MLH 16

2.8K 157 3
                                    


Pelik Asya tengok kelakuan Hero satu hari ni, macam ada yang tak kena je.Bila dia tanya sepatah, sepatah lah jawabnya.

Sejak balik dari jumpa Zill pagi tadi asyik berguling atas katil je.Ajak makan pun tak nak.Katanya tak ada selera.

Asya nak tanya lebih-lebih pun tak berani, takut kena maki pulak nanti.Angin si Hero ni kadang tak menentu jugak.

"Asya.."

Asya segera menoleh, bila namanya dipanggil oleh Hero.Mendayu-dayu je cara dia panggil tu.Bunyi manja sangat!

Tanpa menyahut, Asya terus menuju ke katil dan melabuhkan duduk.

"Kenapa, nak makan?"

Hero menggeleng lemah.Dari hujung sebelah sana dia bergolek hingga ke hujung sebelah sini, dekat dengan tempat Asya duduk.

Haish..

Dah besar panjang pun perangai masih macam budak-budak.

"Dah tu nak apa?"

"Nak anak."

"Apa!?"

"Err..Ni perut aku ni rasa senak." Dalih Hero.Takut pulak dia bila dengar suara Asya yang ternaik satu oktaf tu.

"Oo..Kejap, saya ambil minyak urutkan perut awak tu."

Bodohnya kau ni..Tak pasal-pasal kena urut.

Beberapa minit kemudian Asya datang kembali bersama sebotol minyak angin di tangan.

"Baringlah elok-elok." arahnya pada Hero.

Mahu tak mahu terpaksa jugalah Hero turutkan.Sudah mulut dia sendiri yang terlanjur menipu.Hadap jelah.

Baju t-shirt yang dipakai oleh Hero Asya selak sehingga menampakkan perut lelaki itu.

Tiba-tiba je pipi Asya rasa panas bila tengok six pack Hero yang sudah terdedah tu.

Bukan dia tak pernah tengok, tapi tah lah, tak tahu kenapa mesti rasa malu lagi.

Hero keraskan bahagian abdomen nya bila mana tangan lembut Asya sudah mendarat di situ.Geli!

Terpaksa jugalah dia tahan, bila tengok Asya sungguh-sungguh urut perut dia yang konon-kononnya senak tu.

"Awak makan apa tadi sampai sakit perut ni?"

"Pasta."

"Pasta?"

Hero mengangguk.Kedua-dua belah tangan dia letak dibelakang kepala.Santai saja gayanya.

"Pagi-pagi dah makan pasta.Makanlah benda lain.Nasi ke mee goreng ke." Bebel Asya.Nampak sangat tekak suaminya tekak mat salleh.Mungkin sebab dah terbiasa makan begitu masa duduk France dulu kot.

"Itu je yang tekak aku ni selera makan.Nasi tak lalu lah.Lagipun sama jelah kan nasi dengan pasta, karbohidrat jugak."

"Memanglah sama.Tapikan kuah dia tu masam.Pagi-pagi makan benda masam memanglah sakit perut." Asya masih belum berhenti membebel.Bukan apa, risaulah dia tengok keadaan si Hero ni.

Hero senyum.Terharu dengan keperhatinan yang ditunjukkan oleh isterinya.Tapi kalau Asya tahu dia menipu pasal sakit perut ni tentu dia kena marah.

"Yelah..yelah..Lepas ni aku tak makan dah pasta tu."

"Bukan saya tak bagi makan, cuma janganlah makan waktu pagi-pagi."

"Iye..Aku faham."

Hero alihkan tangan Asya dari perutnya kemudian dia bangun dari pembaringan.

My Love HeroWhere stories live. Discover now