BAB 18

21.8K 853 18
                                    

"Wooohoooo!!!"

Lagu-lagu yang makin membingit kan telinga itu sengaja dikuatkan. Selepas selesai satu lagu, lagi satu lagu akan dimainkan. Di pentas tarian, sudah ramai yang mulai melenggokkan badan mengikut rentak tarian.

Kalau yang lincah menari, mereka akan menggoyang kan seluruh anggota tubuh badan mereka. Kalau yang tidak pandai berdansa, mereka sekadar melangkah ke kiri ke kanan menikmati alunan rancak itu.

Lelaki dan perempuan bercampur dan berhimpit antara satu sama lain. Kadang tubuh-tubuh mereka bergesel namun itu langsung tak menjungkitkan rasa marah mereka kerana yurp.. itu adalah perkara biasa bila menari di dalam kelab malam. Berhimpit dan terpegang pada benda yang tak patut. Itu perkara biasa.

"Yahhh!!! Malam ini kita sambut kemenangan Tuan Syah kita yang secara rasminya akan menjadi CEO baru syarikat MZ Holdings!!!!" sorak Malik lantang.

Mereka yang berkumpul bersama-sama Syah terus melagakan goblet sesama sendiri lalu menghirupnya rakus. Malam ini, Syah betul-betul puas menikmati malam kemenangan nya. Akhirnya, dia dapat memilki takhta dalam empayar perniagaan turun temurun keluarganya dan yang paling bagusnya.. dia dapat bangga kan satu-satunya ibu yang dia miliki iaitu Engku Mariam.

"Syah, jom menari! Sambil itu boleh cari spare part untuk malam ini." cadang Malik sambil menikmati hirupannya yang kesekian kalinya.

Syah sekadar menggelengkan kepala. Untuk kali keempat, dia meneguk air setan itu seperti seseorang yang sedang kehausan. Dia tak rasa bersalah pun lagipun Syah dah terbiasa dengan gaya hidup begitu.

Dia pernah tinggal dua tahun di Los Angeles dan dari situlah dia belajar menikmati dunia neraka itu. Bersalah? Hmm.. bila hatinya sudah hitam, rasa malu dan bersalah pada Tuhan takkan pernah menyinggah dalam hatinya. Apa yang dia tahu adalah hidup hanya sekali. Selagi kau masih bernafas, lebih baik kau nikmatinya sepuas hati. Maka, prinsip Syah adalah 'syurga dunia' itu perlu dia nikmati semampu yang boleh.

"Aku malaslah. Aku nak duduk sini. Kalau kau nak menari, kau pergilah.." sahut Syah sambil menambah air setan itu ke dalam cawannya. Masih belum puas untuk menyambut kemenangannya lagi.

Malik menganggukkan kepala. Sempat juga dia bawa seorang gadis berhampiran untuk ikut serta dengan nya. Wajah macam Malik itu sekali petik, dua puluh yang datang jadi dalam masa dua saat, Malik boleh dapatkan seorang gadis. Bukan gadis untuk bercinta sampai ke Jannah itu tapi gadis yang cuma layak untuk jadi pemuas nafsunya untuk satu malam.

Kepalanya yang sudah mulai berpinar cuba dilawannya. Sesekali mata Syah melirik ke arah Malik yang sedang berpelukan dengan seorang perempuan yang boleh tahan mencabar nafsu jantannya. Tersenyum Syah melihat betapa liar nya perangai Malik sekarang ini. Daripada seorang yang acah-acah ustaz berubah kepada syaitan bertanduk. Hmm.. nampaknya hati manusia itu memang tak pernah tetap pada satu sisi sahaja.

Sedang Syah leka menikmati lagu Alone versi Remix yang sedang berkumandang, dia rasakan ada getaran pada kocek seluarnya. Dalam fikiran yang separa waras, Syah keluarkan telefon pintarnya. Tergamam dia untuk seketika apabila mendapat panggilan daripada mamanya.

Matanya sudah terbelalak. Mamanya sudah balik dari Singapura? Beberapa kali telefonnya berdering namun kesemuanya langsung tak berjawab. Bukan derhaka tapi Syah risau. Dia takut kalau mamanya tahu yang kini dia berada di dalam kelab. Yurp, Syah ibarat kuih talam dua muka. Kejap baik, kejap tidak.

Lagipun ibu mana yang suka tengok anaknya pergi clubbing sampai larut malam? Buat dosa itu ini. Tak tambah lagi minum arak dan juga tidur sekatil dengan anak dara orang. Pasti Engku Mariam akan sedih.

Setelah beberapa panggilan mamanya tak diangkat, Syah melepaskan keluhan berat. Kepalanya yang masih berpinar, diurutnya perlahan. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan wajah Engku Mariam, rasa bersalahnya mulai menyerbu.

