MLH 22

2.4K 130 2
                                    

🐙🐙🐙

~Hurt~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


~Hurt~

Coming soon..

~~~~~

Muka ketat Hero buat Asya tak berani nak bersuara sepatah pun.Dia tahu Hero mesti sedang marahkan dirinya, sebab Nik hantar dia balik rumah.

Si Nik tulah, dia dah cakap tak payah tapi mamat tu degil jugak nak hantar.

Masa sampai rumah kebetulan Hero pun baru sampai entah dari mana.Tajam je mata dia bila tengok Nik pimpin tangan Asya.

Masa nampak Hero tu, jantung Asya memang dah debar gila.Kepala otak dia pulak ligat duk fikir nak kelentong apa kalau si Nik tanya pasal Hero.

Sudahnya dia kelentong, kata si Hero tu abang dia.Mahu tak kelat muka suami dia ni.Elok-elok jadi suami tiba-tiba bertukar status jadi abang pulak.

Tapi nasiblah Hero diamkan je, tak ada pulak bantah masa dia cakap macam tu.

"Dah puas dah kau tenung muka aku?" Soal Hero.Dingin.

Asya gigit bibir.Tak sangka Hero perasan dirinya diperhatikan.

"Err.."

"Kau memang sukakan buat aku marah."

Meremang bulu tengkuk Asya dibuatnya.Nampak gaya memang Hero tengah bad mood gila.

"Sorry..Saya terpaksa menipu, sebab dekat kolej tak ada sesiapa pun tahu yang saya ni dah kahwin." Akhirnya dia mengaku dan berterus terang juga kenapa dirinya terpaksa menipu.

"Kenapa nak rahsiakan?Bagi tahu jelah!Apa yang susahnya?" Makin tegang pula cara percakapan Hero.

Dia langsung tak pandang muka Asya.

Asya jadi kelu sekejap.Dia tak tahu nak jelaskan bagaimana, sebab memang dia sendiri tak tahu kenapa dari awal dulu dia rahsiakan tentang perkahwinan mereka dari semua orang di kolej.

"Kau rahsiakan supaya budak lelaki tadi boleh dekat dengan kau.Boleh pegang-pegang kau, boleh hantar kau balik rumah, macam tu?" Api cemburu dan kemarahan Hero nampaknya semakin membara.Seperti tiada tanda-tanda hendak terpadam.

"Bukan macam tu.." Asya semakin resah.Dia tak nak Hero terus salah faham tentang dirinya dan Nik.Tapi pada masa yang sama dia sendiri pun tak boleh nak jelaskan kepada Hero kenapa dia rahsiakan perkahwinan mereka.

My Love HeroWhere stories live. Discover now