MLH 19

2.6K 133 1
                                    


Tak puas hati bila panggilannya tidak di jawab, Izzel hempas henfon ke lantai.Puas hati bila tengok isi perut henfon tu dah terburai dan bersepah atas lantai.

Kelly geleng kepala.Tau sangat sapa yang buat kawan dia yang seorang ni naik angin.

"Kau janganlah macam ni..Tak elok untuk kesihatan baby dalam perut kau tu." Ujar Kelly.Bahagian-bahagian henfon yang bertaburan dia kutip satu persatu.

"Aku geram dengan dia.Dah banyak kali aku call dia tak angkat.And he block my number!" Ke hulu ke hilir Izzel tak senang duduk bila fikirkan nombor telefonnya yang sudah di blok oleh Zyan Hadhif.

"Sudahlah Zel..Tak payahlah kau nak kejar si Zyan tu lagi.Biarkan dia dengan hidup dia.Kau kena move on." Letih dah Kelly nak nasihatkan si Izzel ni.Tak habis-habis dia nak terkejar-kejarkan Zyan Hadhif tu.

"No!" Izzel menjerit macam orang gila.Matanya mencerlung tajam merenung Kelly.

"Dia kena bertanggungjawab."

Kening Kelly mula bertaut.Tak faham apa yang dimaksudkan oleh perempuan ini."what do you mean Izzel?Bertanggungjawab untuk apa?"

Rambut panjangnya Izzel kuak kasar kebelakang.Dia berjalan menuju ke balkoni, nak duduk disitu supaya boleh kena angin.Mana tahu boleh sejukkan hatinya.

"Bertanggungjawab pada baby yang ada dalam perut aku ni."

Rahang Kelly rasa macam nak tercabut.Seriously!?

"Kau biar betul?"

Izzel merengus kasar."kau ingat aku ada masa nak buat lawak pasal benda ni semua.Dia kena bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat pada aku."

Dari nada percakapan dan air muka Izzel, Kelly dapat rasakan wanita ini serius.Tapi kenapa dari awal Izzel tak pernah bagi tahu dia tentang semua ni?

"Kalau bukan sebab Zyan bapa kepada baby dalam perut aku ni, aku tak akan susah-susahkan diri balik ke Malaysia ni tau."

"Sebab dialah aku datang sini.Aku nak dia kahwin dengan aku dan besarkan baby ni sama-sama." Memang itulah yang dimahukan oleh Izzel.Dia nak mereka kahwin dengan kadar segera.Kalau boleh sebelum baby ni lahir.

"Tapi Zyan cakap pada aku korang putus sebab kau ada lelaki lain." Zyan Hadhif sendiri yang cerita pada Kelly.

Zyan cakap, dia nampak Kelly keluar dari hotel di Paris dengan sorang mat salleh ni, bukan main mesra lagi diorang berdua.

Dan dia cakap itu bukan kali pertama dia nampak Izzel dengan lelaki lain keluar dari hotel.

Kelly tahu perangai si Izzel ni macam mana, sebab itu bila Zyan cerita kenapa mereka putus, dia percaya.

"Dia tu penipu!" Tukas Izzel.

"Kau tau sebenarnya dia kahwin sebelum pergi France dulu?"

Kelly menggeleng laju.Banyak betul berita yang tak disangka-sangka dia terima hari ni.Biasalah, hidup ni kan penuh dengan kejutan.

Tiba-tiba si Izzel ni ajak dia teman balik ke Malaysia ni pun satu kejutan jugak.Kelly kesiankan dia, sebab tu di ikutnya juga sampai ke sini.

"Dia dah kahwin lima tahun lepas.Sebab nak berbaik-baik dengan wife dialah, dia buat cerita bukan-bukan pasal aku.Si Zyan tu memang sengaja tak nak bertanggungjawab."

"Semua ni berpunca daripada dia tau!"

