5

7.1K 431 11
                                    

Arabella tiba di rumah sebaik sahaja dia pulang dari sekolah. Kasutnya dibuka lalu dia menyusunnya rapi.

" Assalamualaikum ibu," sapanya sebaik saja dia memasuki pintu rumah. Kelihatan ibunya dan kakaknya yang bergurau senda tadi terus sahaja diam sebaik mendengar suaranya.

Arabella hanya mampu tersenyum meski dia agak sedikit terasa hati. Tangan dihulur lalu dia mencapai tangan ibunya.

" Ibu, akak, Ara nak bagitahu yang Ara tiada di rumah untuk 2 hari ini. Ada study group dengan kawan-kawan Ara," katanya lalu tersenyum memandang mereka.

" Kau ada kawan ke dekat sekolah? Sudahlah Ara dengan penipuan kau tu," balas kakaknya lalu membawa ibunya masuk ke bilik.

Arabella hanya memandang kosong pemergian kakak dan ibunya. Dia menarik nafas dalam lalu menghembuskannya. Sakit mencengkam di dada secara tiba-tiba namun dia tetap berjalan menuju ke biliknya.

Arabella mengemas pakaiannya lalu menaruh di dalam sebuah beg. Dia menyimpan segala keperluan yang cukup untuknya hidup buat 2 hari itu.

Arabella sebenarnya bercadang untuk tidur di kafe tempatnya bekerja untuk kerja lebih masa. Dia telah memohon kepada pekerja kedai, Datin Isyana, untuk bermalam disitu.

Dia hanya memerlukan sedikit sahaja lagi jumlah wang bagi membiayai kos pembedahan kakaknya. Dia telahpun setuju dengan Doktor Zafwin untuk menjalankan pembedahan terhadap Atiqa sebelum SPM bermula.

Arabella kemudian membawa begnya keluar lalu meninggalkan sampul surat bewarna coklat yang berisi wang 100 ringgit. Inilah beberapa hasil gajinya untuk bulan ini.

*    *   *

Tiba saja dia di kafe, dia terus meletakkan barangnya di ruang rehat pekerja. Arabella kemudian mengenakan apronya lalu memulakan tugas membuat kek.

Dengan penuh tekun dan sabar dia mengukir setiap kek yang dibuatnya. Datin Isyana juga sering memuji kerjanya yang telah memberi kesan baik didalam pertumbuhan kafe itu.

Setelah beberapa jam berhempas pulas menyiapkan kek-kek untuk dijual, Arabella mulai mengemas lalu melihat ke arah jam di dinding. 10 minit lagi sebelum kedai tutup.

Jam sudah menginjak ke angka 2 pagi. Itulah waktu paling lewat kafe ini tutup dan bermakna Arabella bakal mendapat gaji yang agak lumayan kerna bekerja 4 jam lebih dari waktu biasa.

Seorang demi seorang rakan sekerjanya mulai meninggalkan Arabella. Dia mengunci setiap pintu yang ada di kafe itu. Arabella membersihkan dirinya lalu menunaikan solat, iaitu tanggungjawabnya.

Setelah selesai, dia melipat kembali sejadah yang disediakan lalu mulai menyusun kerusi untuknya beristirehat. Badannya yang lenguh dipicit lembut.

Terimbau kembali perbualannya bersama Doktor Zafwin beberapa hari yang lalu.

Dia masih tidak dapat menerima kenyataan yang dirinya sudah tidak lama lagi namun dia endahkan semua itu. Dia harus mengutamakan kakaknya dalam segala hal, jika itu yang dapat membuat ibunya bahagia.

Arabella merasakan tubir matanya mulai berair. Dia segera menyeka air matanya lalu lama kelamaan, dia tidur dengan seribu satu perasaan.

*    *    *

Arabella merasa mukanya seakan basah. Dia membuka mata lalu melihat wajah sinis rakan setugasnya,  Carmila, yang memegang sebaldi air.

" Heh, kau buat apa membuta disini? Nak Datin puji kau lebih? Heh, dasar," sindirnya lalu menunjal dahi Arabella. Arabella pula hanya mampu menundukkan pandangannya. Dia sudah penat dengan benda seperti ini.

Selesai sahaja dia mandi, dia segera memakai pakaian kerjanya memandangkan hari ini ialah hari ahad. Arabella kemudian pergi ke bahagian dapur lalu memotong kek yang telah dia sediakan seketika tadi.

" Arabella, tolong jaga cashier boleh tak? Akak nak pergi ambil mak akak di hospital," kata Kak Fatin tiba tiba. Dialah yang paling rapat sekali dengan Arabella sepanjang beberapa bulan kerja di sana. 

" Tak ada hal kak! Beres bossku!" balasnya lalu tersengih. Kak Fatin hanya tertawa kemudian berlalu pergi.

Arabella menggantung kembali apronnya lalu menuju ke kaunter hadapan. Dia melihat ramai yang datang bersama-sama kawan dan keluarga. Haih, bila lah aku nak rasa benda yang sama.

" Excuse me," tanya seorang lelaki separuh abad. Hmm kalau menurut pandangan mata kasar, lelaki ni seorang usahawan yang berjaya.

" Ya encik?" kata Arabella lalu memandang tepat ke mata lelaki itu. Dia merasakan sesuatu, sesuatu yang ganjil. Dia seperti merasakan ada pertalian darah dengan orang ini. Mungkinkah anaknya jodoh ku? Eh silap.

Tidak lama, datang seorang lelaki yang lebih muda dari lelaki tadi. Kan betul aku cakap, anak dia memang jodoh aku. Namun,  terus terbeliak biji mata Arabella apabila dia nampak dengan jelas wajah jejaka tersebut.

Arman Arwish?!

                           *     *    *

Hello. Guys, saya terfikir nak unpublish buku ni sebab I think tak ada orang suka this book at all.

Should I? Kalau you actually want me to continue, please do comment, vote and share. Tolong promo kan this book okay?

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now