4

7.2K 432 7
                                    

Wajah Atiqa dan mamanya yang agak dingin menyapa paginya. Sejak beberapa minggu lalu, Atiqa dan mamanya sudah lama tidak menghiraukannya. Tiada lagi gelak tawa mereka. Hanya kedinginan yang menyambut Arabella.

" Goodmorning ma, kak" balasnya sambil tersenyum. Kedua mereka hanya mengendahkan Arabella lalu mengambil roti untuk sarapan pagi.

Arabella tahu semua ini berpunca daripada kedegilannya. Semua salahnya kerana tidak menurut permintaan kakak dan ibunya.

Flashback

Puan Emelie datang ke hospital bersama dua orang puterinya. Hari ini merupakan hari dimana Atiqa akan check up untuk mengetahui tentang sakitnya.

Mereka bertiga duduk di ruang menunggu sambil Puan Emelie menggengam erat tangan Atiqa, cuba untuk memberinya semangat.

" Atiqa Amylia binti Mustaphar" sahut jururawat yang bertugas. Ketiga mereka segera bangkit lalu masuk ke dalam ruangan itu.

" Assalamuaikum dan selamat pagi doktor," sapa Puan Emelie lembut. Wanita setengah umur itu mengambil tempat lalu duduk di hadapan meja doktor tersebut. Arabella hanya berdiri dibelakang mama dan kakaknya.

" Cik Atiqa?" tanya doktor muda itu. Atiqa hanya menggangukkan kepalanya lalu wajahnya amat resah, takut akan perkara yang akan diutarakan oleh doktor itu.

" Jadi Cik Atiqa, saya ada berita buruk. Seperti yang cik tahu, cik mengalami kanser hati tahap 2 kan. Sekarang, saya nak cakap yang kanser cik ingin masuk ke tahap 3. Dan yang teruknya lagi, satu buah pinggang cik Atiqa telah pun dijangkiti sel kanser, kami  sarankan untuk cik melakukan pembedahan. Cik hanya mempunyai beberapa bulan lagi untuk hidup," kata doktor lelaki tersebut sambil memandang ke arah mereka.

Atiqa sudah menitiskan air mata. Dia kemudian memeluk ibunya sambil meraung kesedihan. Arabella nenggelengkan kepalanya tanda tidak percaya.

" Doktor tolong anak saya doktor. Saya janji bayar balik semua kos pembedahan, tapi tolong selamatkan anak saya," rayu Puan Emelie. Hancur hati seorang doktor seperti Doktor Zafwin melihat pesakitnya begini.

" Okay macam ni puan, saya boleh tawarkan puan. Kalau pembedahan atau transplant ini dilakukan oleh ahli keluarga kepada pesakit, saya bayarkan separuh dari kos pembedahan cik Atiqa," balasnya. Dia tahu tawaran itu sangat bodoh tapi dia jamin cara itu dapat membantu

" Ambil doktor, ambil organ saya. Saya sanggup!" pinta Puan Emelie dalam tangisan. Bilik itu dipenuhi dengan kesedihan daripada ketiga ahli keluarga ini.

" Maafkan saya puan, usia puan terlalu lanjut untuk kami menjalankan pembedahan ini. Pihak saya tidak ingin mengambil risiko" balasnya dengan pandangan simpati.

" Kalau macam tu, anak saya yang ni doktor macamana? Boleh kan kalau doktor jalankan pemindahan hati tu?" tanya Puan Emelie sambil mendorong Arabella kehadapan.

" Boleh puan. Itupun kalau dia setuju," kata Doktor Zafwin lalu memandang simpati ke arah Arabella.

" Ibu, kakak, maafkan Ara, Ara bukan taknak, cuma Ara tak sedia," balasnya lalu menundukkan pandangannya. Air matanya mulai menitis satu persatu.

Kedengaran mamanya mendengus kasar lalu meninggalkan Arabella dibilik itu bersama Doktor Zafwin.

Arabella perlahan-lahan mengangkat mukanya lalu memandang ke arah Doktor Zafwin.

" Is it a risk for me too?" tanya Arabella sayu. Zafwin hanya memandangnya lalu perlahan lahan menggangukkan kepalanya.

End flashback

Arabella mengetepikan segala perasaan di dalam dirinya. Sekarang fokusnya hanya pergi ke sekolah dan bekerja.

Dia berjalan menuju ke sekolah berseorangan memandangkaj Atiqa sudah tidak sudi berjalan bersamanya. Ianya amat janggal dan sunyi tanpa celoteh kakaknya.

Setibanya di sekolah, Arabella sengaja melintas dihadapan kelas kakaknya untuk memastikan yang kakaknya baik baik sahaja. Senyuman terukir dibibirnya apabila melihat kakaknya bergelak ketawa bersama rakan sekelasnya yang lain.

Tiba sahaja dia di kelasnya, dia disambut dengan tawa sinis rakan rakannya apabila dia terjatuh akibat tali yang sengaja dipasang di pintu kelas.

Arabella segera merapikan rambutnya lalu berusaha untuk berdiri. Ketawa-ketawa sinis yang memenuhi bilik itu terus sepi apabila munculnya Zafriel dan Arman.

Arabella memandang sepi kearah mereka lalu meneruskan perjalanannya ke meja. Terdengar seseorang menghentak meja dihadapan.

" Dengar sini semua! Ni adalah amaran terakhir! Siapa sahaja yang ganggu Arabella, aku jamin hidup korang tak aman disini! Especially to you, Damia!" jerkah Zafriel. Mukanya merah menandakan betapa marahnya lelaki atu.

Hati Arabella tersentuh. Sudah lama dia rindukan dirinya dibela, disayang dan dipedulikan namun sia-sia sahaja harapannya yang tinggi menggunung.

Zafriel dan Arman membuka langkah menuju ke arah Arabella dibelakang. Suara kasar Zafriel tadi terus bertukar lembut apabila berhadapan dengan Arabella.

" Aurora okay? Tak ada sakit?" tanya Zafriel lembut sambil memandang ke arah wajah mulus Arabella.

" Okay," balasnya sepatah. Dia berasa sedikit janggal di hadapan lelaki ini. Zafriel hanya mengganguk kemudian memandang ke arah bukunya.

Bacaannya terhenti apabila terasa seseorang menyentuh bahunya. Dia memandang ke arah Arabella dituruti dengan Arman. Kini, pandangan dua jejaka itu ialah pada gadis manis dihadapan mereka.

" Erm, saya nak ucapkan terima kasih sebab tolong saya tadi. Saya hargai sangat sangat" katanya lalu tersenyum manis. Sumpah, Zafriel ternganga. Cantiknya ciptaan Tuhan.

" I will always be your hero," balas Zafriel lalu membalas kembali senyuman Arabella. Arman hanya menggelengkan kepala memandang Zafriel yang dah macam orang wayar putus.

*    *    *

Phew, after a long time. Saya minta maaf sangat sangat for this extremely late update. Jangan marah ehh!

Jangan lupa baca, vote and comment alright? Bagi lah i motivated sikit untuk continue cerita ni!

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now