"Sebab aku mengandungkan anak dia, papa halau aku dari rumah.Keluarga aku benci aku, and lost my modeling jobs."Beria-ia Izzel menangis depan Kelly.Dia dah tahu nak harapkan siapa, hanya Kelly lah tempat dia bergantung sekarang ni.

Shh..

" sabar..sabar..Kawal emosi kau.Kau tak boleh stress, tak elok untuk kesihatan baby."Makin kesian Kelly pada Izzel.Tak sangka pula, rupanya si Zyan tu yang buat perangai.

"Kau jangan risau, aku akan tolong kau.Aku akan pastikan si Zyan tu bertanggungjawab pada kau dan baby ni." Baby bump Izzel yang baru berusia tiga bulan tu Kelly usap lembut.

Sebagai seorang kawan dia mesti kena tolong Izzel.Dia tak nak nasib Izzel akan sama dengan perempuan-perempuan yang tidak bersuami tu.

Dasar lelaki tak guna!Dah puas kau berseronok, kau tinggalkan je dia macam ni.

~~~~~

Pangkal leher yang terasa lenguh Hero picit perlahan.Malam ni dia langsung tak boleh nak lelapkan mata.

Kepala otak serabut, macam mana nak tidur.

Hero mengiring ke sebelah kiri, bila terpandang wajah mulus Asya yang tidur lena tu buatkan hatinya rasa tenang.Betullah kata orang, kalau kita pandang wajah orang yang kita sayang serta merta segala rasa resahkan hilang dan jiwa pun jadi tenang.

Inilah yang Hero rasakan sekarang.Tapi walaupun dah tenang sedikit, dia tetap juga tak dapat nak lelapkan mata.

Hero berkalih semula ke kanan.Henfon atas meja kecil disisi katil dia ambil.Kemudian dibuka untuk lihat jam pada skrin.

Pukul 2.45 pagi.

Haissh..

Bosan baring, dia bangun.Sebelum turun dari katil sempat lagi dia hadiahkan ciuman di dahi Asya.

Sekarang Hero memang macam ni.Pantang ada peluang, mesti bibir dia tu nak mendarat je dibahagian muka Asya.Kadang di dahi, kadang dipipi dan kadang di bibir.Kalau dibibir tu mestilah lama sikit.

Sudah turun dari katil, dia berjalan menuju ke balkoni.Bila sliding door dibuka mulalah menderu angin dari luar masuk ke dalam.Sejuk dan nyaman je rasanya.

Hero duduk bertenggek di atas benteng batu disitu sambil buka galeri pada henfonnya.

Disitu ada satu gambar yang berjaya buat Hero jadi burung hantu malam ni.Gambar yang buat dia resah dari siang tadi.Gambar yang dia sendiri tidak pasti akan kesahihannya.

Gambar yang dia sendiri tidak pasti akan kesahihannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Gambar ni Kelly yang hantar pada dia petang tadi.Mesti Izzel yang suruh, sebab dia kan dah blok nombor perempuan tu.

Serabut kepala otak Hero bila fikir pasal gambar ni.Lagi bertambah serabut bila dapat tahu sekarang si Izzel sudah berada di Malaysia.

Perempuan yang seorang ni memang tak habis-habis nak menyusahkan hidupnya.

Huhhhh..

Hero mengeluh panjang.Dia tertanya-tanya pada dirinya sendiri, kenapa pada saat dia baru nak rasa hidup bahagia bersama Asya, ada dugaan lain pula yang datang.Dugaan yang cuba merosakkan rumahtangga mereka.

Pada masa yang sama dia terfikir juga, mungkin dugaan sebegini datang waktu dia sedang dilamun bahagia adalah kerana dosa-dosanya pada masa yang lalu.

Ya Allah, ampunkanlah aku.Bantulah aku untuk menyelesaikan semua ini dengan baik, dan menyelamatkan rumahtangga ku.Bantulah aku Ya Allah..


















🐝🐝🐝

Please vote, comment dan teruskan mengikuti kisah percintaan diantara Hero dan Asya😘

My Love HeroWhere stories live. Discover now