BAB 21

22.7K 821 7
                                    

Keluhan berat Syah terlepas apabila dia tak henti-henti mendapat panggilan daripada nombor telefon yang sama iaitu nombor telefon daripada Irdina. Mulanya, Syah abaikan saja panggilan itu namun makin lama, dia rasakan panggilan itu makin membingitkan telinga.

Syah yang ketika itu sedang menilik dokumen juga rasa terganggu. Akhirnya, telefon pintar miliknya dicapai lalu panggilan itu diangkat nya. Huh!! Tak sangka yang Irdina ni jenis yang suka mendesak. Serabut betullah minah ni.

Tak cukup ke duit yang dia bayar untuk satu malam itu? Pfft.. Dasar, perempuan mata duitan!

"You nak apalagi, Dina? Boleh tak stop buat benda sia-sia ni. I banyak lahi kerja nak kena buat sekarang ni. Don't waste my time, please.." ujar Syah dalam nada memujuk. Memujuk tapi tak ikhlas.

Di hujung talian, senyuman Irdina meleret. "Hmm.. sanggup you cakap yang I ni buang masa you? Well, I call you sebab I nak cakap yang I rindu kan you." ucap Irdina dalam nada manja.

Syah mengeluh perlahan. "Dina, please. Jangan buat benda ni lagi. I taknak you kacau hidup I. I hope this will be the last of our conversation."

"So, you nak lupakan I?"

"Dina, you tahukan yang I.. erm, I.." mahu saja Syah luahkan ayat kejam itu namun dia masih ada hati perut untuk taknak luahkannya.

Yurp, walaupun Irdina bukannya dari golongan perempuan suci namun dia masih insan yang digelar sebagai wanita. Kalau Syah cakap ayat seterusnya, Syah yakin yang kata-katanya itu bakal menghiris hati  Irdina.

"Huh.. you nak cakap yang I ni cuma perempuan pemuas nafsu you ke? Hmm.. I tak sangka you pun sama macam lelaki yang I pernah jumpa sebelum ini. I ingat you lain, Syah. I ingat you sayangkan I.." tutur Irdina lirih.

Syah menarik nafas dalam. Kalau boleh dia mahu akui semua itu. Yurp, kau cuba perempuan untuk aku puaskan nafsu aku. Tak lebih daripada itu!

"Dina, I hope you takkan kacau I lagi lepas ni. Kalau you setakat call nak cakap benda yang mengugut I, better you simpan top up phone you tu. Okay?" ujar Syah sudah berura-ura mahu menutup talian.

Tawa sinis Irdina bergema di corong telefon dan itu mematikan terus tindakan Syah.

"You memang tak pernah berubah, Syah. Bila you dah dapat apa yang you nak, you terus lupakan kitorang macam itu aje. Taknak bertanggung- jawab pada apa yang you dah buat!" celahnya dalam nada marah.

"Kenapa you cakap macam itu?"

"Syah, sebenarnya I ada hadiah lagi special nak bagi you. Lebih istimewa daripada hadiah yang I bagi pada you malam itu. I yakin mesti you akan 'suka' hadiah I ni." jawapan yang diberi oleh Irdina langsung tak ada kaitan dengan soalan yang dihambur oleh Syah.

Lelaki itu sudah berkerut dahi. Huh?!! Boleh tahan psiko juga perempuan ni rupanya.

Kerana tidak mahu melayan gelagat 'tak waras' Irdina itu, Syah ambil keputusan untuk tamatkan terus panggilan itu. Dia termenung untuk sejenak.

"Perempuan itu cuba nak ugut aku ke?" teka tekinya sendirian. Cepat-cepat Syah gelengkan kepala. Nope!!
Irdina takkan berjaya ugut aku. Pfft.. apa aje yang dia boleh buat? Nak penjarakan aku sebab dah 'rogol' dia?!, cemuh Syah sendirian.

Dia terus mengerjakan dokumen yang tertangguh. Malas nak serabut dengan benda-benda remeh yang langsung tak menguntungkan badan.

"Sibuk aje mama tengok anak mama ni sejak dua menjak ni." sapa seseorang lembut dari belakang.

Syah terus menjedakan kerjanya sejenak. Wajah bersih Engku Mariam dipandangnya suka. Lagi teruja itu bila mamanya datang bersama Milo panas. Tahu-tahu aje yang Syah perlukan air sekarang ni.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now