19

868 57 3
                                    

***

Makan malam sudah terhidang , aku keluar dari bilik dan jungkook mendahuluiku. Aku melihat semua ahli keluarga sedang menunggu kami untuk menjamu selera. Mereka semua melihat kearah aku dan jungkook. Laluku menunduk hormat dan melabuhkan punggungku diatas meja yang terhidang segala makanan. Ada juga yang makan diluar nikmati pulau yang indah dan bintang-bintang yang menyerlah malam ini.

Jungkook duduk dibahagian luar dengan sepupunya Manakala aku duduk didalam menjamu selera dengan keluarganya. Mereka menghidangkan aku pelbagai lauk-pauk kepadaku. Aku hanya tersenyum ternyata mereka jauh lebih peramah berbanding apa yang aku fikir.

" Nenek , Siapa Nonna cantik ini " Ujar salah seorang kanak kanak yang dalam lingkungan 5-6 tahun. Bibirku terukir senyuman bila melihat kanak kanak yang sedang bermain-main itu.

" Aigoo, Ini namja bukanya Yeoja " ujar nenek sambil menepuk dahinya. Pening kepalanya tak berhenti jawab dari pertanyaan cucunya yang mengatakan aku ini Yeoja.

" Ohhh Tapi dia kelihatan cantik sangat. Muka Dia manis sekali. " Ujar Budak itu sambil memegang tanganku. Aku membalas dengan senyuman yang manis untuknya.

" Tengok itu nenek , Dia senyum buatkan Saya jatuh cinta padanya " Kesemua ahli keluarga yang melihat terkekeh ketawa dengan karenah anak kecil ini. Begitu juga aku turut tertawa sekali.

" Aip kamu itu budak lagi, Gatal ye " Ujar Mama Mira disampingku kemudian mencuit hidung kanak kanak lelaki itu.

" Hehehe " Anak kecil itu tersengih-sengih dan berjalan keluar dari rumah. Aku hanya tertawa melihatnya. Petah sungguh dalam bertutur Budak kecil itu.

" Jom Makan " Ujar Nenek dan kami mula menjamu selera. Dari sudut aku melihat jackson sedang memandang tepat kedalam mataku. Ternyata dia lagi tadi memerhatikan aku.

Selesai sahaja makan , Kesemua ahli keluarga duduk diluar sambil membuat BBQ dan santai santai menikmati Udara yang nyaman ini. Memandangkan kami memang berdekatan dengan pulau, Angin dari pulau meniup-niup kemari.

Mata jungkook tak lengkang melihatku yang sedang duduk bersila diatas rumput itu. Walaupun kat sini banyak tempat duduk tapi aku tetap suka duduk bersila diatas rumput yang rata ini.

Jackson menghampiri aku dan turut bersila diatas rumput sepertiku. Dan menikmati bintang bintang yang begitu cantik dimalam ini.

" Cantikkan Bintang-bintang ini " Ujar Jackson. Aku mengangguk dan turut mendongak memandang langit yang dipenuhi bintang-bintang. Jarang sungguh nak nampak bintang secantik ini.

" Memang selalu ke ? Bintang akan muncul secantik ini dipulau jeju " ujarku sambil merenung kearah jackson yang menikmati pandangan itu.

" Tak pun , Dan inilah kali pertama " ucapnya dan aku sungguh terkejut. Kenapa hari ini aku begitu bertuah sekali dapat melihat bintang secantik ini diPulau Jeju.

" Mungkin sebab awaklah pelengkap kepada bintang bintang itu." Sambungnya lagi. Aku menunduk dan jackson menarik wajahku lalu menatap mataku sedalam-dalamnya. Aku juga turut membalas tatapanya itu.

" Awak seperti bulan dipagar bintang. Awak sentiasa kelihatan cantik dan Manis. Awak tak layak digelarkan kacak kerana awak lebih kepada seseorang yang cantik dan juga manis. Itulah awak " ujarnya seperti dia cuba menyampaikan kesemua yang dikata melalui pandangan kami.

Aku mendiamkan diri. Jangan cakap yang jackson ada perasaan terhadapku. Aku ini isterinya orang dan sampai bila bila title isteri itu tak akan berubah kepada jungkook.

" Awak saya nak cakap sesuatu boleh " Ujarnya. Aku mengangguk dan mataku melirik kearah jungkook yang sedang berbual dengan lelaki lain.

" Sebenarnya... Saya sukakan awak " Ujarnya perlahan pantas aku menoleh kearahnya. Dan membulat besar biji mataku.

