KAU PELENGKAP HIDUPKU?

17 0 0
                                    


Allahurabbi. Rasa seriau melihat tajuk yang sedemikian. 

Dahulu ketika sewaktu remaja dan masih bodoh-bodoh, mungkin ianya mudah menusup masuk dalam nadi dan salur darah yang kononnya pula mengalir ke hati. Ketawa aku memikirkan situasi ini. Ianya tidak lama, aku diizinkan melihat sifat manusia yang berlapis lapis. Banyak kejadian sebenarnya dilalui selaras usia yang panjang ini.

Sudah aku saksikan kasih sayang yang pernah aku kagumi sambil menelan airliur hancur musnah dengan tragis begitu sahaja. Teman sekolah yang tidak sabar sabar mahu mendirikan rumah tangga, akhirnya kantoi tidak lama. Pasangan di desa yang kelihatan begitu mesra bahagia tergugat akibat gerak laku curang pasangan. Itu belum masuk desas desus yang macam macam sewaktu aku dewasa sambil sambil cuba mencari cinta... (kisah artis tidak perlu diambil kira)

Manusia romantis kerap aku temui. Mereka yang sebaya, yang tua malah yang muda remaja ramai yang romantis. Seronok melihat orang yang kita kenali bercinta, kerap juga terbayang kenapa hal sebenar tidak terjadi pada diri kita. Aku sendiri sudah melalui beberapa kisah cinta, namun tidaklah seromantis filem filem cinta klasik yang sedia ada. Cinta, awan sembilan, rasa di awangan itu adalah sinonim. Nikmatnya sangat wow... cuma jangan diajak aku ikut sama berkhayal sudahlah. NOPE, akan aku tolak mentah.

Sambil sambil romantis mereka mula menggariskan hal hal kalaulah...itu dan ini. Wajah wajah pilihan. Romantis sahaja tidak cukup, fizikal tentulah harus sedap mata memandang. Apa semua mampu mencapai impian ini? Alah! Not badlah dia, cuma hitam sikit...diselitkan kata kata penyedap yang lain.

Aku tidak mahu memberi syarahan cinta padamu. 

Cinta adalah nikmat peribadi yang harus kamu nikmati sendiri. Peluang itu sebaiknya kamu nikmati, daripada tidak pernah dicintai atau selama ini hanya menyintai orang secara ilusi sahaja. Hati hati, ada juga mereka yang hanya gila untuk menikmati cinta secara sementara (courting process) selepas itu mereka akan hilang begitu sahaja, mungkin menjual cintanya pada manusia lain pula. Lucu bagiku sebenarnya mendengar semua ini. Memang ada orang yang hanya menikmati fasa jatuh cinta, memujuk rajuk dan bermesra sahaja. Kisah kisah selepas itu tidak mahu dia ikut serta. Di zaman ini mungkin cinta SMS? Cinta whatupps?

Manusia sepi. Memerlukan. Murahan ada waktunya apabila bercinta. Sedangkan secara akademik mereka bukanlah calang calang orang. Hal cinta dan buaian perasaan sama sahaja sesama mereka tanpa mengira hal hal bijaksana. Ada gabungan nafsu, rindu, ingin, cocok dan macam macam. Oleh kerana terlalu nikmat rasa ini, kita gelarkan si dia CINTA HATI. Jangan tidak tahu cinta hati kita itu ada ketikanya bagaikan nabi disanjung. Dialah segala galanya sehingga kita tercium bau bau yang tidak sedap. Ketika ini apakah sahabat kamu? Penafian? Paksa diri? atau apa dia?

Dari situlah juga hadirnya kata puja KAU MELENGKAPI DIRIKU. 

Bahaya sebenarnya. Apa kamu cacat sebelum dia hadir? Eh? Siapa engkau mahu mengatakan bahawa ianya bahaya?

Secara peribadi aku merasa kita sudah masuk ke dalam kategori memuja sesama manusia. Tidak elok. Kalau hari ini dengan kehadirannya dia melengkapi kamu, bagaimana kalau dia pergi? Berubah hati? Mati? atau menghina kamu sehina hinanya? apakah kamu akan terkontang kanting berharap? kerana dia adalah pelengkap kamu bertanyakan padanya apakah korban yang dimahukan? Ingat, dia manusia yang ditakdirkan BOLEH BERUBAH. Fikirkan dalam dalam sayangku. Apakah kamu akan terus hidup tehoyong hayang pada kenangan ada dia yang suatu ketika dahulu pernah jadi pelengkap hidupmu yang kini lohong kerana tidak cukup?

Dia dengan mudah boleh mengatakan: maaf ini salahku bukan salah dirimu, sama samalah kita mendoakan kebahagiaan masing masing selepas ini. Kamu terperuk di hujung katil mendengar lagu cinta gagal Ziana Zain. Lagu lagu cinta tak jadi, tiada jodoh dan kehilangan. 

