MEMILIH KAWAN

54 4 2
                                    


Rungutan demi rungutan. BFF tak boleh pakai. Kawan lama tak boleh harap. Kawan makan kawan. Ditambah pula dengan ruang curhatan di medsos. Penat kita mendengarnya dari waktu ke waktu.

Aku sendiri sudah melalui semua itu wahai temanku. Ghairah mahu berkawan, mahu ramai ramai bergelak ketawa, dengan penuh harapan. Hemoi mahu diterima dan kalau boleh ikut serta kerana ada tarikan untuk berkawan.

Namun itu semua sewaktu akal masih singkat. Fikiran masih bersih dan tidak tercemar (not in a bad way). Pelan pelan setelah mula mengenal sifat dan gerak manusia, pilihan harus dilakukan. Ada pembahagian rupanya apabila berkawan. Sewaktu terkena dahulu rasa marah, resah, sedih, pilu... maklumlah ketika itu waktu/masa/ruang masih banyak. Rindukan teman, mahu bersama, gembira kalau sempat diajak ke mana mana. Itu dahulu...

Kemudian setelah masing masing dewasa dan punya pilihan hidup suka tidak suka akan ada pergeseran pendapat tentang cara hidup, kepercayaan, politik dan hal hal remeh yang lain. Dalam ramai ramai aku yang mengambil keputusan paling awal untuk MEMAAFKAN segala khilaf teman teman. Tetapi itu mungkin apa yang aku rasa sahaja... mereka mungkin merasa aku ini sudah terpesong atau apa apa. (tidak perlu aku analisa demi masa dan tenaga, buat rugi sahaja). Kediaman dan no telefon aku tidak pernah berubah. Teknoloji juga ada... jadi aku anggap aku ini manusia yang terbuka. Kalau mahu menjalinkan semula persahabatan kita masih boleh berurusan secara teknoloji. Pepatah lama masih boleh diguna pakai: Hendak Seribu Daya, Meluat Seribu Dalih.

Memang seronok berhimpun ramai ramai. Namun semakin kita berusia ada sajalah kekangan yang hadir. Mana mungkin kerap lagi seperti dahulu?

1. Tumpuan pada pasangan kekasih/suami/isteri atau anak anak

2. Tuntutan pekerjaan. Tidak boleh hadir ke majlis majlis penting mereka

3. Pendapat sudah jadi berubah kerana kita lebih dewasa dan praktikal

4. Pindah lokasi dan perubahan diri akan selalu ada

Kita juga mungkin sudah menjana pertemuan dengan sahabat sahabat baru yang kita rasa selesa. Seperti yang aku katakan MANUSIA ITU TERTAKLUK PADA PERUBAHAN. Ianya akan tetap ada, tidak kiralah perubahan apa. Aku mengambil langkah mudah, kalau ada... adalah. Kita akan bertukar khabar dan bersalaman. Bertukar cerita secara sopan.

Kenapa kau memilih kawan?

Akibat pengalaman lalu. Ada yang hadir sebenar untuk menjengok kisah kita. Ada yang membantu dan menyokong. Ada yang akan menjadikan kita bahan umpatan dalam hal hal tertentu. Jadi kita berhak untuk memilih mana mana manusia yang hadir. Ianya masih proses yang sama, berhubungan dengan manusia yang kita selesa.

Untuk apalah kita bersusah payah mahu berkawan, sedangkan orang yang ditumpukan itu hanya memberi bahu dingin? aku sudah tiba di suatu titik di mana aku tidak mahu lagi berusaha keras demi persahabatan. Aku mahu teman teman yang MUDAH tidak rigid seolah olah mereka baru baligh kelmarin. Aku apa bila berusia sudak menjadi agak bijak menelah sifat manusia. Teman teman yang hadir mahu menjual nilai hidup, menghina orang lain sebagai objek lucu, menghina kehidupan suka bangsa lain hanya kerana tidak sama atau mereka yang terlalu sensitif seperti anak anak pangeran juga aku tidak mahu.

Teman teman seharusnya menyenangkan. Mendamaikan. Punya waktu dan telinga sekiranya kita ada masalah rumit yang memerlukan pendapat ke dua. Itu bagiku adalah teman teman yang ikhlas dan menarik. Jadi aku memilih.

Bagaimana dengan teman teman di Medsos?

Tidak bisa lari, ini adalah zaman teknoloji. Aku terlibat sama. Aku memilih untuk menjadi teman yang baik. Ya aku percaya teman teman internet yang baik ada, kita dapat membacanya secara jelas. Dari perbualan mereka, sifat sopan mereka, kata kata mereka yang bernas dan ada juga yang sangat polos dan tidak takut menghubungi aku dan kami bertemu. Mereka ada orang orang sebegini.

Manusia jengkel internet? jangan cakaplah... memang berlambak manusia sebegini. Mereka akan cuba menjadikan kita sebagai alat hinaan mereka. Objek yang boleh mereka perli dan lekeh lekehkan. Tetapi kita jangan lupa, kita juga ada pilihan untuk tidak memberikan mereka ruang tersebut. Mereka akan pura pura baik dan sporting, tetapi dalam hal hal tertentu kita akan mula nampak sifat mereka yang berdolak dalik... ya aku sudah terkena dengan dua tiga yang anehnya tidak pernah aku temui. Menghina aku terang terangan lewat medsos. aku anggap mereka sebagai bermental tidak stabil sahaja.

Ada... memang ada. Manusia yagn tidak stabil atau insecure akan merasakana bahawa segala muat naik aku di dinding facebook adalah untuk dirinya. Banyak punya cantik. Apa dia terlupa bahawa aku adalah penulis yang sedang berkreatif dan berkongsi buah fikir dengan pembaca yang ada di sesawang internet. Selalunya mereka mereka yang sensitif terlalu seperti ini tidak akan aku layani. Mahu dikatakan bermentaliti rendah aku segan, mahu dikatakan latar belakang akademik mereka miskin aku malu. Jadi aku tinggalkan sahaja.

Kesimpulannya teman teman di luar dan di internet juga harus kita pilih. Kita hemoi dengan mana mana manusia yang kita selesa dan tidak memerlukan penjelasan lebih lebih apabila berbincang tentang sesuatu isu. Mereka yang dominan, angkuh dan terlalu fasik kita tinggalkan begitu sahaja. (mereka lupa kita dalam banyak waktu sangat menjaga maruah mereka) Begitu juga batu batu api dalam muat naik yang bersifat lalang itu harus kita tinggalkan. Kalau berani terus sahaja kita bersemuka. Ada dua tiga kejadian yang melibatkan aku. Salah faham atau kebencian yang dipendam Wallahualam.

Jadi ini adalah proses yang mendewasakan pada setiap kita.

Kita akan terus berurusan dengan manusia manusia yang kita suka dan merasa selesa sahaja. Semudah itu sebenarnya. Janganlah dianalisa banyak banyak pada orang yang tidak suka pada kehadiran kita. Kita juga tahu bagaimana untuk tidak wujud dalam hidup mereka bukan?

Bersahabat, berkawan, bersiratulrahmi itu sangat indah. Ianya hadir dari hati kita yang IKHLAS. Kalau usaha ikhlas kita itu dienteng entengkan.... kita pasti tahu apa langkah kita.

INDEPENDENTWhere stories live. Discover now