MLH 2

3.5K 203 3
                                    

Nasib tak tercabut rahang Asya Aralin sebab nganga mulut terlampau luas, bila dengar apa yang Puan Sri Qaseh sampaikan kepadanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nasib tak tercabut rahang Asya Aralin sebab nganga mulut terlampau luas, bila dengar apa yang Puan Sri Qaseh sampaikan kepadanya.

Dia tundukkan kepala, tak berani nak bertentang mata dengan wanita itu.Wanita yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri selepas uminya meninggal dunia dua tahun lepas akibat kemalangan jalan raya.

Arwah umi Asya sebenarnya merupakan pembantu rumah kepada puan sri Qaseh, dia berkerja di sini sejak Asya dibangku sekolah rendah lagi.Puan sri Qaseh ni baik orangnya.

Lepas umi Asya meninggal dia bawa Asya tinggal di rumah mereka, dan jaga Asya macam anak kandung sendiri, sebab lepas umi meninggal, Asya dah tak ada sesiapa.Ayah kandung Asya pun dah lama meninggal dunia.

"Asya.."

Asya cepat-cepat angkat muka bila namanya diseru Puan Sri Qaseh.

"Ye Puan Sri?" Dia tayang muka blur.Lupa dah apa yang mereka sembangkan tadi.

"Asya setuju tak dengan permintaan saya ni?" Sekali lagi Puan Sri Qaseh ulang pertanyaannya.Dia tahu Asya tentu terkejut bila dengar dia nak jadikan Asya sebagai menantunya.

"Err..Dengar Puan Sri..Saya dengar." Tak pasal-pasal si Asya ni jadi gagap.Menggelabah punya pasal.

Puan Sri Qaseh tarik senyum.Suka pula bila tengok riaksi Asya yang menggelabah tu.

"Saya nak Asya kahwin dengan Hero bukan sebab nak suruh Asya balas jasa kami.Tapi sebab saya memang berkenan sangat dengan Asya." Tutur Puan Sri Qaseh jujur.

"Saya nak Asya jadi sebahagian daripada keluarga ni.Sebab saya sayang sangat pada Asya." Sambungnya lagi.Memang dia sayang sangat pada Asya.Dia dah anggap Asya ni macam anak kandungnya sendiri.

"Saya..Sa..Saya..Tak tau nak cakap mana Puan Sri.Sebab saya muda lagi.Tak pernah terfikir pun nak kahwin, apatah lagi kahwin dengan Tuan Hero tu." Memang dalam kepala otak si Asya ni tak pernah berangan pun nak ada suami macam si Hero tu.

Muka kacak, tapi perangainya Mashaallah..Menyakitkan hati.Berlagaknya mengalahkan anak raja!

Huu..

Seram pulak bila fikir kena jadi isteri kepada lelaki yang berlagak tahap dewa macam si Hero tu.

"Saya dulu pun kahwin muda jugak.Sama umur macam Asya sekarang ni, 18 tahun.Tengoklah.Ok je kan.." Puan Sri Qaseh cuba meyakinkan Asya dengan menjadikan dirinya sebagai contoh.

Memanglah ok, sebab Puan Sri kahwin dengan Tan Sri.Cuba kalau Puan Sri kahwin dengan lelaki yang perangainya macam anak Puan Sri tu, aku rasa tak sampai seminggu kahwin dah bercerai.

"Tapi saya takut Tuan Hero yang tak setuju." Haa..Elok sangat dia gunakan lelaki tu sebagai alasan.

Puan Sri Qaseh macam biasa tayang senyuman manis dia."Saya dengan Tan Sri dah pujuk Hero dan dia pun dah setuju nak kahwin dengan Asya.Sekarang ni saya nak dengar jawapan dari Asya je."Terpaksalah cakap si Hero tu dah setuju, kalau tidak tak mahunya si Asya ni kahwin.

Gulp!

Biar betul mamat tu dah setuju?

Tangan Asya Puan Sri Qaseh gengggam erat."Asya tak percayakan saya ke?"Dia seolah-olah dapat baca apa yang ada dalam kepala otak Asya sekarang ni.

