19

6.8K 389 9
                                    

"Alhamdullilah, dah sedar dah anak ibu," sapa Datin Emelie.

Dia memandang di sekeliling wad itu. Kesan ubatan yang disuntik tadi masih membuatkannya pening untuk seketika.

"Nurse! Doktor! Anak saya dah sedar!" jerit Datin Emelie girang. Kelihatan beberapa kumpulan jururawat dan Doktor Amir masuk ke dalam wadnya.

Setelah beberapa pemeriksaan dilakukan, doktor itu hanya tersenyum lalu kembali keluar dari bilik wadnya. Tidak lama, kembali semula keluarganya masuk ke dalam wadnya. Namun, dimanakah dia? Jejaka idaman hatinya, Zafriel?

"Atiqa, anak ibu, feeling better?"tanya Datin Emelie sambil mengusap kepala Atiqa.

Atiqa hanya mampu mengangguk lalu meminta ibunya untuk memberinya minum air kosong. Dia kembali memandang kebanyakkan ahli keluarganya. Malah anggota keluarga ibunya yang dari Australia pun turut melawatanya. Sungguh dia bahagia!

                                 ***

Doktor Zafwin masuk ke pejabatnya. Air mata mulai menitik satu persatu. Kehilangan seorang pesakit yang tabah dan berhati mulia itu amat mengecewakannya. Kehilangan pesakit yang seperti adiknya itu menjadi mimpi ngeri buat Zafwin sendiri.

Tidak dia tahu bagaimana mahu memberitahu Zafriel akan perkara ini. Sedang dia sibuk merenung keluar jendela, sebuah ketukan kedengaran di pintunya.

" Assalamuaikum abang," sapa gadis tersebut. Dia menghadapkan wajahnya lalu melihat sang isteri yang tersenyum manis.

Oh, lupa nak kenalkan yang Zafwin dah berpunya. Anak pun dah dua jadi padamlah angan angan tu eh.

"Waalaikumusalam sayang," balas Zafwin. Dia berdiri lalu memeluk sang isteri. Tiba tiba, air mata dengan sendirinya mengalir di pipi Zafwin.

Jasmine, isteri Zafwin, mulai hairan mendengar esakkan kecil dari Zafwin lantas menjauhkan jarak mereka. Matanya memandang tepat ke arah wajah suaminya yang sembab itu.

"Abang, why are you crying?" tanyanya sambil menggosok belakang suaminya. Cuba menenangkannya.

"You remember Bella, girlfriend Aril? Dia...di...a dah-" ayatnya terputus disana kerana ketukan sekali lagi dari pintu hadapan.

" Dia dah sedar," kata jururawat di situ. 3 patah perkataan itu cukup menenangkan hati Zafwin. Dia segera menarik tangan isterinya lalu membawa nya ke wad.

***

"Win, uncle nak cakap terima kasih banyak banyak dah tolong selamatkan satu satunya puteri uncle," kata Dato Mustapha sambil menepuk bahu Zafwin. Zafwin dan isterinya hanya mampu tersenyum kelat.

"Sama sama uncle. Dah tugas Awin kan. Oh, by the way, Arabella mana uncle? Tak nampak langsung. Apa khabar?" tanya Zafwin, sengaja ingin melihat reaksi mereka.

Kelihatan muka Dato Mustapha tiba-tiba tegang. "Tak usah kamu ingatkan anak tak guna tu! Bazir duit je besarkan dia! Baik mati je!" katanya penuh amarah. Tanpa sedar, dia telah melukai hati seorang insan.

Insan yang mengemis kasih sayang dari keluarga sendiri. Insan yang merindukan belaian dari kedua orang tua sendiri. Insan biasa yang juga mempunyai perasaan.

Arabella menekup mukanya lalu melepaskan tangisannya. Dia fikir segala galanya akan berubah namun semuanya tetap sama.

Arabella yang dengan gigih berjuang untuk terus hidup, di penghujungnya tetap disingkirkan dan disisih. Segala perjuangannya bertaruh nyawa nampak cukup sia sia. Dia tahu, apa sahaja dia sebagai penyakit yang menghidap kanser dapat dermakan?

