MLH 32

1.7K 79 1
                                    


"Ma..cari orang lainlah jaga Hero..Perempuan tu serabutlah.Sakit tau hati ni hari-hari tengok muka dia." Hero mula meluahkan rasa tak puas hatinya tentang Asya kepada Puan Sri Qaseh.

"Apa yang tak kena?Mama tengok elok je si Asya tu jaga Hero.Kalau orang lain yang jaga, entahlah..Tak dan sehari dah cabut rasanya.." Jujur, memang Puan Sri Qaseh pun tak sanggup nak jaga si Hero ni.

Dia punya perangai annoying tu sumpah!memang tak ada siapa boleh tahan.Hanya Asya sorang je yang setakat ini masih boleh bersabar dan bertahan.Baby dengan Mellisa awal-awal lagi dah undur diri.

Haish..

Susah betul nak jaga anak lelaki yang sorang ni, lagi-lagi masa dia tengah sakit ni.Beratus puluh kali ganda annoyingnya..

"Carilah ma.."

"Kalau mama bayar mahal-mahal mesti akan ada orang yang sanggup jaga Hero." Dia dah mula merenget macam anak kecil.

Puan sri Qaseh menjeling tajam."Banyak cantik awak punya muka.Sedap hati je nak suruh mama yang bayar."

"Asya tu bukan setakat jaga Hero je tau, dia siap tolong lagi buat kerja-kerja dekat dalam rumah ni, tapi satu sen pun tak minta upah dari mama.Mana nak cari orang yang baik macam dia tu?"

"Alah!tak payah nak tipulah..Ingat Hero tak tau ke yang tiap-tiap bulan papa dengan mama bagi dia duit."

"Memanglah bagi..Tapi kami bagi ikhlas, bukan sebab dia yang mintak upah tu..Cuba Hero fikir, dengan perangai kamu yang macam budak-budak tadika ni, ada ke orang yang tahan nak jaga?Walau mama bayar puluh ribu sekali pun, mama boleh jamin yang diorang tu takkan sanggup nak jaga Hero macam mana Asya jaga Hero."

Confirm tak dan sehari dah cabut dah.Mau tak cabut, suara si Hero ni asyik memetir je, tak pernahnya nak bercakap elok-elok dengan orang.Terutamanya dengan orang luar.

Sejak sakit tak boleh berjalan ni makin menjadi-jadi angin barannya tu.

Bukan Puan sri Qaseh tak kesian pada Asya, bila hari-hari kena marah, hari-hari kena herdik.Tapi dia rasa ini saja cara yang terbaik untuk buat Hero ingat kembali siapa Asya dan pulihkan semula hubungan mereka.

"Ish!susahlah bercakap dengan mama ni." Bentaknya kemudian berlalu pergi tinggalkan Puan Sri Qaseh.

"Haa..kalau rasa susah sangat bercakap dengan mama ni, pergilah bercakap dengan dinding tu.Tak adalah si dinding tu nak menjawab balik apa yang kamu cakap." Sempat lagi Puan Sri Qaseh menambahkan rasa panas dihati anak lelakinya itu.

****

"Seriuslah korang ni..?Jangan nak buat main-main boleh tak?" Hero masih cuba mengawal kemarahannya, walaupun dalam hati dah membuak-buak nak mengamuk.

"Seriuslah..Kau ingat nak buat ibadah ni benda yang lawak ke?boleh main-main." Tukas Mellisa.Macam biasalah, intonasi suara dia tu memang sangat menyebalkan hati Hero.

"Habis tu,aku ni macam mana kak?Sampai hati korang semua nak pergi haji tinggalkan aku.Korang langsung tak fikir tentang keadaan aku yang tengah sakit ni."Dari perasaan marah kini berubah menjadi sebak.Sedih nak kena tinggal sorang-sorang dekat rumah ni sedangkan mama, papa, Baby dan kak Mell pergi haji.

" Mama dengan papa tak kesian ke dekat anak mama papa ni?Kalau boleh uruskan diri sendiri Hero tak kesah korang nak pergi, tapi cuba korang tengok keadaan Hero ni.Macam ni korang nak tinggalkan Hero?"Serius.Dia memang dah sebak gila.Maklumlah masa tengah sakit ni lah nak kan perhatian lebih dari keluarga.

Bukan mengada-ngada, tapi dia memang perlukan perhatian.Dia tak mampu nak uruskan diri sendiri lagi.Berjalan pun tak betul,tak boleh nak berdiri lama-lama.Tak kuat.Masih perlukan orang untuk tolong uruskan diri ni.

My Love HeroWhere stories live. Discover now