BAB 13

23.3K 848 10
                                    

Panadol dan ubat batuk dia capai. Sesekali matanya teliti membelek isi kandungan ubat-ubatan tersebut. Takut-takut juga ada bahan-bahan kimia tak baik untuk badan yang terisi dalam itu.

Setelah berpuas hati, Amirul terus membawa ubat tersebut ke kaunter. Selesai dia membuat bayaran, langkah nya diatur menuju ke arah kereta yang diparkir tidak jauh dari klinik keluarga itu.

Huh! Kalau ikutkan jiwa malasnya sekarang ni, sudah lama dia terbongkang kat rumah sekarang ni. Sudahlah malam pula itu. Baru dia ingat nak tidur aje tadi. Namun disebabkan kawannya sakit, nak tak nak Amirul terpaksa jadi angel untuk sehari. Pfft.. itupun kena paksa.

"Please.. kalau kawan baik mestilah susah sama-sama senang pun sama- sama kan? Aku sakit ni, kau tak kesian ke?"-Husna.

Haih, kawan susah senang konon. Konon ajelah. Entah macam mana dia boleh terjebak dalam persahabatan dengan kaum hawa ini pun, dia tak tahulah..

Sudah lama dia bersahabat dengan Huraifah dan Husna. Mereka kenal bila Amirul suka sangat menyakat Huraifah yang dulunya suka sangat pakai beg sandang warna pink. Memandangkan si Husna itu kawan baik Huraifah, jadi dia pun back up lah si Huraifah ni.

Nak dipendekkan cerita, profesor mereka suruh mereka bertiga buat kerja berkumpulan. Nak tak nak, Amirul terpaksa juga lah berkepala dingin kalau nak lulus tugas berkumpulan itu. So, bila dah tiap-tiap hari jumpa untuk berbincang tugas itu maka.. mereka bertiga saling rapat dan akhirnya kamceng sampai ke hari ini.

Enjin kereta dibukanya lalu perlahan-lahan kereta yang dipandu Amirul meninggalkan kawasan klinik tersebut. Jalan yang agak sempit membuatkan Amirul memandang dalam had yang tidak begitu laju.

Sedang leka dia fokus pada pemanduannya, telefon pintar jenama Samsungnya berdering menandakan ada seseorang yang menghubunginya. Pantas, Amirul menjawab panggilan tersebut.

"Dah beli?"soal suara serak-serak basah di hujung talian.

Amirul memusingkan bola mata. Haih, nilah dia manusia yang mengaku susah senang bersama itu.

"Aku dah belilah. Kau jangan risau." ujar Amirul dalam nada malas nak layan.

"Ya Allah. Tak sangka, kau sanggup tolong aku, Mirul. Aku terharu." ayat acah-acah feeling itu meniti keluar dari mulut Husna.

Makin menyampah pula Amirul mendengarnya. Nasib baik kawan.. "Aku nak kau belanja aku mamak lepas Isyak esok. Kalau tak nampak batang hidung kau,siap."

"Alah, setakat beli panadol itu.. kau nak demand.." belum sempat Husna menghabiskan bicaranya.

Kereta yang dipandu Amirul terus berhenti secara mengejut. Buntang matanya tatkala melihat gerangan seorang gadis yang tiba-tiba sahaja rebah ketika melintas di hadapan keretanya.

Amirul sudah cuak. Terus telefon pintarnya ditutup lalu dia keluar dari perut kereta Honda City nya itu.

Terpaku Amirul tatkala melihat gadis itu hanya berdress singkat paras riba dan sangat ketat. Cukup membuat kan nafsu jantannya meliar namun Amirul cekap mengawalnya. Dia cuba betulkan niatnya untuk membantu gadis itu.

Amirul mendekati gadis itu pantas lalu bahu gadis itu yang sedikit terdedah digoyangkannya perlahan. Beberapa kali, Amirul berbuat begitu.

Bluerkk!!!

Gadis itu terus memuntahkan cecair dari kerongkongnya. Bau hanyir dan masam sempat mencucuk batang hidung Amirul. Bau alkohol.. Mahu saja Amirul mahu menutup hidung nya namun disebabkan tidak mahu lukakan hati sesiapa, Amirul cuba tahan.

"Cik, cik tak apa-apa ke?" soal Amirul dalam nada ambil berat.

Gadis itu seakan-akan khayal dalam dunianya sendiri. Tiba-tiba dia tersengih melihat Amirul depan mata nya. Jari runcingnya sudah melakar sesuatu di dada Amirul. Terkejut juga Amirul menerima perilaku itu.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now