MEREVIU/ULASAN

23 2 0
                                    


REVIEW/ULASAN

Ini bukan pengkisahan tentang mengulas karya kanak kanak atau anak asuhan yang sedang bertatih. Ulasan buku atau cerpen yang sudah tersiar wajib dilakukan dengan hati hati. Setiap pengkarya mahukan rasa adil dan paling tidak rasa disukai/dihargai.

Kalau di barat dan negara yang progresif REVIEWER adalah sejenis kerjaya. Di sini bagaimana?

Pelbagai genre buku sudah ada di pasaran. Tidak kira apa jawatan kamu sebagai pembaca akan terpanggil untuk membicarakan tentang naskah yang sudah kamu telaah. Adakah kamu bersedia untuk mereviu?

Reviu/Review/Ulasan tidaklah memberikan kita lesen penuh untuk mempamirkan rasa marah, kesumat, kesal sewenang wenangnya. Dengan alasan alasan tradisi dan berlapik kamu mungkin mampu memberikan reviu yang mungkin membantu penulis untuk melihat karyanya semula dan dijadikan panduan untuk karya yang mendatang.

Terdapat portal@situs seperti Goodreads (yang paling aktif sekarang) di mana pembaca boleh meluahkan rasa mereka terhadap buku buku yang sudah dibaca/telaah. Dinding dinding syarikat penerbitan yang ada waktunya dipamerkan reviu (tidak kiralah atas tujuan promosi atau pemasaran) Diakhir segala cerita ia akan kembali berpusat pada penulis, ada waktunya melibatkan maruah jika reviu tidak ditangani dengan betul.

Pembaca tegar boleh memberikan kritik dan reviu. Ini sudah menjadi adat di alaf baharu. Membayar sejumlah wang, menghabiskan waktu dan percubaan mencari nikmat dalam naskah merupakan perasaan semulajadi pembaca. Dari situ muncullah pelbagai reaksi dan perasaan.

Berikut saya siarkan petikan beberapa bentuk reviu pada buku buku yang sudah dikomentar di sesawang goodreads. Tanpa tajuk tertentu, mereka adalah pembaca tegar yang membayar harga buku.

Tak dapat kasi 5 bintang sebab saya ambil masa 3 hari. Bukan tak best tapi entahlah. Pi mai pi mai tang tu. Agak nak okey, jadi balik benda sama. Kalau harapkan kisah cinta saja, entah kurang lagi saya bagi.

Maksud nama Fareed ialah istimewa, permata, tiada bandingan, tunggal, permata yang mahal. Maksud nama Luthfiyah ialah lemah lembut. Nama dah sedap. Maksud pun baik. Kenapa nama gelaran diberi tiada makna? Nama kan juga satu bentuk doa kalau disebut selalu. InsyaAllah mana tahu doa itu makbul satu hari nanti.

I probably spent the longest time reading this book compared to all the other books I read due to the complexity and complicatedness of its plot and the unsettlingly eccentric cast of characters. What an experience! A clever book deploying magical realism and saturated with parodies that left me feeling accomplished and simultaneously dizzy upon reading it. I despised it so much but I loved it just as much, which was why I had to finish reading it

so many books on Geisha Culture. Read this one first then proceed to watch Arthur Golden Memoir of a Geisha. Then you can stop reading about Geisha... This book can be found at secondhand book store if you are lucky.

Liza gave an extensive view of an interesting and fascinating world of being being a Geisha. Music, Poetry and the art of entertaining.

A must read.

Terharu dengan pengorbanan Jebat. Dia sudah insaf sempenuhnya tetapi ada orang pandang rendah terhadapnya. Demi sayangkan Mastura dan tidak mahu menjejaskan aib anak dan keluarganya kelak, dia sanggup buang tattoo nya walaupun membuangnya adalah benda yang akan menyakitkan tubuhnya. Sangat kuat untuk menghadapi dugaan yang telah menimpanya dan lain-lain. The most character that i admired with

Sumber: Goodreads.com

Pembaca dan penulis harus tahu bentuk dan jenis reviu itu hadirnya dari sumber individu mana. Dari pembaca? Penulis? Pembaca mudah? Pembaca yang senang dihiburkan? Penulis berprolifik yang gatal tangan? Atau tukang reviu bertanggungjawab. Segalanya harus diambil kira sekiranya kamu jenis pembaca yang tergantung pada reviu untuk membeli naskah baharu.

Artikel ini tidak bermaksud mengajar kamu tentang: How to write book reviews (hal yang juga kabur dan tidak pernah objektif).

