MLH 3

3.1K 218 5
                                    

Semuanya dah selesai, dah tak ada apa yang dapat Hero ubah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semuanya dah selesai, dah tak ada apa yang dapat Hero ubah.Sekarang dia sudah pun selamat bergelar suami kepada Asya Aralin, gadis pilihan keluarganya.

Kalau tak kerana nak pergi belajar sampai ke France tu, memang tak lah Hero nak kahwin dengan perempuan ni.

Bukan sebab Asya Aralin tak cantik, tapi sebab dia memang tak pernah ada perasaan pun pada gadis ini.Apatah lagi sampai nak mendirikan rumah tangga dengannya.

Tapi semua dah terlambat.Mereka sudah pun di ijab kabulkan.Tak ada apa yang boleh diubah lagi dah.Bila tengok mama dan papa tersenyum gembira melayan sanak saudara yang hadir, Hero rasa macam nak menangis tepi bucu katil.

Sedih betul.Hilang sudah nikmat hidupnya sebagai seorang lelaki bujang.Haish..

"Oit!pengantin baru.Apasal monyok je ni?Senyumlah sikit.."Tegur Zill dalam nada menyakat.

Apa lagi, makin mencukalah muka si Hero ni.

" Kau jangan kacau aku boleh tak?Satu hari ni, kepala otak aku dah cukup serabut tau.Jangan nak ditambah lagi."Hero memberi amaran.

Zill tahan senyum.Lucu tengok gelagat Hero yang tengah bad mood tu.

"Ok..ok..Aku tak kacau kau.." Kedua-dua belah tangan Zill angkat tanda mengalah.

Tapi selang beberapa saat kemudian dia merapatkan mulutnya ke telinga Hero dengan senyuman penuh makna.

"Kau nak aku bagi tips tak?" Soal Zill berbisik.

Sebelah kening Hero terangkat.Walaupun dia buat muka macam tak berminat, tapi ditadah juga telinga untuk dengar tips daripada si Zill ni.

"Tips apa?"

Zill koyak senyum nakal.Kemudian dia dekatkan semula mulutnya ke cuping telinga Hero.

"Tips malam pertama."

"Ish!kau ni.Aku tengah tak ada mood boleh pulak kau ajak bergurau!" Bengang betul Hero dengan si Zill ni.Aku fikir sepupu je, kalau tak dah lama lebam biji mata tu.

Sungguh-sungguh Zill ketawa bila tengok riaksi Hero yang tak puas hati tu.Habis merah kedua-dua belah telinganya.Malulah tu!

~~~~

Asya duduk dibirai katil dalam bilik yang dihias indah khas untuk si raja sehari.Siapa lagi, kalau bukan dia dan si Hero tu.

Hmm..

Contengan inai merah yang menghiasi jari-jemari dia renung lama.

Sambil renung inai ditangan, otak pun mulalah teringatkan saat-saat dia dan Hero diijab kabulkan tadi.

Arghhh!

Rasa macam tak percaya je aku dah kahwin.Ya Allah..

Papp!papp!papp!

My Love HeroWhere stories live. Discover now