SASTERA MODEN

41 0 0
                                    

SASTERA: Kerja kerja bertulis seperti buku buku bersubjek,  lampiran, dokumentasi, informasi, digabung menjadi kata kata tentang sebarang isu. Dicetak dan dibaca.

Jangan diulangi lagi soalan tentang hal hal indie. Penat untuk dijawab. Kalau ditemukan jawapannya sekalipun ia tidak akan membawa erti yang besar. Tidak akan ada apa apa imbuhan laba darinya. Siapa yang untung? Siapa yang rugi? Tidak wujud. Paparan kosa kata, penceritaan dan informasi tetap memainkan peranan apabila berfiksyen. Ya, fiksyen yang cuma bebeza selaras zaman selagi ianya relavan waktu. Condongkan mana yang perlu, nota kakikan  kalau perlu dan nikmati kebebasan dalam ruang tanda kutip code uncode.

Prosesnya tetap sama.

Saki baki yang ada dalam dunia sastera tradisi ketika ini adalah mereka yang hadir dari sekolah lama di tahun 80an. Rata rata mungkin berusia 50 tahun ke atas. Manakala para penulis muda yang sedia ada rata rata berusia 30an hingga yang semuda belasan tahun. Sudah tentu acuan acuan lama akan bersoal dan acuan acuan baharu mula menjadi keliru. Akses pada buku buku fiksyen, semi akademik, biografi, puisi dan sajak menjadi semakin mudah. Bagi penulis tempatan yang dwi bahasa ini adalah kenikmatan hakiki. Sebagai meraikan perubahan zaman, sudah sudahlah membandingkan minda fikir dahulu dan semasa. Sesekali kita lewati karya karya terdahulu untuk bernostalgia dan membaca buah fikir mereka. Percayalah apa yang dikatakan karya indie sekarang akan menjadi tatapan di masa akan datang. Pepatah 'tiada yang lama, tiada yang baharu' itu adalah kebenaran.

Kamu mungkin belum bertemu karya semasa atau tidak membaca langsung? atau kamu sengaja memilih untuk terperangkap dalam gelembung masa lalu?

Bebas tidak semestinya PORNO. Para penulis muda faham benar akan situasi ini. Mereka hanya menggambarkan secara berkias dalam karya babak babak yang dirasakan tabu oleh generasi terdahulu. Masih ingat kisah homoseks yang digambarkan oleh Awang Had Salleh dalam novel Biru Warna di tahun 60an? Hemahnya tentulah tidak sama seperti anak anak muda yang menulis sekarang, di mana mereka jauh lebih terbuka samada dalam naratif da dialog. Hal hal LGBT yang menyempurnakan zaman disentuh secara semi akademik atau fiksyen demi perkongsian informasi. (sewaktu mereviu saya pernah terkedu membaca novel yang terlalu sempurna, dunia masakini bagaikan hanya dihuni oleh para cisgender - mustahil, paling tidak gambarkanlah si lembut pelayan di kedai tomyam) Penghakiman melulu tidak akan terjadi dalam sastera moden, penulis penulis yang bijak toleransi akan menghamburkan semua isu untuk difikirkan kembali oleh pembaca. Harus ingat Porno juga adalah termasuk dalam keranga sastera, cuma ianya diukur samada bercitarasa atau tidak.

Kita kembali memikirkan karya karya lama (dipercayai penulis tegar masakini akan mencuri waktu menilai kembali tulisan A. Samad Said, Hamka, Azizi Haji Abdullah, Shahnon Ahmad, Pram, Arenawati dan lain lain) Adalah mustahil untuk kembali menulis seperti mereka yang bernafas dalam ruang pemerintahan, sistem manusia, penemuan penemuan di zaman tersebut. Sudah tentu para penulis baharu yang dianggap indie merakam zaman mereka. Mencuit cuit gelojak sedia ada dan khayalan terhadap masa akan datang. (penulisan ini tidak melibatkan novel novel romantik cinta di pasaran: kisah mertua jahat, cinta tidak jadi, kekasih tampan, pergolakan suami isteri - saya tidak pernah religius menyentuhnya).

Apakah sastera moden kisahnya berkisar tentang bunuh bunuh? Seks? tembak tembak? TIDAK. Sastera moden negara sudah bergerak ke hal hal sosial, jenayah kolar putih, dunia hiburan, fiksi sains dan juga hal hal akidah. Ianya adalah biasa kerana itu adalah gelojak sedia ada. Sudah sudahlah dipertikaikan dalam perhimpunan bahawa sastera moden (yang digelar indie) oleh si tua yang tidak pernah membacapun. Pura pura menyentuh segmen moral hanya untuk memberi impak kekuatan bersyarah tidak akan membawa kita ke mana mana. Penulis sedia ada sebaiknya digalakkan untuk menyuarakan rasa hati terhadap apa sahaja termasuk bersinis sinisan dengan alam sekeliling mereka. Prosesnya sama sahaja seperti zaman terdahulu.

INDEPENDENTحيث تعيش القصص. اكتشف الآن