MLH 17

2.8K 152 0
                                    


Mellisa buat muka tak puas hati bila dengar Hero minta papa mereka untuk tanggung percutian dia dan Asya ke Pulau Bora Bora.

Hero perasan muka tak puas hati Mellisa tu, sengaja dia jelirkan lidah pada kakaknya.Saja nak buat panas hati Mellisa.

"Pasal duit tak payah risau, papa boleh biayai.Yang penting korang berdua happy." Ujar Tan sri Yahya.Soal duit dia tak pernah berkira pun dengan anak menantu, baginya yang penting mereka hidup bahagia.

"Thanks pa." Bukan main lebar lagi Hero senyum.Asya disebelahnya hanya diam membisu.

Bukan apa, dia segan sebenarnya nak menyusahkan bapa mertuanya itu.Tapi si Hero ni lah.Beria-ia sangat.Dahlah mahal percutian ke Pulau Bora Bora tu, baik pergi Pulau Redang ke, Pulau Perhentian ke..Kan jimat tu.

"Mengada-ngada.Dah besar panjang pun nak harapkan papa lagi." Ada nada cemburu dalam kata-kata Mellisa tu.

Cemburulah..Hero dapat pergi Pulau Bora Bora tu dengan isteri dia.

"Kau jeles lah tu."

"Ee..Tak kuasa aku nak jeles dengan kau."

"Mengaku jelah kak..Kau jeles sebenarnya.Kalau kau nak papa belanja kau hooneymoon cepat-cepatlah kahwin.."

Mellisa julingkan mata.Sakit hati pulak dengar si Hero ni cakap pasal kahwin.

"Mell kalau nak papa belanja hooneymoon cepat-cepatlah cari calon suami, sementara papa masih hidup ni bolehlah papa belanja." Sampuk Tan sri Yahya meleraikan perang mulut antara kedua-dua anaknya.

Makin monyok muka Mellisa dibuatnya.Bukan dia tak nak kahwin tapi dah jodohnya belum sampai."Papa ni..janganlah cakap macam tu."

"Betullah.Kalau Mell nak papa belanja Mell hooneymoon, Mell kenalah cepat-cepat kahwin.Nanti kalau papa dah tak ada, macam mana papa nak belanja Mell."

"Tulah kak..Kau memilih sangat.Sebab tu sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi." Celah Hero.Saja nak buat sakit hati Mellisa.

"Alah!Kau tu, kalau bukan sebab papa dan mama yang jodohkan dengan Asya, tentu sampai sekarang kau pun tak laku jugak.Perempuan manalah yang nak dengan mamat kerek and fussy macam ni." Mellisa pun tak nak kalah.si Hero ni memang sengaja nak buat dia sakit hati.

"Dah..Jangan gaduh-gaduh.Apalah kamu berdua ni.Dah besar panjang pun perangai macam tom and jerry lagi.Malulah sikit pada Asya ni." Akhirnya Tan sri Yahya terpaksa masuk campur.Budak berdua ni kalau di biarkan makin panjang gaduhnya nanti.

~~~~~

"Tak sabarnya nak pergi hooneymoon.." Hero rebahkan badannya atas katil.Entah kenapa kali ini dia memang rasa tak sabar-sabar nak pergi bercuti.Nak luangkan masa dengan Asya.

Sebab lepas mereka pergi hooneymoon nanti dia akan mula sibuk dengan kerja.

Kalau ikutkan hati Hero, dia malas nak masuk kerja di Syarikat papanya.Tapi Tan sri Yahyah tetap berkeras mahu Hero berkerja disitu.Dia nak Hero belajar uruskan Syarikat, supaya nanti senang untuk dia serahkan semuanya pada Hero.

Hero kan anak lelaki tunggal, tentulah syarikat itu akan diserahkan kepadanya.

Arghh..

Malasnya nak mula kerja.

"Sya..Sinilah." Dia panggil Asya yang sedang duduk di meja study.

Tanpa banyak bicara Asya terus mendapatkan Hero.

Sebaik saja Asya duduk dibirai katil, Hero terus peluk tubuh wanita itu dari belakang.

Terkaku Asya dengan perlakuan si Hero yang secara tiba-tiba ni.Dia perasan sejak balik dari France ni, kelakuan Hero sudah banyak berubah.Hero sekarang sangat-sangat manja.Selalu nak kan perhatian darinya.

My Love HeroWhere stories live. Discover now