BAB 19

21.9K 845 14
                                    

Bunyi kicauan burung pada pagi itu sedikit sebanyak menyedarkan aku dari tidurku yang panjang malam tadi. Mataku aku kuis beberapa kali sambil mulutku menguap luas. Yurp, tidur di atas sofa memang tak best. Sakit belakang dan juga sakit pinggang. Beberapa kali pinggang aku urut perlahan sambil itu aku menguak cuba meregangkan otot badan.

Sambil menguis-nguis pelipis mataku, terus pandanganku terarah pada telefon pintar jenama Samsungku yang sudah jatuh ke atas sofa. Mungkin aku terlepaskan nya semasa aku sedang lena dibuai mimpi. Perlahan, aku capai telefon ku lalu aku belek.

Tiada sebarang panggilan masuk daripada Adrian. Pesanan pun tak ada. Hmm.. Akhirnya, satu keluhan lemah aku lepaskan.

Aku risau dengan keadaan Adrian. Mesti dia rasa sedih dan kecewa sangat sekarang ni. Semalam, heboh dalam pejabat aku tentang keputusan pemilihan pelantikan CEO baru untuk MZ holdings. Aku sangka kan Adrian akan menang namun nampaknya keputusan itu tak berpihak padanya melainkan berpihak pada Syah, sepupunya itu.

Sehari suntuk aku cuba untuk hubungi Adrian namun langsung tak mendapat jawapan. Sebagai seorang tunang kepada dia, aku perlu berikan kata-kata semangat untuk dia. Hmm.. Adrian mesti perlu kan seseorang ketika ini.

Untuk kali terakhir, aku cuba hubungi nombor telefon Adrian. Aku harap dia angkat namun jawapan kecewa yang aku dapat.

"Nombor yang anda dail..."

Satu keluhan berat aku lepaskan. Aku belek telefon pintarku dengan wajah mencuka. Mungkin, Adrian sangat sedih dengan keputusan itu agaknya. Tebakku sendiri.

Tidak mahu terus melayan, aku terus bergegas ke bilik air. Tuala berwarna ungu itu aku capai lalu akhirnya jasad aku menghilang ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

Selesai sahaja memakai palazo putih bersama cardigan putih abu-abu, aku terus menuruni tangga. Dari atas lagi, aku sudah dapat hidu sarapan pagi yang ibu sediakan untuk aku. Nasi goreng ala-ala Chef Raisha. Cukup rasa, cukup harum.

Ibu tersenyum apabila melihat kelibat aku menghampiri. Sesekali muka lapar yang aku tayangkan buat ibu tersenyum simpul. Nampaklah betapa kebulurnya aku pagi itu.

"Wou, nasi goreng!!" teriakku dalam nada teruja.

Pinggan yang tersedia di meja makan aku capai lalu nasi goreng aku senduk. Ibu yang duduk di hadapanku hanya melihat sahaja gelagat ku itu. Senyumannya juga tak pudar malah makin berseri bila lihat aku menikmati nasi goreng nya itu.

Sesekali wanita itu membelek pakaian yang aku pakai. Nampak casual. Tak ada langsung ciri-ciri nak pergi ke tempat kerja.

"Kamu cuti ke hari ni?" soal Puan Raisha ingin tahu. Hairan lah juga bila tengok aku berkardigan bagai ni. Pakai tudung pula itu. Confirm nak keluar.

Aku yang sedang menjamah nasi goreng mengerling ke arah ibu. Senyum nipis aku berikan lalu aku anggukkan kepala.

"Iffah minta cuti dengan Encik Fahrud. Dia izinkan." balasku sambil meneguk air kosong bagi pembasah tekak.

Ibu sekadar menganggukkan kepala. Kali ini, wajah ibu berubah. Tadi senyumnya nampak ikhlas tapi kali ini nampak tawar. Macam ada sesuatu yang dia nak luahkan tapi tak mampu.

Aku sudah jongket kening apabila melihat riak ibu tiba-tiba sahaja berubah. "Ada benda yang ibu fikir kan ke?" soalku ingin tahu.

Terus ibu pandang aku. Wajahnya seakan-akan serba salah untuk berkata yang jujur namun akhirnya ibu mengeluh perlahan.

"Kamu tahu fasal Ad? Yang keputusan itu?" soalan berbalas soalan.

Kali ini, aku diam dengar soalan ibu itu. Sebuah anggukan aku berikan. Fokusku kini sepenuhnya pada ibu. Suasana berubah sedikit serious.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now