MLH 6

2.7K 167 0
                                    


Dekat setengah jam jugaklah Asya duduk dalam farmasi tu.Dia buat-buat sibuk tengok barang-barang yang ada.Padahal tujuannya cuma nak beli satu barang je.

Sebenarnya dia nak tunggu line clear dulu.Ramai sangat orang dalam farmasi ni.Segan dibuatnya nak ke kaunter mintak ubat yang Hero suruh dia beli.

Si Hero tu pun satu, ada ke patut dia suruh aku?Belilah sendiri.Ish!

Bila tengok pelanggan lain dah beransur kurang, Asya segera ke kaunter.

"Kak.Saya nak beli ubat ni." Asya cakap dalam nada berbisik, sambil tunjuk gambar pada skrin henfon.Gambar tu Hero yang bagi pada dia.

Lain macam je akak tu tengok muka Asya.Cara dia pandang Asya, macam Asya ada buat salah je.

"Untuk siapa ubat ni?" Kerek je cara akak tu tanya.

Asya garu kepala."Untuk saya lah."

Bila dengar Asya cakap untuk diri sendiri, akak tu pergi dekat kawan dia.Lepas tu diorang berbisik sesama sendiri.

Asya dah agak dah.Mesti akan ada masalahnya kalau dia nak beli ubat ni.

Ini semua si Hero tu punya pasal.Dah berani buat tak berani pulak nak bertanggungjawab.

"Kau masuk dalam beli ubat ni." Arah Hero pada Asya sewaktu mereka didalam kereta.

"Ubat apa ni?Awak sakit ke?" Pelik pulak.Tiba-tiba suruh beli ubat.Takkan sakit.Selama hari ni aku tengok elok je.

"Bukan untuk aku.Ni untuk kau."

Bertambah kerut dahi Asya dibuatnya.Untuk aku?

"Saya mana ada sakit apa-apa."

Belakang kepala yang tidak gatal, Hero garu kasar.Susah betul bercakap dengan perempuan ni.Banyak tanya!

"Ubat ni untuk kau makan, supaya nanti kau tak mengandung.Morning after pills, tak pernah dengar ke?dekat sekolah kau tak belajar?" Sembur Hero.Dia memang pantang kalau orang banyak tanya ni.

Muka Asya bertukar merah.Pipinya terasa panas.Malu!

"Yang kau pegang perut kau tu kenapa?Cepatlah pergi beli!"

Cepat-cepat Asya alihkan tangan dari perut.Tak sedar pulak tanganya sudah automatik mendarat disitu.

"Adik ni dah kahwin ke?"

Lamunan Asya mati.Dia angkat muka dan renung dua orang wanita dihadapannya ini.

"Dah kak."

"Kalau dah, tunjuk kad nikah."

Mak ai!Garang gila cara akak ni bercakap.Dia ingat aku buat sex haram ke apa?

"Saya baru semalam nikah kak.Kad nikah belum siap." Jujur Asya beri jawapan.

Baru semalam nikah, mana siap lagi kad nikahnya.

"Betul ke ni?Awak jangan nak menipu kami." Akak yang sorang lagi pulak menyampuk.Cara dia pandang Asya tu memang menyakitkan hati.

Eh!Muka innoncent macam aku ni dia kata menipu?

"Betullah kak.Buat apa saya nak menipu pulak.Tengok ni, inai saya merah lagi ni." Dia tayang sepuluh jari pada dua orang akak tu.

Sorang mencebik.Sorang pulak buat gaya nak termuntah.

"Dik.Orang sekarang ni, ramai je yang belum kahwin tapi dah berinai.Awak ingat kami nak percaya setakat awak tunjuk inai awak tu?"

Wah..wah..Akak ni..Aku nak beli ubat, dia nak ajak aku bergaduh pulak.Susah betullah!

"Kami tak nak bersubahat.Berdosa tau jual ubat ni pada orang yang belum kahwin macam awak ni." Sorang lagi pulak bersuara.

Asya julingkan mata ke atas.Penat dah bersoal jawab dengan dua orang akak ni.

Tahulah diorang tak nak buat jahat, tapi ada ke muka aku ni macam budak-budak yang dah terlanjur?

Aku ni memanglah dah terlanjur, tapi terlanjur dengan suami sendiri..Macam ni la agaknya situasi pasangan-pasangan muda yang dah berkahwin terpaksa hadapi.Mentaliti masyarakat yang suka judge orang.

"Kejap ye kak.Saya call suami saya, suruh dia masuk dalam." Terpaksa jugalah Asya suruh Hero masuk dalam farmasi ni.

"Hoi!kau berkampung ke apa dekat dalam tu!?"

Belum sempat Asya nak cakap apa-apa, Hero sudah memekik di hujung talian.

Boleh cair taik telinga aku dibuatnya.

"Akak ni tak bagi saya beli.Awak masuk lah dalam, diorang tak percaya saya dah kahwin."

Tutt..tutt..tutt..

Terus Hero matikan talian.

Haish!Mamat ni..

Beberapa minit kemudian barulah Hero masuk ke dalam.Macam biasalah, muka dia, kelat!Kalau satu lori gula tumpah atas muka dia tu pun, belum tentu boleh manis.

"Apasal lambat sangat?Nak beli ubat pun susah ke?Dah lah dekat luar tu payah nak dapat tempat parking.Terpaksa aku parking kereta dekat belakang bangunan ni."

Macam biasalah.Nampak je muka Asya, mulalah si Hero ni membebel.Nasib baik suara dia masih terkawal, tak kuat macam selalu tu.

"Awak ni suami dia ke?" Tanya akak tadi.Kali ni bukan main sopan lagi cara dia bercakap, tak macam bercakap dengan Asya tadi.Cis!

"Yes.Saya suami dia." sengaja Hero tarik rapat tubuh Asya.Elok je tangan dia mendarat dipinggang Asya.

"Betul ke korang ni dah kahwin?'Akak yang sorang lagi pulak menyampuk.Bukan main manis lagi muka dia bila bercakap dengan Hero.

" Ye, cik akak berdua..Kami dah kahwin.Kenapa susah sangat nak percaya ni?Tak pernah nampak ke orang kahwin muda?"Nah!Kan si Hero ni dah tunjuk perangai kerek dia.

Berubah terus muka akak berdua ni.Tulah..Jangan kau tengok muka orang tu hensem, kau ingat dia ni jenis yang mesra.Contohnya macam si Hero ni lah.Harap muka je hensem, perangainya, mashaallah..

Kalau dia nak buat kerek, dia bukan kesah kau siapa.Tua ke, muda ke, kalau dah menyakitkan hati dia, memang kenalah orang tu..

"Nak beli ubat pun susah.Bukannya orang mintak duit kau pun." Sempat lagi dia membebel sebelum keluar dari farmasi tersebut.

Asya ambil ubat yang akak tu bagi dengan muka malu alah.Malu dengan perangai si Hero tu.Kot ye pun marah, janganlah sampai cakap macam tu.

Kesian akak dua orang ni.Nasiblah tak ada orang lain dalam farmasi ni.

"Sorry ye kak."



🐝🐝🐝

Please vote, comment dan teruskan mengikuti kisah percintaan diantara Hero dan Asya😘

My Love HeroWhere stories live. Discover now