BAB 53

27.1K 912 31
                                    

Kereta Jazz yang aku pandu akhir nya sampai di depan rumah Engku Mariam. Malam yang sudah gelap, aku langsung tak hiraukan. Hujan rintik-rintik yang membasahi bumi juga aku tak pedulikan. Enjin kereta ku masih terpasang.

Apa yang Amirah katakan petang tadi benar-benar meruntun hati aku. Tentang Adrian dan juga tentang perhubungan rahsia mereka itu. Berkali-kali, aku cuba pujuk hati untuk tidak mengendahkan apa yang lelaki itu buat pada aku, namun aku masih tak mampu.

Mana mungkin semudah itu aku melupakan lelaki yang pertama kali hadir sebagai kekasih aku. Adrian adalah satu-satunya lelaki pertama yang menjentik hati aku untuk mengenalinya dengan lebih jauh. Kerana cinta aku sangat dalam untuk dia, aku berjanji pada diri untuk selalu ada di sisinya. Namun.. huh..

Nampaknya perjanjian itu memakan diri aku sendiri. Aku tak sangka yang Adrian tergamak dua kan aku. Aku fikir selama ini dia adalah THE ONE yang akan selalu ada dalam hati aku namun tanpa sedar dia juga mengganggap aku THE ONE yang kacau jalan cinta antara dia dan Amirah. Kenapa aku tak sedar semua itu?

Bila fikir balik, aku rasa macam orang bodoh. Aku berikan sepenuh cinta aku pada lelaki itu namun apa yang aku dapat? Huh.. tak ada. Dia dua kan aku, dia kecewakan aku, dia tinggalkan aku.. apalagi keji daripada semua itu?

Kepalaku yang melentok ke stereng kereta aku angkat. Air mata yang masih deras mengalir, aku sapu kesat. Tak.. aku tak boleh menangis!

"Buat apa kau menangis untuk lelaki macam itu, Iffah? Dia dah sakitkan kau dan sekarang kau bersedih?!! Pfft.." gumam ku sendiri.

Aku cuba tenangkan diri sendiri. Mata yang sudah terasa bengkak, aku cuba buka. Kepalaku yang masih berpinar juga, aku cuba tahan. Tak.. aku ada Syah sekarang.

"Yurp, aku ada Syah. Aku tak perlu kan Adrian. Syah lebih baik daripada Adrian. Yurp, he is better than him." aku cuba bandingkan Syah dengan Adrian.

"Kau tak perasan ke yang Ad itu tak ikhlas sayangkan kau? Kalau aku cakap dia dalang semua ini, kau percaya?"

Tiba-tiba sahaja kepalaku terimbau kata-kata Syah semasa malam pernikahan kami. Aku sudah termangu. Kalau difikirkan balik, beberapa kali Syah cuba untuk beritahu aku tentang siapa Adrian sebenarnya. Namun, kesemuanya aku tak percaya.

"S-Syah tahu fasal Ad ke?" soalku sendirian.

Aku ketap bibir kejap. Jadi, kalau dia tahu.. kenapa dia tak halang aku? Kenapa bila semua benda ni sudah jadi, baru dia terhegeh-hegeh nak beritahu aku?!!

Aku rasa nak meraung sekarang ini. Kenapa ramai sangat manusia yang bertopengkan plastik ni? Ke.. diorang memang suka tengok aku sakit?! Diorang suka tengok aku jadi orang bodoh yang terkejar-kejarkan cinta yang tak pasti?!

Tidak mahu berlengah, aku terus mematikan enjin kereta ku. Dalam lebat hujan, aku meredah ke pintu utama rumah besar itu. Loceng rumah aku tekan beberapa kali. Wajah yang sudah basah, aku langsung tak hiraukan. Apa yang aku nak tahu sekarang.. adalah penjelasan daripada Syah.

Beberapa kali bunyi loceng berbunyi. Akhirnya, pintu dikuak dan aku lihat kelibat Syah di muka pintu. Wajah nya nampak berkerut tatkala aku memasuki rumah dengan tubuh yang sudah lencun.

Perlahan-lahan aku merapati Syah, matanya aku pandang dalam. Kesejukan yang melanda tubuhku langsung aku buat tak endah. Sudahlah kena air-cond pula itu, sempatlah juga badan aku menggeletar.

"Kau baru balik dari mana ni?" soal Syah senada.

Soalannya itu, langsung aku tak sahut. Mataku masih tak lepas memandang wajahnya. Entah kenapa, hati aku rasa pilu tiba-tiba. Beberapa kali, aku cuba tahan diri daripada menangis namun akhir nya aku kalah. Depan Syah, air mataku gugur lebat.

"Awak tahukan fasal Adrian, Syah? Awak tahukan apa yang dia buat selama ini pada saya?" soalku sudah memukul-mukul dada Syah dengan sepenuh tenaga.

Syah nampak tergamam. Dia diam lama. "Apa yang kau merepek ni?" soal Syah masih berlagak biasa.

Aku dongakkan pandanganku pada Syah. Air mataku masih mengalir deras. Berharap, agar dia tidak menjadi orang bodoh semata-mata tidak mahu menjawab soalan aku itu.

