BAB 48

25.7K 943 23
                                    

Sudah dua hari berlalu semenjak pemergian Engku Mariam dalam kemalangan. Entah kenapa, Allah ciptakan pertemuan singkat antara aku dengan wanita itu? Baru sahaja aku dengar nasihatnya pagi itu dan tiba-tiba sahaja Allah pertemukan aku dengannya untuk kali terakhir dalam keadaan yang sangat menyayat hati.

"Okey. Saya pun sekarang sedang memandu nak ke Wangsa Maju. Selain itu, ada apa-apa lagi tak?" soalku sambil memandu kereta menyelusuri highway yang sedikit sesak.

"Tiada apa-apa lagi, puan. Itu sahaja. Terima kasih." balas staff di hujung talian.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Selesai itu, kembali aku simpan telefon pintarku ke dalam kocek seluarku.

Kepalaku panjangkan ke sekitar. Jalan tengahari itu agak sesak dengan kereta. Dalam 10 minit, kereta aku hanya mampu bergerak tak sampai 200 meter. Apakah?

Sesekali mataku melirik ke arah jam tangan yang aku pakai. Hanya tinggal 30 minit saja lagi, aku perlu berjumpa dengan client. Secepat mungkin. Sedikit demi sedikit, kereta aku bergerak sehinggalah akhirnya mata aku terpandangkan ambulans.

Dahiku sudah berkerut. Ada kemalangan? Terus kereta Jazz yang aku pandu, aku berhentikan di tepi jalan. Tiba-tiba sahaja aku diterpa perasaan ingin tahu.

Langkahku susun mendekati kelompok orang ramai yang mengerumuni kawasan kemalangan itu. Makin dekat, aku lihat jelas situasi yang terjadi ketika itu.

Mataku sempat melirik ke arah kereta yang sudah remuk bahagian hadapannya. Mungkin berlanggar dengan pembahagi jalan. Kereta itu aku tilik lama sebelum perasaan terkejut ku menyergah.

I-itu bukan ke kereta milik Engku Mariam?

Aku terpaku. Aku kenal jelas kereta Mercedez itu. Nombor platnya juga, aku hafal.

"T-Tak.. T-tak mungkin?!" berkali-kali aku menidakkan apa yang aku nampak itu.

Air mataku mengalir deras tatkala mengingati kejadian itu. Jasad Engku Mariam yang dibawa keluar anggota penyelamat juga masih menghantui fikiran aku. Kepalanya berdarah, matanya terpejam rapat dan tubuhnya juga terdapat luka- luka.

Terus aku kesat air mataku. Tak.. aku tak boleh terus menerus meratapi pemergian Engku Mariam. Nak tak nak, aku perlu terima pemergiannya. Terseksa rohnya kalau aku masih terus melayan perasaan. Yang pergi, biarkan pergi..

Tidak mahu rasa sedih menghimpit, aku pilih untuk naik ke bilik. Lebih baik kalau aku sedekahkan bacaan yasin. Mungkin dapat tenangkan roh Engku Mariam di sana.

Tiba sahaja di muka pintu, aku lihat kelibat Syah terbaring di atas katil. Wajahnya nampak pucat. Yurp.. kehilangan Engku Mariam pastinya berat untuk ditanggung oleh Syah seorang. Dalam dunia ni, Syah cuma ada Engku Mariam. Wanita itu adalah satu-satunya tempat lelaki itu meluahkan kesedihan.

Aku tahu apa yang Syah rasakan. Pasti dia tak mahu wanita itu pergi daripadanya. Namun takdir sudahpun ditetapkan untuknya. Syah perlu terima semua ini dengan hati yang rela.

Langkahku susun mendekati Syah. Birai katil aku duduki lalu wajah pucatnya aku pandang. Sebak hati aku bila melihat lelaki itu begitu. Seharian ini dia hanya berkurung dalam bilik. Makan tidak, mandi pun tidak..

Perlahan-lahan tanganku menyentuh dahinya. Tergamam aku tatkala merasakan suhu tubuhnya panas daripada biasa.

"M-mama.." serunya terketar. Mata nya masih terpejam rapat.

Tidak mahu berlengah, aku terus turun ke dapur. Semangkuk air suam berserta kain bersih aku capai lalu aku bawa ke bilik semula.

"S-syah."seruku perlahan.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now