MLH 8

2.8K 160 0
                                    


Tekun Asya pasang telinga, dengar apa yang Hero ceritakan pada dirinya.Tak sangka itulah sebabnya Hero sampai sanggup kahwin dengan dia.

Sebab nak ke France ikut buah hati rupanya.Kiranya aku ni dah jadi orang ketigalah ni dalam kisah percintaan dia?

"Kenapa awak cerita semua ni pada saya?" Masa Hero tengah cakap-cakap sempat lagi Asya potong.Dia nak tahu sangat kenapa Hero sampai berani buka rahsia sendiri.

Kepala yang tidak gatal Hero garu.Sambil dalam otak mencari ayat yang sesuai untuk diterangkan pada Asya, kenapa dia ceritakan semua ini pada gadis itu.

"Err..Sebab aku nak kau tau semua ni dari mulut aku sendiri.Aku tak nak kau dengar dari orang lain."

"Orang lain tu siapa?"

"Kak Mell."

"Dia dah tau pasal aku dengan Izzel."

"Oh."

Buat sementara suasana jadi hening seketika.

Asya tak tahu hendak cakap apa lagi.Mungkin sebab terlalu terkejut dengan berita yang tiba-tiba ni, buat otaknya jadi blur sekejap.

Bila tengok air muka Asya tu, Hero dapat rasa yang Asya kecewa dengan apa yang dia ceritakan tadi.Bukan niat dia nak sakitkan hati Asya.Tapi semuanya dah terjadi macam ni.Apa lagi yang boleh dia buat selain daripada berterus terang.

Sebelum semuanya menjadi lebih sukar, lebih baik dia bagi tahu Asya sekarang.

Memanglah semua ni hanya akan buat Asya kecewa.Tapi ini lebih baik dari sorokkan semuanya.Nanti kalau disimpan lama-lama, Asya tentu akan lebih kecewa dari sekarang.

"Aku dengan Izzel dah kenal dua tahun."

"Bulan lepas, family dia pindah ke France dan menetap dekat sana.Sebab tu aku ambil keputusan nak pergi sana.Aku nak dekat dengan dia."

Akhrinya Hero putuskan untuk bercerita kisah dia dan Izzel pada Asya, bila dia lihat gadis itu hanya diam seribu bahasa.

"Kami baru nak mula bercinta, tiba-tiba je semua ni berlaku.Sebab itu aku nak pergi sana.Aku tak nak hubungan yang baru nak mula ni terputus macam tu je.Aku sayang sangat pada dia."

Perkataan sayang tu, buat rasa sebak tiba-tiba menyerang Asya.Dia rasa nak nangis, tapi ditahan saja.Dia tak nak nampak lemah di depan Hero.

Asya sendiri tak tahu kenapa dia perlu rasa sedih sedangkan dari awal perkahwinan ni dia memang tak ada apa-apa perasaan pun pada Hero.

Kenapa aku rasa macam ni?

"Aku nak kau rahsiakan semua ni dari pengetahuan mama dan papa.Diorang belum tau lagi pasal Izzel." Pesan Hero.

Kalau ikutkan ego dia yang tinggi melangit tu, memang tak lah dia nak merayu pada Asya ni.Tapi disebabkan terpaksa, dia rendahkan juga egonya.

"Aku mintak tolong sangat-sangat pada kau supaya rahsiakan semua ni sampailah aku habis belajar nanti."

"Lepas tu apa akan jadi?" Entah dari mana datangnya kekuatan itu hingga Asya berani buka mulut bertanya.

Ye.Dia nak tahu sangat, lepas tempoh lima tahun Hero disana, selepas itu apa akan jadi pada mereka bertiga.

Hero renung Asya, lama.Wajah yang menunduk itu buatkan dia rasa bersalah untuk nyatakan segala perancangan yang sudah di fikirkan.

Huhh..

Tapi Hero kena bagi tahu juga sebab Asya sendiri sudah bertanya.Dia tak boleh nak lembut hati sangat dengan Si Asya ni.

"Lepas lima tahun tu, aku akan kahwin dengan Izzel."

Asya gigit bibir, tahan sebak yang semakin menyucuk hati.

Kahwin dengan Izzel?

Semudah itu?

"Pasal kau, terpulanglah.Aku tak kesah kalau kau still nak teruskan perkahwinan ni.Nak tamatkan pun tak apa.Semuanya terpulang pada kau sendiri."

