BAB 42

25.3K 957 32
                                    

"Ad?"
"Ad, awak ke itu?"

Langkahku cuba aku susunkan menuju ke arah lelaki berkemeja hitam itu. Jasadnya membelakangi aku namun dari gaya rambutnya, aku pasti.. aku tak silap. Aku yakin jasad itu milik Adrian.

Bau haruman tubuhnya menusuk batang hidungku bila aku makin mendekati. Beberapa kali aku menyeru nama lelaki itu namun dia masih tak menoleh. Tatkala tanganku beranikan menyapa bahunya, tiba-tiba sahaja dia menoleh ke belakang.

Tergamam aku tatkala memandang wajah Adrian. Senyum paling sinis dia berikan dan pandangan tajamnya menyapa mataku. Terus tubuhku jatuh terduduk di atas lantai. Air mataku beberapa kali mengalir.

"Kenapa Iffah? Kenapa kau nampak takut? Ini aku, Adrian. Orang yang kau sangat sayangkan. Jangan takut sayang.." ujarnya sudah perlahan merapatiku.

Kepalaku gelengkan berkali. Tubuhku pula aku ngesot ke belakang. Selangkah Adrian mendekat, semakin itulah aku menjauh. Dia langsung tak memberi tanda-tanda untuk berhenti.

"Kenapa sayang? Takut?" soalnya lagi masih dengan senyumannya yang aku rasakan sangat menyeramkan itu.

Serupa senyuman 'benda' dalam filem 'Truth or Dare' yang aku tonton dengan Husna dua bulan lepas. Seram dan buat bulu romaku merinding.

"Ad.. kenapa you ni?" soalku dalam nada merintih.

Adrian tersenyum. "Kenapa dengan I. Hmm.. I nak jumpa youlah, sayang. I masih tak puas nak sakitkan you. Susah hati you tu buatkan I rasa kuat. Nangis lagi. Merayu lagi.." pintanya. Lagak Adrian sudah tidak waras.

Tiba-tiba sebuah pisau dikeluarkan dari belakang badannya. Air mataku makin deras mengalir. Tangannya terus menyentap kaki aku. Terus aku meronta minta dilepaskan.

Tak.. Tak..

"Jangan!!!" tanpa sedar, aku terjaga dari lenaku.

Luas mataku memandang sekeliling. Takut-takut kalau 'Adrian' ada di situ. Namun, tiada. Cahaya pagi yang menerobos masuk melalui jendela menerangi ruang bilik Syah dan aku. Satu keluhan lega aku lepaskan.

Peluh renek yang membasahi dahiku, aku sapu. Tak semena-mena, aku terpaku. Ubun rambutku yang terdedah aku pegang lalu aku tarik? Huh?!! Bila masa pula aku tidur buka tudung ni?.

Baru sahaja aku mahu bangun dari baringku, aku rasakan ada beban di atas perutku. Bukan main gamak lagi aku dibuatnya saat memandang Syah sudah berada di sisiku sambil tangan kirinya memeluk tubuhku. Di atas selimutku juga, aku lihat tudung yang aku pakai. Huh?!!

Kerana rasa terkejut yang amat, terus tubuh Syah aku tolak kasar. Lelaki itu terus sahaja terjaga daripada tidurnya. Dalam mata yang separuh tercelik, matanya memandang aku. 

"Kenapa kau ni? Tiba-tiba tolak aku?" gertaknya marah. Kepala yang tidak gatal digarunya.

Aku sudah tarik selimut menutupi seluruh tubuhku. Air mata yang sudah berkumpul di birai mata, cuba aku tahan daripada gugur. Garang mataku mencerlung lelaki itu. Nafas ku terasa seakan-akan sesak.

"Apa yang awak dah buat pada saya, Syah?" terketar-ketar aku tanyakan soalan itu padanya.

Syah nampak terkedu dengan soalan yang aku ajukan padanya itu. Mata nya sudah buntang. Kejadian malam semalam menyinggah lubuk ingatan nya. Bibirnya diketap. Rasa serba salah nya menyerbu.

Bila lihat reaksi Syah itu, terus air mataku berhamburan jatuh. Rambut ku yang terjurai aku selit ke celah telinga. Teresak-esak aku menangis. Kakiku aku peluk erat.

"Kenapa Syah? Kenapa awak buat saya macam ni? Awak ingat saya apa? Awak nak samakan saya dengan perempuan yang sebelum ni awak pernah keluar ke?" bertubi-tubi soalanku menyergah halwa telinga Syah.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now