Cepat-cepat Asya menggeleng kepala."Eh! Saya percaya Puan Sri.."

"So, macam mana?" Tak sabar dia nak dengar jawapan dari mulut Asya, yang menyatakan dirinya setuju.

Serba salah Asya dibuatnya.Puan Sri Qaseh ni memang sungguh-sungguh nak dia kahwin dengan si Hero tu.

"Asya jangan risau..Walaupun dah kahwin, Asya tetap boleh sambung belajar.Saya izinkan.Asya bagi tau je nak belajar dekat mana, semuanya saya tanggung.Dalam negara?Luar negara?Mana-mana pun boleh." Bersemangat betul Puan Sri Qaseh meyakinkan si Asya ni.

Dia memang tak kesah pun lepas kahwin Asya nak sambung belajar, semuanya akan ditanggung.Kalau tak nak kahwin pun dia akan tanggung, tapi kalau boleh dia harap sangat Asya setuju kahwin dengan Hero.

"Boleh bagi saya masa untuk fikirkan dulu?" Takut-takut je Asya minta izin.

Puan Sri Qaseh mengangguk lemah.Dia terpaksa bersetuju dengan permintaan Asya tu walaupun dalam hati kalau boleh dia nak Asya terus katakan ya, mahu berkahwin dengan Hero.

~~~~

"Aku pun ni kahwin muda jugak.Elok je.Apa la yang kau nak takutkan sangat." Bahu Hero, Zill tampar lembut.Lucu pulak bila tengok muka sepupu dia yang macam ayam berak kapur ni.

"Kau lain.."

"Apa yang lainnya?Kita sebayakan.." Zill segera mencelah.

"Memanglah sebaya..Tapi kau kahwin dengan Husna tu sebab kau sayang pada dia.Aku ni langsung tak ada hati tau dengan anak orang gaji tu." Serabut la bila sebut pasal hal ni.

"Kau silap..Aku kahwin dengan Husna tu bukan sebab sayang, tapi sebab terpaksa jugak.Nak selamatkan maruah keluarga aku.Lama-lama barulah perasaan sayang tu yang hadir."Bila bercakap pasal nikah kahwin ni, buatkan Zill teringat macam mana kisahnya sampai dia boleh kahwin dengan Husna.Tanpa sedar dia ukir senyum.

Hero tarik muka masam.Boleh pulak si Zill ni sengeh-sengeh.Aku tengah serabut, dia nak buat throwback pasal perkahwinan diorang pulak.

" Kau nak selamatkan maruah keluarga kau, tapi aku ni sebab nak pergi belajar ke France je pun, sampai nak kena kahwin bagai.Dengan anak orang gaji pulak tu."Haish! Macam dah tak ada orang lain yang mama dan papa dia nak buat menantu.Anak orang gaji jugak yang dipilih.

Papp!

Bahu Hero, Zill tampar kuat."kau ni!Tak baik cakap macam tu.Sebab dia anak orang gaji so tak layaklah kahwin dengan kau?"

"Bukan macam tu..'

" Dah tu macam mana?Tak baik kau pandang rendah pada dia.Walau pun dia tu anak orang gaji je boleh jadi perangai dia lagi baik dari anak orang kaya macam kau ni."Setempek Zill bagi dekat muka Hero.Bukan niat nak sakitkan hati sepupu dia yang sorang ni, tapi sekadar nak menyedarkan.

"Kita hidup atas muka bumi ni Allah tak pandang darjat tau.Yang Allah pandang, nih dalam ni." Ujar Zill sambil jari telunjuknya dia tunjal-tunjal ke dada Hero.

"Kau fikirlah baik-baik.Mana ada parent yang nak tengok masa depan anak diorang musnah.Semuanya nak yang terbaik untuk anak-anak diorang.Samalah dengan parent kau." Sebagai seorang sepupu yang paling rapat dan sebaya dengan Hero, hanya nasihat-nasihat yang macam ni saja dapat Zill berikan pada Hero.Selebihnya terpulanglah pada lelaki itu sendiri.




🐝🐝🐝

Please vote, comment dan teruskan mengikuti kisah cinta diantara Hero dan Asya😘

My Love HeroWhere stories live. Discover now