MLH 23

2.7K 147 6
                                    


Dari birai katil Asya perhatikan sahaja gelagat Hero.Lelaki itu tanggalkan pakaian, tidak berbaju dan hanya berseluar pendek saja.

Pelik juga Asya tengok, tapi dia diam je.Takut nak tegur bila tengok muka si suami yang masih lagi mencuka.

Lepas ganti pakaian Hero datang dekat Asya.Terkedip-kedip mata wanita itu melihatkan tubuh sasanya yang tak berbaju tu.

Dia tahu Asya rasa malu.Huhh!macamlah tak biasa tengok.

Hero angkat dan cempung tubuh Asya bawa masuk ke dalam bilik mandi.Terjerit kecil wanita itu sewaktu mula-mula diangkat tadi.

Masuk dalam bilik mandi, dia letakkan Asya ke dalam bathtub.

"Buka baju tu." Arahnya.Dia berdiri sambil cekak pinggang ditepi bathtub.

Bila dengar si suami cakap macam tu, membutanglah mata Asya.Malu!

Terang benderang macam ni Hero suruh dia buka baju.

Asya menggeleng laju."Tak nak.."

Muka Hero kembali berkerut-kerut, menahan geram bila arahannya dibantah.

"Dah tu, tak kan nak mandi sekali dengan baju ni!?" Nak bagi mandi pun susah.Dengan suami sendiri pun nak malu lagi.

"Biar saya mandi sendirilah, awak keluar." Takut-takut sebenarnya Asya nak suruh Hero keluar, disebabkan rasa malu yang menebal dia beranikan juga diri.

Hero ketap bibir.Ish!Dia ni..

"Kau tu sakit, takkanlah dalam bilik mandi macam ni aku nak terkam kau.Bukak jelah baju tu, aku nak mandikan.." Kira dah habis lembut dah dia pujuk si Asya ni.

Asya silang kedua-dua belah tangan ke dada."Tak nak..Malu.."sumpah dia malu.Ini bukan sebab nak buat perangai mengada-ngada.Tapi memang tak pernah lagi dia dengan sengaja buka atau dedahkan badannya kepada Hero dalam keadaan terang begini.

Kepala yang tidak gatal Hero garu.Susah betul dapat isteri yang pemalu macam si Asya ni.

"Iye, tau kau malu..Tapi aku ni kan suami kau.Dari atas sampai bawah aku dah tengoklah Asya.."

Mulalah makin merah muka Asya bila dengar Hero cakap macam tu.Bilik mandi yang sejuk ni pun tiba-tiba terasa panas.Arghh!Tak payahlah cakap macam tu.

"Cepatlah Sya..Dah berapa lama aku tunggu ni.Hari pun dah nak maghrib ni."

"Atau kau nak aku suruh mama yang mandikan kau?" Pertanyaan Hero tu sebenarnya lebih kepada ugutan sebenarnya.

Asya geleng kepala lagi.Dengan Puan Sri Qaseh pun dia malu jugak, walaupun sesama perempuan.

"Tak payahlah..Saya boleh mandi sendiri.."

Penat berdiri akhirnya Hero duduk ditepi bathtub."Kau tu sakit..Kalau terjatuh lagi macam mana?"

"Tak payahlah nak malu sangat..Aku ni kan suami kau.Kalau orang lelaki lain boleh pegang-pegang kau, takkan aku sebagai suami ni tak boleh?" Dia dah mula mengungkit dan buat ayat berjauh hati.

Mulalah berair mata Asya.Dia rasa makin bersalah bila dengar Hero cakap macam tu.

Patut ke dia buang semua rasa malu ni, dan hilangkan segala prasangka dihati si suami?

Asya sudah mula berperang dengan perasaan sendiri.Susah sebenarnya nak buang rasa malu ni, walaupun dengan suami sendiri.Yelah, dia dengan Hero memang dah lama kahwin.Tapi baru hampir sebulan ni mereka betul-betul macam suami isteri sebenar.

Tarik nafas..Lepas..Tarik nafas..Lepas..

You can do it Asya!

You can do it!

My Love HeroWhere stories live. Discover now