MLH 9

2.8K 159 1
                                    

❤❤❤

Lima Tahun kemudian..

Rasa macam tak percaya je,dah lima tahun berlalu,dan sudah sampai masanya untuk Hero kembali semula ke Malaysia.

Sepanjang tempoh lima tahun menuntut ilmu di France ni, banyak benda yang dia sudah belajar.Semua yang dipelajarinya itu menjadikan dia seorang Hero yang lebih matang.

Malaysia, kau tunggu kepulangan ku..

~~~~

Lengan Asya,Bella siku.Geram dia bila dari tadi Asya langsung tak beri perhatian kepadanya.

"Weh!dari tadi aku bercakap dengan kau, boleh pulak kau buat bodoh ye."

Asya tayang sengeh.Tak sedar pulak dia boleh mengelamun jauh, sampai tak dengar apa yang Bella cakapkan.

"Kau ni kenapa?Ada masalah ke?Aku tengok dari pagi tadi menung je."

Hairan jugak Bella tengok perangai si Asya satu hari ni.Banyak termenung je.Jarang nampak dia tak bersemangat macam ni.

"Kalau ada masalah cerita la kat aku, jangan diam je."

"Aku ok lah..Mana ada masalah." Tak kan lah dia nak bagi tau apa yang sedang bermain dalam kepala otak dia sekarang ni pada Bella.

Sah-sah selama hari ni dia simpan elok rahsia tentang perkahwinannya daripada semua orang.Termasuklah si Bella ni.

Mereka memang kawan rapat sejak mula-mula belajar di kolej ni.Tapi Asya tak yakin nak ceritakan semua kisah tentang perkahwinannya pada Bella.

Bukan sebab tak percaya pada Bella, tapi sebab dia sendiri yang memang tak nak sesiapa pun dikolej ni yang tahu mengenai status dirinya.

Asya lebih selesa berahsia begini..

"Dah tu, dari pagi tadi aku tengok kau macam tak bersemangat je ni kenapa?Selalunya bukan main bising lagi mulut kau.Hari ni diam je."

"Aku letihlah..Semalam aku tidur lambat siapkan assignment prof Richard tu."

"Tulah kau..Suka buat kerja last minute."

"Bukan selalu.."

"Tadi apa benda yang kau beria-ia sangat cakap dengan aku tu?Ceritalah lagi sekali.Tadi aku tak dengarlah."

Bella julingkan mata."tulah, lain kali bagi perhatian masa aku tengah bercakap."

"Ye..Sorry lah.."

"Aku cakap pasal si Nik tu."

"Nik mana?"

Bella tepuk dahi.Boleh pulak dia tanya Nik yang mana, padahal dalam kelas diorang tu ada seorang je yang nama Nik.

Takkan lah Nik yang kacak, hensem, tampan lagi bergaya tu pun si Asya ni tak kenal?

"Nik mana lagi Asya oi..Nik yang dalam kelas kita tulah.Nik hensem tu."

"Oo..Yang tu."

"Yes.Yang itu, cik Asya oi!"

Puanlah!

"Haa..Kenapa dengan dia?"

Saja Asya buat-buat tak tahu sebenarnya.Padahal dia kenal je si Nik tu.

Hot guy dekat kolej ni,siapalah yang tak kenal.Boleh dikatakan semua pelajar dikolej ni kenal siapa si Nik tu.

Sebut je nama Nik, semua orang tau, terumatanya pelajar perempuan.Pakat menggeletis semua.Tu baru sebut nama, belum lagi berjumpa empunya badan face to face.Kalau face to face tu mulalah masing-masing jadi ulat bulu.

Tapi si Asya ni tak heran pun dengan si Nik tu.Dia anggap Nik tu sama je dengan kawan-kawan sekelasnya yang lain.

"Aku syak kan, dia tu ada hati dekat kau la Sya."

Eh!Tiber!

Mulalah gelak tak hengat si Asya bila dengar Bella cakap macam tu.Nik suka dia?Biar bener si Bella ni.

"Kau merepek apa ni Bell?Jangan nak buat cerita boleh tak.Kang peminat dia dengar, tak pasal-pasal aku kena belasah."

Uish!

Gerun Asya nak membayangkannya.Peminat si Nik tu bukannya sorang dua.Berpuluh-puluh tau!Boleh jadi beratus-ratus pun ada.Yelah, pelajar kolej ni kan ramai..

"Betullah..Aku tak buat cerita.."

Tengok dari cara Nik pandang si Asya ni pun dia dah boleh agak dah.

"Aku dah lama perhatikan dia.Tiap kali dia pandang kau, mesti cara dia pandang tu lain macam sikit."

"Lain macam, macam mana?Ada-ada jelah kau ni."

Lawaklah si Bella ni.

"Lain macamlah..Tak macam dia renung perempuan-perempuan lain.Bila dia tengok kau tu, dalam mata dia boleh nampak satu perasaan tau.Perasaan cinta yang membuak-buak."

Ceh!

Nak termuntah.Ada-ada je si Bella ni.

"Kau jangan nak mengarut boleh tak?Aku rasa kau ni banyak sangat tengok drama-drama korea.Tu pasal otak kau jadi macam ni.Kuat berangan!"

Si Bella ni memang hantu Kpop.Habis semua drama korea dia tengok.Tak ada satu pun yang termiss.

Bila dah banyak sangat tengok, mulalah dia berimaginasi lebih.

"Aku cakap benda yang betullah..Kalau aku ni nak berangan, baik aku berangan dia suka dekat aku je."

"Haish..Whatever lah Bella oi.."

Sudahnya Asya malas nak lawan bertekak.Biar jelah Bella dengan syak wasangka dia yang tak berasas tu.

"Asya Aralin."

Mak ai!siapa pulak yang panggil nama penuh aku ni?

Asya dan Bella toleh kebelakang serentak.

Erk!

Rasa nak gugur jantung Asya saat ni.Macam tak percaya je siapa yang sedang berdiri depan mata dia sekarang ni.

Oh!Tuhan, katakanlah bahawa ini semua hanyalah sebuah mimpi..





🐝🐝🐝

Please vote, comment dan teruskan mengikuti kisah percintaan diantara Hero dan Asya😘

My Love HeroWhere stories live. Discover now