MLH 29

3.6K 195 36
                                    


Mellisa senyum lebar, bila tengok kelibat Hero dibutik pakaiannya.Dia boleh agak apa tujuan kedatangan adik lelakinya itu ke sini.

Tanpa menyapa Hero, dia terus sahaja melangkah masuk ke dalam ofisnya.Saja buat-buat tak perasankan Hero disitu sedang menantinya.

Hero mengekori langkah Mellisa, masuk ke dalam ruang pejabat kakak sulungnya.Dia dah faham sangat dengan perangai Mellisa tu, sengaja buat-buat tak nampak dia sedang menanti kedatangan wanita itu di luar tadi.

Kening Mellisa terangkat sebaik sahaja bertembung mata dengan Hero."kenapa kau datang sini?"

Tanpa dijemput, Hero terus sahaja melabuhkan duduk atas kerusi dihadapan meja kerja Mellisa.

Kalau nak tunggu Mellisa yang suruh dia duduk, memang tak lah..Kakak dia ni mana reti nak hormat tetamu.Sempat lagi dia mengutuk Mellisa didalam hati.

"Sajalah aku datang nak jumpa kau..Semalam kau melawat aku, hari ni giliran aku pulak melawat kau." Ujar Hero sambil matanya meliar merenung segenap ruang pejabat Mellisa.

Ofis ni tak besar mana, sedang-sedang je.Lagi besar ofis dia di syarikat papa.Tapi boleh tahanlah dekorasinya, tampak elegen, memang sesuai sangatlah dengan personaliti wanita berusia lingkungan 30an macam si Mellisa ni.Kali ini sempat pula dia memberikan komen mengenai dekorasi ruangan ofis kakaknya ini.

"Saja nak melawat aku, atau kau ada tujuan lain?" Dia dah boleh hidu dah apa sebenarnya maksud kedatangan si Hero ni.

Kalau kata saja-saja datang nak melawat butiknya ini, memang buang tebiatlah adik lelaki dia yang sorang ni.Dah dekat lima tahun Mellisa buka butik ni, dalam tempoh masa tu, boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja Hero pernah datang ke sini.

Hero mengeluh kecil.Dengan si Mellisa ni, memang tak perlu dia sorokkan apa-apa, sebab kakak dia ni memang ada satu kuasa yang boleh membaca fikirannya.Tahu saja apa yang ada dalam kepala otak dia.

"Kau bagi nombor telefon siapa pada aku semalam?" Senang cerita, baik dia terus tanya.Tapi sengaja dia buat-buat tak tahu siapa pemilik nombor tu.

"Kau tak call dia?" Mellisa seperti termakan umpan yang Hero taburkan.

Hero geleng kepala."Tak.Dah aku tak tahu itu nombor siapa, buat apa aku call."

Mellisa sudah bercekak pinggang.Geram dengan si Hero ni."call jelah..Apa yang susah sangat?"soalnya tidak puas hati.

Hero masih lagi tayang muka selamba.Muka yang konon-kononnya tak berminat nak tahu siapa si pemilik nombor tu.

"Nak buat apa aku call kalau aku sendiri tak tahu siapa orang tu?Yang kau beria-ia sangat suruh aku call tu kenapa?penting sangat ke orang tu?"

"Pentinglah!"

"Apa yang pentingnya?penting pada siapa, kau atau aku?"

"Pada kaulah.." Tak faham Mellisa, apalah bengap sangat adik dia ni.

Puas dia tebalkan muka minta nombor telefon tu sebab nak tolong si Hero ni, tapi sudahnya jantan ni tak call pun nombor tu.

"Pada aku?Kenapa pulak penting pada aku?sedangkan aku pun tak tahu siapa orang tu."Hero masih mahu main teka-teki dengan Mellisa.Dia mahu dengar dari mulut kakaknya sendiri tentang siapa pemilik nombor tu.

Bukan apa, dia takut tekaannya salah.Dia takut untuk terlalu berharap.Boleh jadi dia salah dengar semalam.

" Ee..Tu nombor Asyalah!"Mellisa ketap bibir bila sedar dirinya sudah terlepas cakap.

Kalau boleh dia tak nak bagi tahu pada Hero.Dia nak biar Hero yang cari tahu sendiri siapa pemilil nombor tu.Tapi sudahnya ini pula yang berlaku.

Hero senyum senget.Lega.Bermakna dia tak salah dengar semalam.

My Love HeroWhere stories live. Discover now