'Syah, kamu kat mana? Mama sampai rumah tapi tak nampak kamu. Kamu keluar ke?'-Engku Mariam.

Pesanan yang dikirim oleh Engku Mariam itu dibeleknya serba salah. Sesekali matanya teralih memandang ke arah Malik yang sudah hanyut dengan dunianya sendiri. Dia sudahpun bercumbu sakan dengan gadis yang baru sehari dia kenal.

'Syah keluar dengan Malik sekejap. Okay, ma. Syah balik.'-kirim.

Terus Syah simpan telefon pintarnya ke dalam kocek seluarnya semula. Baru sahaja dia berura-ura mahu pergi, tak semena-mena ada tangan yang mencapai pergelangan tangan nya. Langkah Syah jadi mati.

Kepalanya ditoleh ke arah gerangan yang berjaya menjedakan langkah nya. Kaku Syah buat seketika apabila melihat sosok tubuh yang sudah lama dia tidak nampak sejak kebelakangan ini. Yang makin mengiurkan adalah penampilan gadis itu yang cukup buatkan Syah mulai tergoda.

"I-Irdina?" seru Syah setelah yakin bahawa gadis berwajah cantik itu adalah Irdina.

Gadis itu nampak tersenyum nipis dengan jawapan Syah itu. Birai rambutnya yang mengurai diselitkan ke celah telinga. Sengaja mahu menunjukkan leher jenjangnya ke arah lelaki itu.

"I tak sangka yang you akan ingat I. Hmm.. nampaknya, ingatan you boleh tahan kuatkan Engku Syah." ujar Irdina dengan senyuman yang masih melirik di bibirnya.

"I cuma ingat you aje. You are the special one." Syah sudah mulai menaburkan ayat manisnya.

Irdina hanya tersenyum nipis. Tak semena-mena tangannya mulai meliar pada dada bidang milik Syah. Syah sekadar membiarkan malah dia suka bila diperlakukan sebegitu rupa. Yurp,dia sudah tergoda.

"Hmm.. I dengar yang you berjaya dapatkan syarikat MZ Holdings itu. Tahniah I ucapkan."ucap Irdina sudah mulai merangkul leher Syah. Tubuhnya sudah dirapatkan ke tubuh lelaki itu.

Pandangan seksinya dia berikan ke anak mata Syah. Senyumannya makin menambahkan lagi kegusaran dalam hati Syah. Yurp, dia tahu yang dia akan tunduk pada godaan Irdina itu. Lagipun dia memang mahukan gadis itu.

"Then?" nada Syah sudah mulai dalam. Matanya masih tak beralih daripada menatap anak mata Irdina.

Irdina bertindak makin berani. Dia rapatkan wajahnya ke wajah Syah. Lelaki itu sekadar membiarkan. Malah, deru nafasnya juga menunjuk kan yang dia tidak sabar menantikan aksi yang seterusnya.

"I ada hadiah untuk you. Hanya untuk you. You nak tak?" soal Irdina dengan lirikan makin mengancam.

Syah tarik sengih senget. Terus dia melepaskan rangkulan Irdina pada lehernya lalu tangan gadis itu digenggamnya erat. Yurp, dia kalah.

"This night, you're mine." ucap Syah sambil membelai bibir Irdina lembut.

Irdina tersenyum penuh kemenangan. Matanya masih tak lepas dari memandang wajah Syah. Pipi Syah dibelainya lembut.

"Yurp, this night, You're mine too." ucap Irdina dengan senyuman yang mampu menghangatkan hati Syah.

'Ma, Syah rasa Syah tidur rumah Malik kot malam ini.'-kirim.

Sorry ma, Syah janji ini yang terakhir.
...
Beberapa kali telefon pintarnya berdering namun Adrian langsung tak hiraukan. Sesekali matanya meliar ke arah dokumen yang sudah dia koyakkan di atas katil biliknya. Hatinya sudah panas. Huh!!! Macam mana kerja projek Syah itu boleh menang sedangkan dah terbukti yang ciri keselamatan yang dia beri kan adalah yang terbaik?!

Untuk kesekian kalinya, telefon pintar nya berbunyi. Kerana tidak tahan dengan bunyi bingit itu, Adrian terus mencapai telefon pintarnya. Dilihatnya nama 'Huraifah Farihah' tertera pada skrin telefon pintarnya. Bukannya nak mengangkat panggilan tersebut, Adrian pantas membaling telefon pintarnya ke dinding.

Berkecai iPhone miliknya itu. Adrian buat wajah tak kisah. Berkecai sama seperti hatinya sekarang ini.

"Sepatutnya, aku yang menang benda itu dan bukannya Syah!!!" laung Adrian marah.

Huh!!!
...

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now