BAB 38

23K 833 12
                                    

Suasana janggal menyelubungi ruang antara aku dan Syah. Kedua-duanya sama-sama diam. Malah, sejak masuk kereta sampailah sekarang, aku tak pernah langsung nak pandang Syah walaupun kami duduk sebelah-menyebelah.

Apa kes aku boleh ternaik kereta Syah? Hmm.. semuanya disebabkan pujukan ibu.

"Kamu kan dah ada suami sekarang? Baik kalau kamu ikut Syah. Engku Mariam pun pesan pada mama.. dia tak kisah kalau kamu nak duduk rumah dia pun. Tak adalah rasa sunyi katanya." pujuk ibu apabila dia dengar kata-kataku yang mahu menurutinya pulang ke rumah.

Aku sudah berpeluk tubuh. Syah yang ketika itu sedang mengemas barang nya sempat aku pandang. Nak duduk satu rumah dengan dia? Huh?!! Kepelikan apakah?

"Seriouslah ibu nak duduk rumah seorang? Tak apalah. Biar Iffah teman ibu. Hmm.. lagipun, Iffah malas lah nak menghadap muka dia." jengkel ku sambil buat muka tak berkenan.

Terus belakangku ibu tampar. Aku mengaduh sakit. Auch!! Cakap buruk fasal lelaki itu sikit pun salah?! Hurmm..

"Apa cakap macam itu? Ibu tak pernah ajar Iffah melawan orang kan? Sebenci-benci kamu dengan si Syah itu, dia suami kamu. Jangan macam itu.." leter ibu pendek. Muka garangnya dibagi.

Aku ketap bibir. Tak habis-habis dengan title suami. Faham tak yang sekarang ni.. aku tak ngam dengan dia?! Macam mana nak anggap suami kalau nak menghadap muka dia pun aku rasa tak suka?! Bertambah benci lagi adalah.

"Hmm.. yelah. Tapi, serious. Iffah nak ikut ibu balik." rayuku sambil menggoyangkan tangan ibu berkali. Namun, ibu tunjuk muka tekad. Dia nampak seperti sudah muktamad dengan keputusannya.

Mataku berjaya menangkap sosok Engku Mariam menghampiri. Terus aku peluk lengan ibu. Senyuman yang dia beri, aku balas.

"Kenapa pegang beg lagi itu? Kamu tak jadi balik dengan Syah ke?" soal Engku Mariam. Sempat matanya melirik ke arah beg pakaian yang ada dalam tanganku.

Aku tarik sengih kambing. Sebaris gigi putihku aku tunjuk. "Er.. ss.. saya.." terketar aku nak menjawab.

"Iffah jadi ikut Syah, Engku. Biasalah, lepas rindu lama sikit. Dia pun tak pernah lagi berpisah rumah dengan saya lagi." jawab ibu bagi pihak aku.

Senang hati Engku Mariam dibuatnya. Tangan ibu dicapainya lalu digenggam. "Apa panggil saya engku ni? Kita kan dah jadi besan. Panggil je kak Yam. Hmm.. saya faham. Biasalah anak perempuan ni memang susah nak lepas. Sejak kecil, kita dah jaga kan?" balas Engku Mariam mesra.

Suka pula aku dengar bicara sopan Engku Mariam itu. Dalam banyak- banyak ahli keluarga Adrian, dia aje yang paling tenang semalam. Dapat tahu Syah nak kahwin dengan aku pun, dia tak banyak membantah. Bagusnya..

Ibu menganggukkan kepala. Terus bahuku dipeluknya lalu digosok manja. Aku sekadar membiarkan.

Engku Mariam tersenyum melihat gelagat aku itu. Terus matanya menoleh ke arah Syah yang sudah selesai mengemas barang. Lelaki itu sudah berura-ura mahu menutup pintu keretanya.

"Syah!! Kamu pergi macam itu aje?" lantang suara Engku Mariam apabila melihat tindakan Syah itu.

Aku dan ibu sama-sama memandang ke arah Syah. Tersenyum mengejek aku dibuatnya. Pfft.. padan muka kena marah. Ahaha!!

Syah mematikan tindakannya itu. Terus matanya memandang ke arah kami bertiga. Air mukanya nampak tak mengerti.

"Ada barang mama yang tertinggal lagi ke?" soalnya.

Engku Mariam sudah berpeluk tubuh sambil menggelengkan kepala. Bertuah punya budak. "Kamu tak bawa Iffah sekali ke? Kenapa tak kemas barang dia juga?" soal wanita itu geram.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now