BAB 31

21.3K 803 21
                                    

Sut hitam yang tersemat kemas pada tubuhnya, Syah belek seketika. Akhirnya, hari yang dia nantikan telah tiba. Hari di mana secara rasmi nya dia bakal dilantik menjadi CEO syarikat MZ Holdings. Tali leher yang mencekik kolar bajunya dibetulkan.

Sebenarnya, Syah sudah mulai hilang arah. Bukan disebabkan perlantikan penting itu tetapi dia risau akan ugutan Adrian malam semalam. Yurp, Syah memang sudah buntu dengan takdir hidupnya sekarang. Dia rasakan nyawanya bagaikan di hujung tanduk. Kalau pilih itu pun salah, kalau pilih ini pun salah. Senang cerita, pilihan yang dia akan buat semuanya mendatangkan masalah.

"Haih.. macam manalah lelaki macam kau ni boleh jadi playboy? Nak goda perempuan macam Iffah itupun kau tak boleh." perli Adrian mengambil tempat di sofa yang disediakan.

Syah yang menyandar punggungnya ke meja pejabat pandang Adrian dengan rasa tak puas hati. Menyampah pula dia melihat Adrian yang dengan selesanya tersenyum sedangkan dia.. dijerat ke dalam permainan kotor yang dibuat oleh lelaki itu. Dasar licik!

"Bukan sebab aku, tapi sebab idea yang kau bagi itu tak boleh pakai. So.. dalam ini, rancangan gagal sebabkan kau." spontan Syah meluahkan pendapatnya.

Tertawa kecil Adrian dibuatnya. Dirasa kan kata-kata Syah itu sebagai bahan jenaka yang menghiburkan hati. Ditambah lagi dengan muka Syah yang jelas tak puas hati itu, makin bertambah rasa gembira dalam hati nya.

Tak sangka anak kebanggaan Engku Azlan kini jadi mainan yang boleh dikawal dengan pendrive. Pfft.. malang.

"Aku rasa idea aku okay aje. Kau itu aje yang problem. Cuba kau buat kerja kau itu ikhlas sikit. Janganlah buat ikut perasaan kau aje." sindir Adrian sinis.

Memek wajahnya seakan mengejek Syah. Yurp, kuasa sekarang ada dalam tangannya. Jadi, Adrian yakin yang dia takkan diapa-apakan dalam pejabat Syah itu.

Tajam mata Syah mencerlung wajah Adrian. Giginya sudah diketap kuat. Rasa bungkamnya juga makin lama makin meningkat. Kalau tak disebab kan pendrive itu, jangan harap dia akan bagi Adrian bernyawa. Biarlah dia dikenakan undang-undang sekalipun asalkan rasa marahnya terlunas. Bila orang dah buat tahi, takkan nak dibalas permata pula kan?

"Kau nak suruh aku ikhlas? Fine. Aku akan ikhlas tapi kau mesti janji dengan aku.. lepas aku buat kau putus dengan Iffah, kau kena bagi benda itu pada aku. Hari itu juga! Deal?" pinta Syah serious.

"Bro, memang benda itukan yang kita janji. Kau nak risau apa? Lepas.. Iffah minta putus dengan aku, aku akan bagi benda itu pada kau. Rahsia kau ni aku akan simpan baik-baik dalam poket aku." janji Adrian sambil mendabik dada.

Bibirnya diketap kejap. Anak mata Adrian dipandangnya bagi mencari kebenaran. Akhirnya, satu keluhan lemah Syah lepaskan.

"Okay. Aku pegang janji kau. Kalau kau mungkir, aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau. So.. apa rancangan kau?"

Senyuman penuh muslihat Adrian terukir. "Kau jangan risaulah. Okay, esok aku akan bawa Iffah datang dalam majlis perlantikan CEO MZ Holdings yang baru. Malam itu, aku nak kau buat dia nampak curang depan aku. Boleh?"

"Kalau benda ni tak berjaya juga?"

"Aku takkan teragak-agak untuk bagi pendrive itu pada uncle Mukhriz." ugut nya serious.

"S*al!!!!!"

Kaki singki itu ditendangnya kuat bagi melampiaskan amarahnya. Tak guna!! Syah rasa macam nak gugur air mata jantannya. Kalau tak disebabkan ego, mungkin sudah deras air matanya itu mengalir. Huh!! Apa salahnya sampai diduga sebesar ini?!

Wajahnya diraup kasar. Dengusan nya juga makin jelas kedengaran.

"Kau nak putuskan? Aku akan pasti kan.."

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now