EPILOG

64.1K 1.4K 75
                                    

Suasana dalam dewan mulai riuh dengan suara bisikan yang jelas kedengaran. Mana taknya, sidang akhbar tergempar bakal diadakan dalam masa beberapa minit saja lagi. Para wartawan sudah mulai berkumpul bagi mendengar taklimat secara langsung oleh CEO yang sudah hampir tiga tahun memegang MZ Holdings.

Akhirnya, sidang yang ditunggu-tunggu tiba juga. Terlihat kelibat Syah menaiki pentas dengan penuh segak dan bergayanya. Dia nampak lebih tampan ditambah dengan misau halus yang tumbuh di atas bibirnya. Nampak maskulinnya di situ.

Kerusi yang disediakan di atas pentas didudukinya. Dengan penuh hemat, Syah memandang ke sekitar dewan yang sudah bergelumang dengan manusia yang dahagakan isu-isu terkini dunia business. Sempat dia lontarkan senyum ramah nya sebagai pembuka kata.

"Terima kasih atas kesudian anda semua hadir ke sidang akhbar ini. Saya rasa bertuah kerana diberi peluang untuk dapat berdiri di atas pentas ini sebagai CEO MZ Holdings. Seperti apa yang anda semua ketahui. MZ Holdings atau nama panjangnya Mokhtar Zubir Holdings merupakan syarikat yang diasaskan oleh datuk saya. Selepas itu, ia mulai diusahakan oleh pak long saya yang bernama Engku Mukhriz dan kini, ia sudah berada dalam pimpinan saya.

Sejak awal lagi, saya rasakan pewarisan syarikat ini sangat tidak adil. Memandangkan arwah mama saya merupakan satu-satunya anak perempuan Engku Mokhtar jadi beliau langsung tak diberi peluang untuk menyerlahkan bakatnya dalam business. Bagi saya, ianya sesuatu yang racist antara sesama jantina." ujar Syah dengan penuh tenang.

Dia lihat suasana sangat hening. Semua mata wartawan silih berganti memandangnya dan juga buku nota mereka. Tangan mereka juga laju mencatit setiap apa yang Syah lontar kan.

Senyuman nipis Syah meniti.

"Bagi saya, lelaki dan perempuan mempunyai kelebihan tersendiri. Kaum hawa juga layak memimpin dan melakukan perubahan. Setelah saya bincang dan pertimbangkan bersama Engku Mukhriz, kami sebulat suara untuk mengubah cara kolot ini menjadi sesuatu yang lebih terbuka. Memandangkan tak lama lagi saya bakal memimpin syarikat arwah ayah saya jadi saya terpaksa untuk meletak jawatan sebagai CEO MZ Holdings."putus Syah secara rasmi.

Semua orang nampak terkejut mendengar kenyataan yang dilontar kan oleh Syah itu. Kembali suasana yang tadinya hening berubah riuh. Ada baur-baur terkejut dalam bisikan itu. Namun, Syah nampak tenang mendengarnya.

"Boleh saya bertanya?" laung seorang wartawan yang duduk di barisan hadapan.

Syah sekadar menganggukkan kepala. "Walaupun ini bukan sesi soal jawab jadi saya izinkan."

"Kalau Engku tarik diri daripada jawatan ni, siapa yang ambil alih? Seperti apa yang kami tahu, waris terkini Engku Mokhtar hanya Engku dan juga Engku Amirah sedangkan Engku Adrian pula.. sudah tiada." ujar wartawan ini dengan hemat.

Syah menyahut soalan itu. "Seperti apa yang saya katakan tadi. Kami sudah tidak amalkan prinsip 'perempuan tak boleh memimpin'. Jadi, saya dengan senang hatinya akan mencadangkan nama Engku Amirah sebagai CEO baru MZ Holdings."

Jasad Amirah melangkah naik ke atas pentas. Senyuman nipisnya diberi ke arah wartawan. Dengan penuh sopan, Amirah melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Syah.

Sekali lagi, suasana mulai heboh. Ada yang setuju dan ada juga yang tidak.

"Kenapa Engku pilih Engku Amirah sebagai pengganti?" soal yang lain pula.

"Beliau ada integriti untuk mentadbir syarikat ini. Malah, beliau juga berkebolehan. Memandangkan dia adalah satu-satunya sepupu yang saya miliki, jadi saya akan pilih beliau untuk memimpin MZ Holdings. Ini juga adalah keputusan bersama saya dan juga pegawai dan staff-staff tertinggi MZ Holdings." jelas Syah.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now