" Er.. Jack "

" Taehyung.. Saya tahu awak akan fikir benda ini tak masuk akal sebab saya jatuh cinta dengan isteri orang. Tapi entahlah sejak saya jumpa awak. Saya dah mula jatuh cinta dengan awak hanya dengan sekali pandangan sahaja " Ucapnya. Dan aku rasa ini memang betul betul mustahil. Macam mana dia boleh sukakan aku.

" Er..Awak "

" Taehyung saya mintak maaf, Tapi saya tak akan ganggu awak dengan jungkook sebab saya tahu awak isteri jungkook tapi saya tetap dengan perasaan ini... "

Aku masih terdiam, Dan tak tahu nak cakap apa lagi. Jackson memang lelaki yang baik tapi aku tak rasa dia patut simpan perasaan itu kerana seharusnya perasaan cinta itu selayaknya untuk orang lain bukanya aku.

Aku dan Jackson menatap antara satu sama lain. Dan perlahan dia menghampiriku dan matanya kini jatuh melihat bibirku ini. Aku dapat rasakan yanh jackson mahu menciumku. Pantas aku mengalihkan pandangan lalu aku berdiri dan masuk kedalam bilik. Aku tak tahu tapi berharap sangat yang jungkook tak pandang ketika jackson cuba menciumku.

tiba tiba pintu bilikku dibuka dan aku melihat jungkook masuk kedalam dan meraih tanganku. Aku terkejut dan cuba melepaskan dari genggamanya itu. Tetapi tidak berjaya.

" Jungkook lepaslah ! " Ujarku dan dia merenung tajam kedalam anak mataku. Aku takut dengan tenunganya itu.

" Kau hampir nak cium Jackson kan ? " Ujar jungkook. Aku dah agak kalau dia tadi nampak aku hampir bercium dengan jackson tapi itu bukan aku yang buat.

" Itu.. Tak sengaja je... "

" Huh tak sengaja kau cakap ! Apasal sebab aku tak boleh nak bagi kau ciuman pertama dan sebab itu kau nak jackson amik first kiss kau tu ke ? Hah " Jungkook menengkingku dan aku terkejut. Belum cium lagi dia dah marah macam ini, Nasib baik aku sempat mengelak.

" Tak sumpah, Saya tak ada ni...Umph " Aku terkejut bila jungkook sedang menciumku. Tubuhku jadi kaku dan jungkook dan curi first kiss aku.

Selepas beberapa saat bercium aku melepaskan ciuman dan jauhkan dirinya dariku. Jantung aku kini tak berdegup dengan normal. Dan menjadi tak tentu arah sekarang ini.

" First kiss tu memang sepatutnya aku yang dapat bukan jackson. Mulai sekarang aku tak nak kau rapat dengan dia lagi. Faham "

" Abis tu awak rapat dengan jisoo boleh pulak kenapa ? saya tak boleh nak rapat dengan jackson " Ujarku dan jungkook menoleh kearahku lalu dia mendekatiku dan aku perlahan aku mundurkan diri sehinggalah aku dihalang oleh dinding. Tangan jungkook meletakan diatas dinding.

" Sebab kau isteri aku , Dan aku cemburu semua itu. " Bisiknya perlahan ketelingaku dan dapat aku rasa sekarang bulu romaku berdiri tegak hanya dengan sekali hembusan pada nafas jungkook menerpa dileherku.

" Ternyata kau ini sensitive ye, Sekali hembusan sahaja kau dah mendesah " ujarnya dan tepat berbisik ditelingaku. Aku menelan air liur dan memejamkan mata.

" Kau takut ke ? " ujarnya perlahan dan mengigit bibir bawahnya dan merenungku dengan renungan yang mengoda sekali. Aku masih lagi membisu dan sikitpun tak berani nak melawanya. Takut jika hari ini aku dijadikan mangsa kepadanya.

" Hahaha... Nasib baik aku boleh kawal lagi nafsu aku. Kalau tidak sekarang juga aku akan terkam kau. One day aku akan rasa seluruh tubuh kau. Tapi bukan hari ini Okey " ucapnya sebelum menutup pintu keluar dari bilik ini. Aku melepas nafas lega nasib baiklah tak berlaku apa apa yang mendatangkan kesan buruk nanti.





Tbc

Aduhai Jungkook macam dah horny je tolong kawal iman mu wahai jeon jungkook.




[𝐂] 𝐈'𝐦 𝐬𝐨𝐫𝐫𝐲 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now