"Please, Syah. Cakap. Beritahu saya. Awak tahukan yang selama ni Ad tipu saya? Awak tahukan yang Ad permainkan perasaan saya sepanjang kami bercinta?!!" aku ulang kembali soalan keramat aku itu.

Syah membisu. Akhirnya, satu keluhan dia lepaskan. "Yurp, aku tahu."

"Then, kenapa awak tak beritahu saya perkara sebenar?! Kenapa lepas kita kahwin, baru awak nak ungkit benda itu?!! Kenapa bila saya dah jadi isteri awak, baru nak buka fasal Adrian?" berduyun-duyun soalan aku hamburkan pada Syah.

Dari mataku, jelas kelihatan rasa sakit hati aku. Sekali lagi, dada bidang Syah aku tampar bagi melepaskan amarah. Biar dia tahu apa yang aku rasakan selama ini..!

Syah tarik nafas dalam. Tak semena-mena, dia menarik tubuh aku dalam pelukannya. Dia tak pedulikan tubuh ku yang basah. Aku terkedu dengan tindakannya itu.

"Aku minta maaf. Aku tahu aku silap. Dulu, aku tak fikir panjang. Apa yang aku tahu kau bukan urusan hidup aku but now, aku minta maaf sebab tak beritahu kau perkara yang sebenar. Aku minta maaf.." ucap Syah perlahan dan lembut.

Aku hanya mampu menangis dalam pelukan Syah. Sungguh, kenyataan itu memeritkan.
...
Hanya tinggal seminggu sahaja lagi, bulan akan berganti. Namun, khabar berita tentang pertukaran jawatan CEO masih belum menyinggah halwa telinganya. Adrian sudah ketap bibir.

Pen yang dipegangnya sudah dimain-mainkan ke sekitar wajah. Senyum penuh sinisnya terukir. Kalendar yang terbentang depan matanya dipandang dengan penuh tekad.

"Nampaknya kau lagi berani daripada apa yang aku fikirkan, Syah." ujarnya sendirian.

Tidak mahu berlengah, Adrian capai telefon pintarnya. Nombor telefon seseorang dihubunginya lalu ditekap kan ke telinga. Beberapa kali bunyi beep-beep kedengaran sebelum akhirnya, panggilan yang dibuatnya diangkat oleh seseorang.

"Hello, Dato' Farhan. Kenal tak siapa saya?" soal Adrian sebagai salam perkenalannya.

"A-Adrian?"

"Haha.. tak sangka yang Dato' masih ingat saya. Hmm.. macam mana posisi Dato' dalam MZ Holdings, mesti makin stabil kan?" Adrian sudah pasang umpan.

MZ Holdings bukan lagi suci seperti yang digembar-gemburkan oleh media. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu bagaimana hebat nya orang atasan menggelapkan duit syarikat untuk mendapatkan keuntungan. Well, papa kandung Adrian juga pernah guna taktik yang sama untuk mendapatkan banyak kelebihan dan dari situ, Adrian belajar.

"Hmm, apa yang kamu mahukan? Saya ingat kamu sudah pergi." lelaki itu sudah cuba menutup lubang dosanya.

Adrian tarik sengih panjang. "Saya dah lama balik, Dato'. Hmm.. saya call Dato' pun sebab saya nak minta tolong."

"Apa maksud kamu? Kamu nak minta tolong? Huh, kalau saya tak mahu?"

Tawa sinis Adrian terlepas. "Dato' janganlah degil. Memandangkan Dato' ada posisi penting dalam syarikat jadi saya ada tawaran untuk Dato'. Hmm.. kalau Dato' taknak rahsia Dato' terbongkar, jadi saya nak Dato' keluarkan Syah daripada syarikat dan pilih saya sebagai CEO baru syarikat MZ Holdings."  putus nya susah menyusun rancangan.

Senyuman penuh kemenangannya terukir. Tak mungkin, Dato' Farhan akan menolak. Dia tahu Dato' Farhan adalah individu paling banyak menggelapkan duit syarikat dan lelaki itu juga mempunyai kuasa besar dalam syarikat. Sebagai setiausaha tertinggi, pastinya lelaki itu dengan mudah melucutkan kelayakan Syah dengan mudah.

Dan, setelah itu Adrian akan jadi CEO baru syarikat itu. Pfft.. simple.
...
p/s》

Hye and Assalamualaikum, guys. Sorry sebab hari ini tak dapat nak update banyak. Sis tengah cuba cari kosa kata yang sesuai. Haha.. InsyaAllah, sis akan cuba upgrade penggunaan bahasa sis. Lagipun, sis hari ini tak berapa ada mood sangat nak menulis. Tapi, syukurlah dapat update dua bab.

Doakanlah sis ada mood. Serious, sis nak hbiskan benda ni scpat mungkin. Sis nak fokus jadi reader pula. Sekarang ni, sis on the way nak baca buku 'Sampai Hujung Nyawa' karya opy98. Lain daripada yang lain. Kalau ada masa, bacalah. And, digalakkan untuk cadang kat sis story apa yang best. Sis nak rehat!!

😂😂.. Stay tuned..

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now