MLH 33

1.7K 88 5
                                    


Mata Hero tak lepas dari merenung gambar-gambar yang di susun rapi dan elok didalam album dihadapannya.

Satu demi satu halaman diselak dan diteliti sungguh-sungguh.Rasa macam tak percaya dengan apa yang sedang dia lihat.Gambar-gambar perkahwinan dirinya dengan Asya..

Apa semua ni?Kenapa aku langsung tak ingat?Kenapa satu pun memori tentang perempuan tu tak ada dalam kepala otak aku ni?

Arghhh!!!

Jenuh dipaksakan diri untuk ingat tentang semuanya, tapi satu pun dia tak boleh ingat.Tak ada satu pun cebisan kenangan tentang Asya yang tertinggal dalam kepala otaknya saat ini.

Kenapa dia boleh terlupa tentang bahagian penting dalam kehidupannya yang satu ini?

Kalau mereka pernah berkahwin tentu Asya adalah salah seorang insan yang terpenting dalam kehidupannya, tapi kenapa dia tak ingat?

Lagi satu hal yang dia tak faham.Kenapa mereka bercerai?

"Ada apa-apa yang kau ingat pasal Asya lepas tengok gambar-gambar tu?" Tanya Mellisa sambil berjalan masuk ke dalam bilik Hero.

Hero sekadar menggeleng perlahan.Dia memang tak ingat apa-apa.Dah puas fikir tapi masih juga tak ingat.Kepala otak ni dah rasa macam nak pecah!

"Tak payahlah paksa diri kau sangat..Nanti lama-lama mesti kau akan ingat pasal korang berdua."

"Aku tahu, kau mesti tengah fikir macam mana korang boleh kahwin, macam mana dan sebab apa korang bercerai..Sabar..Nanti mesti kau akan mula ingat sikit-sikit.Sekarang ni kau dah dapat jawapan kenapa kami beria-ia nak kau kahwin dengan Asya tu semula, kami buat semua ni untuk kebaikan kau.."

Hero meraup wajah dengan kedua-dua belah tangan.Album di atas riba dia letak ke tepi kemudian berbaring merebahkan badan atas tilam.Penat sungguh hari ini.

Bukan penat buat kerja berat-berat, tapi penat kepala otak memikirkan puzzle tentang kehidupan masa lalunya yang berkecamuk ni.

Semua orang tak nak tolong dia selesaikan persoalan ni.Semua orang suruh dia usaha sendiri untuk lengkapkan puzzle ni sampai nampak gambaran penuh apa yang pernah terjadi kepada perkahwinannya dan Asya sebelum ini.

"Sabarlah..Semua persoalan kau tu akan terjawab.Tak payah nak paksa diri sangat.Yang penting kau kena ingat, kami buat semua ni untuk kebaikan kau dan Asya..Kami sayang korang berdua.."

"Sekarang kau dah tahu tentang status diri kau..Duda.So tak payah nak bajet macam teruna sangatlah..Kau tu dah tak suci lagi dah.." Sempat lagi Mellisa buat lawak bodoh.

Hero capai bantal kemudian di campaknya ke muka Mellisa."keluarlah kau!Buat semak kepala otak aku je."

Mengekek-ngekek Mellisa gelak.Suka dia bila dapat sakat Hero.

"Bye..Good night mister duda terlajak laris.."

"Diamlah kau!" Tempik Hero.Sebiji lagi bantal dia campak, tapi kali ini tak kena pada sasaran kerana Mellisa sudah selamat meloloskan diri dari situ.

Bodoh!

****

Asya jadi serba tak kena bila perasan sejak dari melangkah masuk ke dalam rumah ini mata Hero tak lepas-lepas dari memandangnya.

Macam ada sesuatu yang hendak dikatakan oleh lelaki itu, tapi mulutnya terkunci tak bersuara.

Pelik juga bila tengok Hero diam je.Tak memekik dan memekak seperti selalu.Tapi lain pula pe'elnya mulut diam, mata tu tak boleh duduk diam ke?Dari tadi asyik pandang-pandang orang!

My Love HeroWhere stories live. Discover now