BAB 30

24.2K 789 12
                                    

Jam tanganku yang berjenama swatch aku tilik untuk kesekian kali nya. Huh, selama aku bercinta dengan Adrian, tak pernah pun dia lambat macam ni. Lima belas minit sudahpun berlalu namun kelibat nya masih belum berkunjung. Sesekali mataku meliar ke sekeliling kedai makan tersebut namun hampa, batang hidung pun tak nampak.

Telefon pintarku aku capai lalu nombor telefon Adrian aku dail. Kemudiannya, aku tekapkan ke telinga. Beberapa beep-beep kedengaran sebelum..

'Panggilan sibuk'

Satu keluhan aku lepaskan. Terus aku buka pesanan whatsapp. Harap lah, Adrian dapat baca pesanan whatsapp aku ni.

'You kat mana sekarang? I dah sampai dekat kedai makan yang you cakapkan ni.'-kirim.

Single tick. Mungkin dia tak buka rangkaian mudah alih kot. Tebakku sendiri.

Air milo yang aku pesan sepuluh minit yang lalu, aku hirup sedikit demi sedikit. Telefonku masih aku hadapkan ke wajah. Mana tahu Adrian balas ke whatsapp aku. Masih singletick.

'You.. busy sangat ke?'-kirim.

Masih dengan singletick. Aku ketap bibir perlahan. Untuk kesekian kali nya mataku melilau memandang sekeliling. Takut-takut kalau Adrian tak jumpa tempat duduk aku ke? Itu apa yang aku fikirlah sekarang ini.

Mataku terpaku tatkala melihat kelibat yang sangat aku kenali masuk ke kedai makan itu. Dahiku berkerut seribu. Ma-macam mana dia boleh ada kat sini ni?

Sosok itu melangkah masuk sambil matanya melilau memandang sekeliling. Gelagatnya seperti mahu mencari seseorang. Tanpa sengaja, mata kami berdua bertaut. Namun,  aku terlebih dahulu melarikan pandanganku ke tempat lain. Huh?!

Aku dapat rasakan ada jasad yang menghampiri. Terus, aku berpura-pura membelek telefon.

"Iffah?" apa yang aku taknak jadi, akhirnya terjadi.

Perlahan-lahan aku dongakkan wajahku memandang ke arah gerangan itu. Tiada secalit senyuman yang menyambut. Hanya wajah penuh hairan aku berikan pada dia.

"Yes, me. Kenapa?" mendatar sahaja aku menyahut.

Dia tersenyum nipis. Nampak awkward di situ. Selalunya sinis tapi hari ini nampak biasa. Terlalu janggal bila dapat senyuman macam itu.

"Kau buat apa kat sini?" soalnya yang tiba-tiba mahu tahu.

"Makan."sepatah aku balas.

"Owh.. Erm, seorang?"

Aku menarik nafas dalam. "Dengan Ad tapi dia tak sampai lagi." sahut ku acuh tak acuh. Sedari tadi, aku asyik menghadap telefon aje. Nampak lah kesombongannya itu.

Syah sekadar menganggukkan kepala. Suasana hening antara kami berdua. Dalam hati, aku tak henti-henti berharap agar Engku Syah Taufiq itu segera jauh dari aku. Malaslah nak menghadap muka dia. Tak kuasa..

"Owh, erm.. aku pun sebenarnya kawan ajak datang sini tapi memandangkan dia tak sampai lagi. Boleh tak kalau aku duduk dengan kau sekejap?" ujarnya meminta izin.

Terus aku dongakkan mataku memandang ke arah Syah. Haih, nak duduk sini pula dah?! Punyalah banyak tempat kosong kat kedai makan ni, depan aku jugalah dia nak menyemak, bebelku dalam hati.

Memandangkan dia sepupu Adrian, dan dia juga pernah selamatkan nyawa ibu maka aku izinkan saja dia duduk satu meja dengan aku. Terus aku buat hal aku semula. Pesanan whatsapp yang aku kirim pada Adrian aku belek. Masih singletick. Raut wajahku sudah muram. Hmm..

Suasana janggal sedikit membelengu kami berdua. Aku masih sibuk dengan hal aku manakala Syah pula sibuk melilau pandangannya ke sekeliling. Mungkin dia juga dapat rasakan suasana  pelik itu juga kot. Al-maklumlah, minyak dengan air duduk satu meja, mana tak pelik?

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now