MLH 1

7.8K 218 19
                                    

Hero renung Puan Sri Qaseh, kemudian dia alihkan pula renungan kepada Tan Sri Yahya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hero renung Puan Sri Qaseh, kemudian dia alihkan pula renungan kepada Tan Sri Yahya.Mereka berdua, masing-masing tayang muka tidak bersalah kepada dirinya.

Dia lepaskan keluhan panjang, sambil tangan meraup anak rambut yang berjuntai dihujung dahi kebelakang.

Susah sebenarnya jadi seorang anak ni.Semua kata orang tua kau kena turutkan walaupun kau dah besar panjang macam ni.

Hero dah 23 tahun, bukannya budak-budak lagi.Tapi mereka masih juga mahu menentukan arah hidupnya, tanpa beri peluang untuk dia buat keputusan sendiri.

Contohnya macam situasi sekarang.

"Papa izinkan Hero sambung belajar dekat France, tapi macam yang papa dan mama cakap tadilah.Hero kena ikut syarat kami." Tutur Tan sri Yahya dalam nada tegas.Dia nak Hero tahu, dia dan isterinya bersungguh-sungguh dengan syarat yang mereka tetapkan kepada anak lelaki tunggal mereka ni.

"Tapi pa, i'm still young." Bantah Hero dalam nada suara yang masih terkawal.Dia mana pernah tinggikan suara pada mama dan papanya.

"Papa dan mama pun pernah muda juga.Sebab tu, kami nak kan yang terbaik untuk Hero." Sampuk Puan Sri Qaseh.

"Iye..Tahu..Tapi dulu dengan sekarang, berbeza ma.." Mana boleh mama nak samakan zaman dulu dengan zaman sekarang.Semua dah jauh beza.Zaman sekarang lebih maju.Bukannya kolot lagi macam dulu-dulu.

Tan Sri Yahya bangun berdiri.Dia tak mahu berlama-lama disitu.Dia tak mahu terus mendengar rayuan dari Hero.Sebab keputusannya adalah muktamad."You listen to me and go to France or you just stay here in Malaysia.Pilihlah, dah ada jawapan nanti baru jumpa papa."

Akhirnya Tan Sri Yahya putuskan memberi kata dua kepada Hero.Terpulanglah untuk dia membuat keputusan sendiri.Dia yakin, Hero lebih tahu mana yang baik untuk di pilih.

Hero menghantar kelibat Tan Sri Yahya pergi dengan perasaan yang tidak puas hati.

Suruh dia buat pilihan macam ni, ibarat tak payah pilih.Sebab dua-dua pun langsung tak menguntungkan dirinya.Bijak betul papa dan mama letakkan syarat.

"Ma?"Hero renung mamanya dengan pandangan meminta simpati.Dengan harapan Puan Sri Qaseh akan kesian pada dirinya seperti selalu.

Puan Sri Qaseh menggeleng laju.Sebagai tanda kali ini dia memang tak kan bantu Hero untuk pujuk Tan Sri Yahya supaya mengubah syarat yang telah di tetapkan untuk Hero menyambung pelajaran ke France.

" Kali ni mama betul-betul dah tak boleh nak tolong Hero.Hero fikirlah sendiri apa yang papa cakap tadi.Kalau nak pergi France, ikut cakap papa.Kalau tak nak ikut cakap papa sambung je belajar dekat Malaysia ni."

Hero tayang muka tak puas hati.Nampak sangat kali ni dia tak boleh nak gunakan mama sebagai pemujuk papa.Nampak sangat mama dah sokong keputusan papa seratus peratus.

Haish!

Siapa lagi yang aku boleh harapkan untuk pujuk papa?

Arghh!!!

Sakit kepala otak Hero dibuatnya.Kenapalah semua ni boleh terjadi, sedangkan dia dah plan semuanya baik-baik dari awal tahun lagi. Tup-tup jadi macam ni pulak.

~~~~

"Please..."Hero meluntut depan Mellisa, kedua-dua belah tapak tangannya digosok laju buat aksi merayu.

Sekarang tinggal Mellisa saja harapan yang dia ada untuk pujuk papanya supaya benarkan dia ke France tanpa perlu ikut syarat yang telah ditetapkan.

Mellisa tayang senyum senget, senyum mengejek.Yelah, tak sangka si Hero ni sanggup datang merayu padanya supaya pujuk papa mereka.

Seronok juga bila tengok adik lelaki dia merayu dengan penuh keikhlasan macam ni.Selalunya si Hero ni tak habis-habis dengan perangai berlagak dia tu.Mentang-mentang dia anak lelaki tunggal dalam keluarga mereka, selalulah buat perangai 'besar kepala'.

Tapi tengoklah sekarang, Mister Hero sedang meluntut merayu kepada Cik Mellisa.Hmm..Ini satu perkara yang menarik.Kalau boleh Mellisa nak rakam moment ni dan dia nak sebarkan.Biar padan muka si Hero berlagak ni.Biar semua orang tengok gelagat dia yang sedang meluntut merayu.

" Kak!kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"Hero dah mula naik angin.Geram bila tengok Mellisa seolah-olah nak mengenakan dia.

"Ye..Aku dengarlah.Kau ingat aku ni pekak ke apa?" Dah mintak tolong orang, banyak bunyi pulak dia.

"Dah tu, kau diam je dari tadi.kaki aku ni dah lenguh tau meluntut depan kau." Sebab dah tak tahan sangat nak meluntut lebih lama lagi depan Mellisa akhirnya Hero bangun.Nasib tak cramp kaki aku dibuatnya.

Mellisa menjeling.Tadi ye..ye.. Je macam tak nak bangun.Sekarang baru sekejap dah mengalah."Ada aku suruh kau meluntut ke?Tak ada kan.Kau sendiri yang buat."

Ish!

Hero merengus kasar.Geram tengok perangai berlagak si Mellisa.Kalau tak kerana nak minta tolong dia pujuk papa, memang sampai mati pun aku tak ingin nak meluntut depan dia ni.

"So, boleh ke tak kau tolong aku?" Dia dah mula tak sabar nak tahu sama ada Mellisa mahu atau pun tidak tolong pujukkan Tan sri Yahya.

"Aku bukan tak nak tolong kau.Tapi kalau dah mama pujuk pun papa tak nak dengar, apatah lagi aku ni.Kau pernah nampak ke si papa tu dengar cakap aku?tak pernahkan.." Papa tu keras kepala.Setekat Mell yang pujuk, memang tak jalanlah..

Haish!

"Dah tu!?Buang masa jelah aku meluntut depan kau." Getus Hero, geram.Kalau dia tahu macam ni, memang tak lah dia nak meluntut depan si Mellisa ni.

Mellisa ketawa suka sambil pegang perut.Geli hati tengok muka bengang si Hero."Siapa suruh,?Aku tak suruh pun.Kau sendiri yang rela hati."

Cis!

Kurang ajar punya kakak.













🐝🐝🐝

Please vote, comment dan teruskan mengikuti kisah cinta diantara Hero dan Asya😘

My Love HeroWhere stories live. Discover now