Memberi ulasan pada buku buku tempatan sangatlah rumit sebenarnya. Sekiranya kamu perhatikan ruang reviu akbar tempatan dan bahan cetak arus perdana, ia bagaikan ruang untuk memperkenalkan buku buku yang ada dipasaran dan mengulang cetak sinopsis. Tukang reviu arus perdana menggambil jalan selamat, seolah olah mengulas kembali blurb/ringkasan buku. Ditambah pula anekdot anekdot biasa seperti: A must buy, suitable for teenagers, untuk peminat buku romantik, sesuai untuk mereka yang menyintai puisi dan macam macam.

Kamu sebagai pembeli/pembaca mempunyai sifat yang pelbagai:

1. Terpikat pada penulis sejak awal karya pertamanya. Beli juga

2. Tertarik kerana ianya sudah menjadi koleksi

3. Terpanggil untuk membaca juga kerana buku tersebut heboh diperkatakan.

4. Suka pada lakaran kulit buku tersebut

5. Kenal penulisnya dan agak familiar/terbiasa pada hasil kerja

6. Isu yang dipaparkan menggamit deria mahu tahu

7. Terasa bagaikan ada hal yang baharu di naskah tersebut

8. Setelah melihat carta jualan (hal yang sudah terbiasa di alaf ini) syarikat buku atau kedai buku.

Apakah pembaca berhak untuk memberi reviu/ulasan?

Sudah tentu, dia membeli, membaca dan memperuntukkan waktu terhadap naskah tersebut. Reviu secara oral apabila berbicara atau secara bertulis di situs situs atau dinding peribadi medsos. Pernah dengar i want my money back? offering this book for 10 ringgit? Kembalikan masa aku, menyesal?

Bagaimana pula penulis yang membaca? (penulis membaca buku karya penulis lain)

Ada sedikit ralat di sini. Selalunya penulis tempatan yang menikmati karya tempatan harus berhati hati. Akan muncul persoalan persoalan remeh sekiranya ada hentaman negatif. Sudah terjadi beberapa kes. Ada penulis yang tidak kisah, malah bersifat menerima. Ada yang membalas semula dengan rasa yang tidak sedap. Perseteruan tidak enak muncul. Atas dasar ini ramai penulis tempatan tidak mereviu karya rakan penulis tempatan yang lain secara sungguh sungguh. Bahaya!

Jalan tengah? Melihat sisi sisi hebat menarik sahaja kalau sekalipun mahu memberi reviu. Harus berani untuk memberi jawapan atau alasan, sekiranya disoal kembali kenapa mereviu begitu? Ya, penulis masih boleh memberi reviu kerana ini juga antara sisi sisi penting menjadi penulis dan pembaca.

Apabila dipersoalkan kamu harus bertenang. Posisi kamu di sini adalah sebagai pembaca. Penulis yang marah akan mempersoalkan macam macam.

1. Kau siapa?

2. Buku kau pun tidak laku!

3. Tulisan kamupun tidak kemana bukan?

4. Kau sendiri ayat tunggang langgang dan macam macam lagi. Maklumlah hati sudah tercuit.

Kesimpulannya kalau mereviu galaslah bersama sifat sifat

1. Telus dan ikhlas (tanpa niat menjatuhkan penulis)

2. Siap sedia dengan alasan konkrit dan solid

3. Imbangan sisi sisi yang kamu rasa boleh membantu

4. Mahu berkongsi hal hal yang baik (atau info baharu)

5. Saranan saranan baik pulih jika ada

Sifat sedap menjatuhkan orang itu seharusnya tidak dibawa bersama. Dikikis dari dalam jiwa tukang reviu. Pujilah sekalipun pujian akan jatuh pada kulit buku. Bahasa Asia yang berlapik masih ingin diulang pesan di sini.

Simpan rasa tidak senang hati kamu itu untuk perbualan perbualan oral sesama teman teman yang menulis atau membaca dalam sesi diskusi yang tidak direkodkan. Habis di situ, tamat di situ. Kerana buku yang baik sudah tentu akan dipuji meskipun secara tidak bercatat di situs situs medsos. Jangan pula lupa pada CITARASA yang seperti makanan, ada yang boleh ditelan ada yang tidak.

"Berikan aku 10 ruang untuk mengkritik, namun JANGAN LUPA untuk berpesan padaku demi melihat 10 sisi sisi baik lain," Regina Ibrahim (beliau masih menerima naskah naskah tempatan untuk diulas) Artis holistik, Pulau Pinang.

INDEPENDENTOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz