MLH 36

1.8K 77 0
                                    


Amnesia ni merupakan sejenis penyakit berkaitan dengan ingatan.. Alah, senang cerita samalah dengan penyakit nyanyok dan hilang ingatan tuh.. Punca penyakit ni pula adalah disebabkan berlakunya kerosakan pada struktur otak.. Alah yang korang selalu sebut "wayar short" tuh..

Biasanya penyakit ni terjadi akibat daripada dua faktor. Faktor-faktor tersebut adalah faktor dalaman dan luaran seperti trauma akibat kejadian lampau, kecederaan di kepala, strok dan sebagainya yang melibatkan kepala..

1. Amnesia Anterograde

Kebiasaannya mangsa tidak akan mengingati peristiwa yang berlaku pada dirinya selepas tragedy, trauma atau penyebab berlakunya amnesia. Lebih teruk lagi dan yang paling kesian, mangsa tidak boleh dan tidak akan mengingati informasi yang baru yang baru diterimanya.

2. Amnesia Retrograde

Mangsa dari amnesia ini pula tidak dapat mengingati peristiwa sebelum berlakunya tragedy trauma, penyebab kepada amnesia dan lain-lain.

3. Amnesia Emosi

Memori hilang disebabkan trauma berkaitan psikologi. Kebiasaannya ianya bersifat sementara.

4. Amnesia Lacunar

Tidak dapat mengingati sesuatu peristiwa (specific)

5. Amnesia Trauma

Kebiasaannya terjadi disebabkan berlaku hentakan di kepala. Hilang kesedaran diri dan mungkin boleh koma untuk seketika. Jenis trauma inilah yang paling teruk sekali. Masyaallah, jauhkanlah ia dari diriku, setiap insan yang bernama ahli keluargaku dan rakan-rakanku.. Ameen..

6. Amnesia Hystorical

Keliru dengan identity sendiri.. Payah ni..

Jadi kes Hero ni boleh dikategorikan sebagai amnesia emosi lah kan..Dia ingat tentang beberapa perkara, tapi ada sesetangah perkara tu dia lupa.

Alah ingat tak cerita korea yang Lee min ho berlakon dulu-dulu tu, yang dia lupa pada kekasih dia tu.Haa..Si Hero ni lebih kurang gitulah..

Nak terangkan lebih-lebih pun sis tak pandai sangat hihihi...

****

Nik:Aralin saya nk jumpa dgn awk boleh?

Nik:Ara,knp bluetick je?

Nik:Ara..Please..Sy nk jumpa sekejap je.Sy ada benda nk bg tau awak..

Nik:Ara..sy dh lama suka pd awk.Sejak dr zmn kita bljr lagi.Please bg sy peluang utk mengenali diri awk dgn lebih rapat.Sy nk kita jd lebih dr berkwn biasa..

Nik:sy ikhlas sukakn awk..Dah lama sy simpan perasaan ni.Sy hrp awk boleh pertimbangkan..

Nik:Ara..Please..balaslah..Sy tunggu jwpn dr awk..

"Kenapa kau tak balas?Jawablah..Dia tanya kau kan.." Henfon di tangan Hero serahkan kembali pada Asya.Kalau ikutkan hatinya panas ni mau saja di hempaskan henfon tu ke lantai.Biar retak seribu.

Sejurus berkata begitu Hero terus berlalu pergi dari situ.Bersusah payah dia menggerakkan kerusi rodanya sendiri.

Asya tepuk dahi.Ingatkan dah boleh tarik nafas lega rupanya ada lagi bala.Dia segera mengekori Hero ke ruang tamu.

"Awak..Janganlah marah-marah, dengar dulu apa yang saya nak cakap ni.."

"Kau nak cakap apa?Dah terang-terang jantan tu cakap dia suka pada kau.Kenapa kau tak balas?Cakaplah yang kau pun suka pada dia.." Tukas Hero tanpa langsung memandang wajah Asya yang sedang berdiri tegak dihadapannya.

"Ya Allah..Kenapa pulak nak cakap suka sedangkan saya langsung tak ada hati dan perasaan pun pada dia."

"Awak janganlah macam ni..Dengarlah dulu apa yang saya nak cakap ni.."

"Kau nak cakap apa lagi.Memang sah-sah kau mesej dengan jantan tu di belakang aku kan..Tak payah nak berdalihlah Asya.."

Mashaallah..

Susahnya nak berkomunikasi dengan orang yang tengah marah ni..

"Awak tengok betul-betul mesej ni.Dah lama lah..Sebelum kita kahwin kelmarin.." Dia tayang skrin henfon betul-betul dihadapan muka Hero, sampai macam nak juling mata lelaki itu dibuatnya.

"Tengok betul-betul, bila tarikh mesej yang Nik hantar pada saya ni..Tiga bulan yang lepaskan..Sebelum awak kemalangan.Tapi saya tak balas pun mesej-mesej dia tu."

Hero diam.Hanya matanya sahaja yang terkebil-kebil merenung pada skrin henfon yang masih menyala.

"Janganlah tuduh saya yang bukan-bukan..Kalau betul saya ada hati pada Nik, dah lama saya bagi peluang pada dia.Tapi sumpah demi Allah, dalam hati ni tak sedikit pun perasaan pada dia."

Asya melabuhkan duduk di atas sofa bersebelahan kerusi roda Hero.sebelah tangan lelaki itu dia genggam dan sebelah lagi tangannya diletak pada pipi Hero, memaksa lelaki itu berpaling dan menatap wajahnya.

"Dalam hati saya ni cuma ada awak sorang je.Dari awal-awal perkahwinan kita yang pertama sampailah ke hari ni."Tuturnya jujur.

Memang dari dulu sampailah sekarang perasaan Asya pada Hero tak pernah berubah.

Sewaktu mereka bercerai dahulu, memanglah kehidupan Asya nampak normal, nampak macam dia tak terkesan langsung dengan penceraian tu, tapi hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Tiap-tiap malam dia menangis, tiap-tiap malam duk tengok gambar-gambar dan video semasa hari perkahwinan mereka.Tapi bila didepan semua orang, Asya pura-pura kuat.Buat macam tak kesah dengan apa yang berlaku.Dia berlakon kononnya happy dengan penceraian mereka.

Bila Hero menyatakan hasrat untuk menikah lagi sekali dengan dirinya, waktu itu Allah je yang tahu betapa gembiranya perasaan Asya.

Dia rasa bersyukur sangat kerana Allah masih memberikan mereka berdua peluang sekali lagi untuk bersatu.

" Tapikan aku dah kecewakan kau dulu?"

Hero memang tak ingat apa-apa, namun bila mendengar cerita serba sedikit dari semua orang dan dari mulut Asya sendiri, tentang bagaimana penceraian mereka boleh berlaku, dia dapat merasakan dirinya teramat bersalah pada wanita itu.

"Ye.."

"Tapi saya dah lupakan semua tu, saya nak beri peluang kedua pada awak.Kita lupakan apa yang dah terjadi dulu, dan kita bina semula hidup baru."

"Anggap sahaja semua yang berlaku sebagai ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana kekuatan cinta kita." Sedaya upaya Asya berusaha meyakinkan Hero.Dia nak Hero lupakan perasaan bersalah yang ada dihati lelaki itu, dan menyambung semula kisah cinta mereka yang terhenti separuh jalan tu.

Lagi pun kebenaran telah tersingkap.Apa yang berlaku dulu tidaklah seperti yang dia sangkakan.

Semua yang terjadi adalah fitnah semata-mata.Izzel tergamak mereka cerita kononnya anak didalam kandungannya itu adalah anak kepada Hero.Padahal bayi yang dikandungnya langsung tiada pertalian darah dengan lelaki itu.

"Betul kau dah maafkan aku?"

Titisan jernih yang membasahi pipi Hero, Asya seka dengan jari."Ya..Saya dah lama maafkan awak.."






🐝🐝🐝

Please vote, comment dan teruskan mengikuti perkembangan kisah percintaan di antara Hero dan Asya..

My Love HeroWhere stories live. Discover now