BAB 11

25.1K 946 50
                                    

Adrian sudah mulai mundar mandir di ruang tamu. Televisyen yang memaparkan filem Despicable Me 2 langsung tak dipandangnya. Kini, dia sibuk dengan telefon pintarnya.

Sudah hampir sepuluh kali, nombor telefon Huraifah dihubunginya namun kesemuanya langsung tak mendapatkan sebarang jawapan. Adrian sudah buntu.

Akhirnya, dia terduduk di atas sofa. Telefon pintarnya masih dia tidak lepaskan. Wajahnya sudah resah. Untuk kesekian kalinya, nombor gadis itu didail lalu dibawanya ke telinga.

"Tolonglah, Iffah. Angkat.." pinta Adrian dalam nada berharap.

Beberapa kali bunyi beep-beep bergema sebelum akhirnya panggilan itu masuk ke peti simpanan. Adrian sudah mencarut sendirian.

"Buat apa kau ada phone tapi taknak angkat, b*doh!" jerkahnya sendiri. Dia sudah kesal untuk menghubungi Huraifah.

Telefon pintarnya jenama iPhone dicampakkan ke sebelah lalu wajah nya diraup kasar. Huh, susah betul lah nak pujuk perempuan yang suka merajuk ni!

Macam mana Adrian nak ambil Huraifah sebagai bini kalau gadis itu langsung tak memahami pekerjaan nya? Huh?! Baru sekali 'terlupa' anniversary, dah bising.. Entah macam manalah kalau lupa ulangtahun perkahwinan, mau minta cerai agaknya? Pfft..

Adrian sekadar mencebik.

Sudahlah plan projeknya tak siap lagi. Dia ingat mahu siapkan 5% kerja nya tapi fikirannya pula kusut memikirkan gerangan gadis bernama Huraifah itu.

"Kenapa itu, Ad? Dari atas lagi, mama dengar suara kamu.." tegur Engku Liana yang sudah menuruni tangga satu persatu.

Spontan wajah Adrian berkalih ke arah mama kandungnya. Senyum hambarnya terukir. Tangannya terus mencapai telefon pintar yang dicampaknya tadi.

"Tak ada apalah, ma. Tak penting pun.." ujar Adrian.

Engku Liana buat muka tak percaya. Sudah 28 tahun, Adrian tinggal satu rumah dengannya.. maka, perangai Adrian itu memang sudah ada dalam kepalanya saja.

"Kamu ada masalah dengan Iffah ke, Ad?" soal Engku Liana dalam nada menduga.

Adrian terdiam sejenak. Pandangan nya ditundukkan ke bawah. Dan, akhirnya.. satu keluhannya terlepas. Yurp, Adrian tak boleh nak buat helah.

"Biasalah, ma. Orang bercinta. Bukan selalu gembira kan?"

"Memanglah. Hmm.. kenapa pula kamu dengan dia? Masalah apa pula ni? Jarang mama tengok kamu dengan Iffah bergaduh." soal Engku Liana ingin tahu.

Adrian ketap bibir. "Iffah marah sebab Ad lupa anniversary kitorang yang ketiga. Hmm.. Ad lupa pun sebab Ad busy." penipuan itu Adrian masih teruskan pada Engku Liana.

"Kamu tak beritahu Iffah ke fasal projek itu? Kalau kamu cakap mesti dia faham.." Engku Liana cadang kan alternatif lain.

"Ad dah cakap fasal semua itu tapi Iffah macam taknak faham. Ad ingat dia akan mengerti keadaan Ad tapi.. hmm.. Dia ikut kepala dia pula." luah Ad kesal.

Geramlah juga dia bila dengar tuduhan Huraifah pagi tadi. Lepas dah tuduh melulu, terus minta break. Pfft.. kalau bukan sebab budi, sudah lama agaknya Adrian mahu putus kan Huraifah.

Hanya sebab budi sahaja, dia pertahankan Huraifah di sisinya. Bukan kerana cinta..

Engku Liana menarik nafas dalam. Tangan Adrian disentuhnya lalu digenggamnya erat. Termangu Adrian melihat tindakan ibunya itu.

"Mama suka dengan si Iffah itu. Kamu jaga dia baik-baik. Dia dah banyak tolong kita sekeluarga. Dia tolong business kamu.. Perangai dia pun baik." puji Engku Liana apabila mengenangkan perwatakan Huraifah yang suka membantu mereka sekeluarga.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now