38

12.5K 567 68
                                    

Zafriel bangun dari perbaringannya. Dia berada di dalam sebuah taman bunga tulip yang luas. Terasa pipinya dicucuk lembut dari belakang.

Zafriel segera memusingkan badannya lalu melihat kelibat Arabella yang tersenyum manis kepadanya. Rasa kasih mekar didalam hatinya. Tidak dinafikan dia masih menyanyangi Arabella. Namun kerana terhutang budi dengan Erynn akibat pertolongan persahabatan yang pernah terjalin sewaktu kecil, dia tega meninggalkan Arabella, walau hatinya hanya untuk gadis itu.

"Riel, napa Riel tinggal Aurora. Aurora sedih tau, Aurora sunyi," rajuk Arabella. Zafriel hanya memandang ke arah wajah comel itu.

"Riel, lepasni Aurora yang akan pergi, jadi Riel jaga diri eh. Jaga Erynn betul betul, sayang dia , cinta dia. Aurora tak kuat tau selama ni tapi kemunculan Zafriel cukup buat Aurora kuat. Aurora suka waktu Riel masih panggil Aurora dengan panggilan tu. Comel je bunyi dia hahahah. Lepasni Riel jaga diri tau, jaga kesihatan dan semoga semua urusan Riel dipermudahkan. Aurora Arabella your hazel princess pergi dulu," setelah berkata kata sedemikian, Aurora akhirnya menghilang. Meninggalkan Zafriel sendirian.

Dan pada ketika itu, seluruh bunga di taman layu. Matahari yang bersinar terang diseliputi awan dan guruh. Hujan lebat menitis ke bumi.

"Aurora, Aurora!" jerit Zafriel. Dia terbangun dari tidurnya. Arwish yang memandu terus memandang Zafriel yang tiba tiba menjerit. Erynn dan Atiqa terus menumpukan perhatian mereka kepada Zafriel.

"Kenapa kau sebut nama perempuan bodoh tu?!" amarah Arwish. Hatinya masih panas dengan kejadian malam semalam.

Zafriel hanya menarik nafas dalam lalu mengelengkan kepala. Hatinya berasa tidak tenteram pada saat ini. Kenapa Arabella muncul dalam mimpinya setelah sekian lama?

"Arwish, nanti kau hantar je aku kat hospital, aku balik ikut abang aku," kata Zafriel. Arwish hanya menganggukkan kepalanya.

Ting!

Telefon Arwish berbunyi. Arwish segera mengarahkan Zafriel untuk melihat notifikasi itu.

"Dari mama kau Arwish,"

"Apa mama kata?" tanya Arwish hairan.

"Pergi hospital terus. Urgent!" kata Zafriel membaca mesej Datin Emelie.

Arwish sudah mulai risau. Adakah ayahnya masuk hospital? Ibu sakit ke? Arwish cuba menarik nafas agar tidak melibatkan kemalangan kerana tidak fokus.

***

Sesampainya mereka di hospital, keempat empat remaja itu terus menuju ke bilik Doktor Zafwin. Hanya dia yang tahu apa yang terjadi. Namun hampa, biliknya kosong.

"Nurse, Doktor Zafwin mana?" tanya Zafriel kepada salah seorang jururawat disana.

"Oh Doktor Zafwin sedang menjalankan pembedahan terhadap Dato Mus-" belum tamat jawapannya, keempat mereka segera berlari menuju ke bilik pembedahan. Air mata Arwish bercucuran.

Setibanya saja di tingkat Operation Theatre, Arwish segera mencari kelibat ibunya. Namun menakjubkan lagi ayahnya juga turut berada di situ.

"Ayah, Ya Allah ayah dah habis surgery ke?" tanya Arwish. Dia memeluk erat badan ayahnya manakala Atiqa memeluk ibunya.

" Bukan ayah yang pembedahan, tapi adik kamu," jawap ayah sambil mengeluh berat.

"Adik? Ayah nak kata perempuan pembawa malang tu adik Arwish? Takkan yah takkan. Dia dah lama mati!" kata Arwish kasar.

"Jangan cakap macam tu!" jerit Datin Emelie. Terus dia terduduk di kerusi semula. Dia takut Arabella mati. Dia belum sempat meluangkan masa sama sekali membahagiakan puterinya.

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now