Huh!senangnya dia bagi jawapan.Semudah itu dia letakkan pilihan pada aku?

"Tentang Izzel, nanti aku terang semuanya pada dia.Aku yakin, Izzel akan faham."

Dah tak mampu untuk dengar semuanya lagi, membuatkan Asya berlalu pergi.Dia masuk ke dalam kamar mandi, dan mengunci diri.

Bukan mudah untuk dia terima semua ni.Baru seminggu usia perkahwinan mereka, dia sudah dapat tahu si suami ada perempuan lain.Kau rasa?

Hancur lebur hati Asya dibuatnya.Dalam usia yang masih muda dia berkahwin dan dalam usia yang masih muda juga dia di duakan oleh suami sendiri.Drama apakah yang sedang dimainkan dalam kehidupannya ini?

~~~~

Papp!papp!papp!

"Sakitlah kak!" Jerit Hero pada Mellisa.

"Padan muka kau!" Huarghh puas hati Mellisa bila dapat lepas geram pada si Hero ni.

Tapi tu pun rasa macam tak cukup lagi.Kalau boleh dia nak kerjakan si Hero ni sampai lunyai.

"Kau ni gila.."

Sakit-sakit badan aku kena tibai dengan Mellisa ni.Badan je kecik tapi dia punya ganas tu mengalahkan jantan.

"Eh!tu baru sikit tau, kalau ikutkan kepala otak aku yang gila ni, lagi teruk daripada ni kau kena."

"Yang kau nak marah sangat ni kenapa?Si Asya tu ok je, kau pulak yang lebih-lebih."

Asya pun tak ada mengamuk macam ni bila dia berterus terang tentang Izzel.Mellisa ni pulak yang over.

Mellisa naik hantu bila dapat tahu Hero dah ceritakan semuanya pada Asya tentang hubungan dia dengan si Izzel tu.

Manalah Mellisa tak sakit hati, boleh pulak Hero ni cakap dia nak kahwin dengan Izzel tu pada Asya.Kesian si Asya tu.

"Aku ni perempuan, aku tau lah dia ok ke tak ok.Cuma dia tak tunjuk pada kau je.Mana ada perempuan yang suka kalau suami dia ada orang lain.Kenalah otak kau ni bingai sangat!"

Senang-senang je cakap nak kahwin dengan perempuan lain, padahal dia kahwin dengan Asya baru seminggu.

"Aku terus terang sebab aku tak nak dia makin bertambah sakit hati kalau dapat tau semua ni dikemudian hari.Kan elok bagi tau sekarang sebelum semuanya terlambat."

Hero tak nak simpan semua rahsia pasal Izzel daripada Asya.Sebagai seorang isteri, Hero rasa Asya patut tahu tentang semua ni.Siapa yang tak sakit hati kan..Tapi kena terimalah dengan hati yang terbuka.

"Senang je kau bercakap.Esok kau dah nak pergi France, lepas tu apa akan jadi pada Asya!?Hidup dia macam perempuan yang digantung tak bertali tau."

Tak boleh nak bayangkan macam mana kalau Mellisa sendiri berada ditempat Asya.Dahlah muda lagi, perjalanan hidup masa panjang, tapi terpaksa jalani kehidupan sebagai seorang isteri tanpa kerelaan.

"Aku tahulah nak tunaikan tanggungjawab aku sebagai suami.Selagi dia tu masih isteri aku, aku tak akan abaikan dia."

Hero tidaklah sekejam mana sampai sanggup abaikan Asya.Dia masih sedar, ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan kepada isterinya itu.

Selagi Asya masih bergelar isteri kepada dirinya dia akan pastikan kebajikan Asya terjamin.

"You better keep your promise ye Hero.Kalau tidak aku sendiri yang akan bagi tau pada mama dan papa yang kau dah buat pada Asya."

Mellisa sungguh-sungguh dengan kata-katanya.Walaupun Hero ni adik kandung dia,tapi dia tetap tak akan berdiam diri kalau Hero tidak menunaikan janjinya dan lukakan perasaan Asya.

"Ye aku janji.."



🐝🐝🐝

Please vote, comment dan teruskan mengikuti kisah percintaan diantara Hero dan Asya😘

My Love HeroWhere stories live. Discover now