MLH 5

2.9K 161 2
                                    

Sewaktu duduk dibirai katil, Hero perhatikan saja gelagat Asya yang sedang sibuk menilik penampilan diri sendiri dihadapan cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sewaktu duduk dibirai katil, Hero perhatikan saja gelagat Asya yang sedang sibuk menilik penampilan diri sendiri dihadapan cermin.

Dia tengok Asya sibuk membelek kesan lebam pada lehernya.Perbuatan Asya itu menerbikkan senyuman sinis dibibir Hero.

Nak sangat jadi isteri kan.So kenalah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Teringat pulak tips yang Zill nak bagi tahu dia semalam.Tak payah bagi pun dia tahulah nak buat macam mana.

Ikan kalau dah ada depan mata, tentulah kena terkam dengan kucing.Tak payah di ajar, semua boleh explore sendiri.

Kau ingat aku nak biarkan je kau hidup senang-lenang?Ini Hero lah.Aku akan pastikan hidup kau kucar-kacir sepanjang kau jadi isteri aku.

Sebelum berangkat ke France minggu depan, memang Hero dah plan baik-baik macam mana dia nak memafaatkan kehidupannya sebagai seorang lelaki yang sudah berumah tangga.

Semalam dia dah fikir masak-masak, dan dia dengan rela hatinya menerima apa yang telah berlaku ni.Tapi tak semudah itulah..

Kalau nak jadi isteri kepada Zyan Hadhif a.k.a Hero, jiwa mesti kental.Sebab aku akan pastikan wife aku tunduk dan patuh pada aku sepenuhnya.

Kau tunggu sajalah nasib kau Asya Aralin..

~~~~

Tak tahulah mana Asya nak sorokkan muka, bila sanak-saudara Hero yang masih bertandang dirumah tu, masing-masing mula menyakat mereka.

Tapi dia sorang saja yang jadi malu alah, si Hero tu pulak boleh je buat muka selamba.Muka tak bersalah.

Ni semua dia punya pasal.Kalau tak kerana kesan lebam pada leher Asya ni, tentu mereka tak kan diusik-usik macam ni.

Arghh!

Rasa macam tak nak keluar dari bilik je.Malu!!!

"Sudah-sudahlah tu.Kesian Asya.Habis merah-merah muka dia." Puan Sri Qaseh akhirnya bersuara.Kesian dia tengok Asya bila kena sakat dengan ahli keluarganya.

"Abaikan diorang ni Sya.Meh!sarapan dengan mama."Sudahnya dia tarik tangan Asya supaya ke dapur.

Nanti makin di biarkan makin menjadi-jadi pulak diorang membahan si Asya.

Hero ambil tempat disebelah Asya ketika duduk dimeja makan.Mulanya Asya nak beralih duduk dikerusi lain, tapi dihalang oleh lelaki itu.

Sengaja Hero tahan Asya supaya tak duduk jauh darinya.Dia nak Asya layan dirinya ketika makan.Macam yang isteri-isteri selalu buat untuk suami tu.

Nak jadi isteri Hero, kenalah jadi isteri yang solehah, isteri yang menyejukkan hati..

Asya menjeling geram, bila Hero berikan arahan kepadanya guna isyarat mata saja.Suruh dia sendukkan nasilah,tuangkan airlah.Ambilkan lauklah.Macam-macam, sampai dia nak makan pun tak senang.

Dia tahu Hero memang sengaja buat macam tu, saja nak mengenakan dirinya.

Haish..

Sabar jelah..

Tersengeh-sengeh Hero bila tengok muka tak puas hati Asya.Suka dia sebab berjaya sakitkan hati perempuan itu.

Ini baru sikit tau!

" Amboi pengantin baru..Sambil makan pun sempat lagi bermain-main mata."Tegur Baby.

Baby ni adik bongsu si Hero ni.Umur dia enam belas tahun.Dah besar panjang pun panggil Baby lagi.wek!

Pelik betul Tan sri dengan Puan Sri ni, macam-macam nama timangan yang mereka bagi pada anak-anak mereka.Hero lah, Baby lah..Si Mellisa je yang tak ada nama timangan.

"Kau diamlah Baby.Menyibuk je." Tukas Hero.Dia dengan si Baby ni memang tak sebulu.Tapi sebenarnya dengan kakak dia pun tak sebulu.

Mungkin sebab Hero anak lelaki tunggal,manja.Sebab itu dia suka sangat berlagak!

Baby jelir lidah."Alah!Abang ni, mentang-mentang dah kahwin berlagak pulak dengan kita."

"Baby.." Seru Puan Sri Qaseh.

Seruan itu sebagai isyarat supaya Baby tak cari gaduh dengan Hero.

Baby mencemik.Mama memang macam tu, selalu je nak sebelahkan abang.Orang nak bergurau sikit pun tak boleh.

"Kau sengeh-sengeh apa?Makan cepat.Lepas ni ikut aku." Bisik Hero pada Asya.

Terus mati senyuman Asya dibuatnya.Senyum pun salah!




🐝🐝🐝

Please vote, comment dan teruskan mengikuti kisah cinta diantara Hero dan Asya😘

My Love HeroWhere stories live. Discover now