Nasihat untuk berpada pada itu sudah menjadi tradisi. Dalam fahaman apa sekalipun. Kita diminta untuk berpada pada. Kenapa?

Supaya tidak ada kebergantungan total pada manusia yang lain apabila masuk ke daerah harapan cinta dan kasih sayang. Harus ingat, apabila manusia yang satu lagi tahu bahawa kita tidak mampu hidup tanpanya, lambat laun dia akan menukarkan segalanya menjadi keberuntungan buat dirinya. (Advantage suckers). Hal ini tidak seharusnya terjadi pada kamu, namun kalau baru bangkit dari kekhilafan cinta dengan penuh kesedaranpun tidak apa, apa salahnya belajar secara keras bukan?

Kau pelengkap hidupku, aku ketawa lagi. Sehingga ianya mampu jadi bahan bacaan. Dalam penerbitan buku buku romantik untuk si sepi sejak zaman berzaman. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana degupan jantung mereka apabila menikmati impian yang dijual bersama bait bait kata di dalamnya. Sesekali aku memarahi diri mengatakan aku ini jiwanya kering, dengki dan tidak romantik. Aku dalam diam berdoa agar engkau yang membaca buku buku sebegitu atau menonton filem atau drama sebegitu agar tahu had had manusiawi kamu. Tamat dan tamat di situ sahaja, tidak terbawa pada harapan harapan yang tidak munasabah. Bukan senang mahu berkongsi rasa dan kehidupan dengan orang lain, tidak kiralah apa jantina kamu. Banyak hal hal yang perlu dikorbankan, tiba tiba salah satu daripada kamu jadi bosan? mahu ubah jalan? mahu citarasa baharu? diam diam menipu? Apa kamu sanggup? Jadilah drama manusia hebat, yang kamu keliru untuk tatapan siapa?

Kau pelengkap hidupku seperti laungan dalam filem Jerry Mcguire ketika Tom Cruise menjerit pada Rene Zellwenger membuatkan ramai wanita basah seluar dalam. Pelengkap maknanya penyampung hidupmu yang berkurangan. Begitu daif sekali jiwa dan ragamu sebagai manusia. Bagi aku, sebarang hubungan itu sebaiknya dianggap sebagai teman, kekasih, perkongsian dan hidupmu tidaklah seteruk mana kalau dia harus pergi. Jadi dia hanyalah COMPLIMENT/sumbangan bukan COMPLETE/pelengkap. Dia ada kamu bahagia, dia pergi kamu masih mampu bernafas, menagislah dua tiga hari dan seterusnya terus bangkit melangkah lagi menjalani kehidupan.

Ini hanyalah luahan peribadi. Aku tahu kita ada waktunya memerlukan sedikit hiburan dalam hidup. Apa salahnya. Namun jangan sekali kali menjadi hamba yang berharap pada manusia lain yang juga hamba pada pencipta. Tidak elok. Sayang, peduli, kasih harus dijaga, dinikmati dengan elok dan sekiranya tidak seimbang, kamu harus cepat cepat bergerak pergi. Siapalah yang mahu  menanam saham pada pelaburan yang sah sah tidak menguntungkan. NOPE, ini bukan hal hal material yang mahu disampaikan. Cerahkan fikiran kamu.

Di dunia yang kelihatan begitu murah ini, cinta dijaja bagaikan barang mainan. Ada orang yang begitu desperado membeli dan menjual cinta. Kamu agaknya jatuh dalam kategori mana? Kategori takut sepi itu berbahaya, apa kata latih dirimu untuk berhibur cara lain. Kalau merasa fizikal diri kekurangan usaha lagi ke arah yang boleh mempertingkatkan dirimu agar kamu mampu memilih. Kalau sekalipun cinta hadir di depan pintu, kamu tidak boleh semberono mengatakan dia pelengkap hidupmu. Berikan ruang dulu kerana kamu manusia yang baik dan hebat, sudah tentu dia juga harus menjana pada rasa bahagia tersebut. Berdua kata orang selalunya lebih baik... bersendirian lebih tenang.... berkonflik selalu? Jawapannya ada pada dirimu.

Hari ini fikirkan, samada kamu mahu membisikkan kata pada dia..., "Sayang kau pelengkap diriku...."

Not Even the Perfect Relationship Is Going to Complete You

I have close friends whose long-term romantic relationships I not only admire, but also hope to one day experience. But even they, who seem to have found "the one," recognize that true happiness comes from within and can never be filled in by another.

Semua ini adalah terpulang. Tukang nikmat tukang duka adalah dirimu. Aku juga terfikir sebenarnya samada JODOH itu adalah satu dugaan manusia? Hmmm... mungkin juga ya?

INDEPENDENTWhere stories live. Discover now