketahui.


Itulah, ini belum bohsia, pelacur semua, mungkin boleh baca interview? Kajian hak asasi?


lebih sedap kalau curi curi dengar di gerai atau pura pura buta lepak di kawasan tersebut. Kalau specimen bersembang lagi best.
Bohsia pun ada byk class. Ada bohsia kg, bohsia bandar, bohsia sek smpai darjah 6, bohsia setakat SPM atau bohsia University background... Payah jugak tuu
janji cubalah jadi seadilnya, jangan menghukum mereka yang berlainan/tidak senasib baik kita melalui tulisan dan tanpa memahami situasi mereka
Benar. 

1. "Tak kuasa aku jantan takda duit"

2. "Badan i hanya untuk yang ada...." diketik ketik ibu jari dan jari telunjuk kanan

3. "Well at least i get something from him, takkan free kot?" Nita sewaktu bejalan menuju kelas petang. · · Ya , bkn being judgemental tp kena tahu latarbelakang subjek. Mcm watak org kaya juga. Setiap org kaya tak sama lifestyle dan lenggok percakapan apatah lg pemikiran mereka. Begitu juga utk karektor bohsia. Kalau tdk, watak akan jd stereotype.
pernah sekadar nampak-nampak sahaja perempuan terlebih seksi di lorong antara Lebuh Chulia dan Campbell kan lagi sebelah? Belum pernah dengar dialog sahaja 😱


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
INDEPENDENTWhere stories live. Discover now