Arabella dengan perasaan kecewa terus menuju ke wadnya lalu menulis sepucuk surat. Dia kemudian mengemas barangnya lalu berjalan pulang setelah selesai membayar bil hospital. Tidak dia ingin membebankan ibu bapanya kerana telah dimaklumkan bahawa ayahnya membayar semua rawatan penderma.

Arabella segera menggalas begnya lalu duduk di sebuah pondok berdekatan. Luka bekas jahitan, muka semakin memucat dan hidung yang mula mengalirkan darah.

"Baik aku cepat jalan. Jadi bila aku cepat jalan, aku cepat sampai dan sempat nak rehat," kata Arabella penuh bersemangat. Dia menyeka darah di hidung dan peluh di dahi. 10 km bukan perjalanan yang agak singkat namun dia harus berusaha untuk pulang.

Alangkah indahnya jika panas sampai kepetang. Namun, baru sahaja di pertengahan jalan, hujan mulai turun dengan lebatnya. Basah kuyup Arabella dibuatnya.

Dia memandang langit yang kian mendung itu. Air matanya mengalir bersama sama titisan hujan.

"Ya Allah, terima kasih bagi Bella masa untuk betaubat. Bagi Bella masa mengecapi keindahan alam. Bella bersyukur sangat tengok kakak dah sembuh, Terima kasih ya Allah," kata Bella sambil tersenyum. Dia kemudian kembali meneruskan perjalanannya ke rumah lama mereka.

                                 ***

"Okay Cik Atiqa. Kamu akan ditahan beberapa hari sebelum dibenarkan pulang," kata Doktor Amir sambil tersenyum. Atiqa turut membalas senyuman itu.

"Jadi anak saya dah sihat? Tiada komplikasi lagi?" tanya Datin Emelie. Doktor Amir mengganguk lantas tersenyum. Dia kemudian meminta izin untuk keluar dari bilik itu.

Pintu wad Atiqa dibuka. Kelihatan wajah Zafriel yang membawa sebakul buah buahan sebagai buah tangan. Matanya meliar mencari kekasih hatinya. Sudah lah pagi tadi tidak muncul di sekolah.

" Assalamualaikum aunty, uncle" sapa Zafriel. Dia kemudian menghulurkan pemberiannya kepada Dato Mustaphar lalu menyalamnya. Senyuman manis diberikan kepada Datin Emelie dan Atiqa. Depan keluarga bakal mertua dan ipar, mestilah senyum kan?

" Waalaikumusalam Zafriel," balas Dato Mustaphar.

"Atiqa macamana keadaannya? Dah okay?" tanya Zafriel. Atiqa hanya menggangukkan kepalanya lalu tersenyum manis. Biasalah dah crush tanya khabar kau kan?

"Alhamdulillah dah baik. Semakin baik lepas tengok muka awal," balas Atiqa selamba. Dia kemudian tersipu malu sambil di usik kedua ibu bapanya. Zafriel pula hanya mampu menggaru kepala dan merasa janggal.

" Hahahahahah. Oh aunty, mana Aurora? Tak nampak pun?" tanyanya sekadar menghilangkan suasana yang kurang senang tadi. Terus berubah riak wajah Dato Mustaphar dan Datin Emelie.

"Entahlah dia," balas mereka sepatah dua. Malas mahu membuka mulut tentang anak bungsu mereka itu.

Mereka kemudian kembali berbual kosong manakala Zafriel cuba menceriakan suasana. Tidak lama, terdengar sekali lagi ketukan di pintu. Haihla, berapa kali orang nak masuk pintu bilik ni?

"Hello aunty, uncle!" sapa seorang perempuan dengan ayunya. Rambut coklat, mata bundar, dan kulit mulus. Muka kacukan dan cantik.

"Tapi Aurora lagi cantik"kata Zafriel sambil tersengih. Lain pula pada wajah Atiqa. Semakin bengang dia dengan kemunculan wanita itu. Dia menggengam penumbuknya sambil mengetap bibir memandang wajah perempuan itu.

Benci!

***

Ola! Rindu I tak? Huehue! Okaylah, sorry sebab lambat update. I busy nak mampos sampai tidur malam pun 2-3 jam je. So janganlah marah okay?

Apapun please vote dan comment banyak banyak. #authorcutesangatt please! HAHAHAHAHAHAHHAAHHAHAHSBAHSJSHSHAHHA okaylah makin lama makin merepek ni nanti! Bye❤️

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now